Monday, 6 August 2012

transformasi pemimpin ^_^


Aku rindukan seorang pemimpin...
pemimpin yang ditangannya ku lihat keadilan...
pemimpin yang menjadikan masjid sebagai medan untuknya menemui rakyat...
pemimpin yang menjadikan solat berjemaah sebagai wahana mengeratkan hubungan dengan rakyatnya...
pemimpin yang padanya agama menjadi tunggak pembangunan negara...
pemimpin yang memandang rohani dulu untuk dibangkitkan bukan pembangunan fizikal...
pemimpin yang pada dirinya ada tawadhuk kepada Ilahi...
pemimipin yang pada dirinya mewarisi kepimpinan para anbiya....
pemimpin yang pada dirinya ada sifat-sifat para sahabiah...
pemimpin yang pada roh perjuangannya jelas menuju firdausi...
pemimpin yang rakyat senantiasa didahulukan...tetapi agama tidak diduakan...
pemimpin yang memandang rakyat sebagai jambatan syurga buatnya di akhirat...
pemimpin yang tegas melaksanakan syariat Allah tanpa kompromi...
pemimpin yang memandang keperluan rakyat dahulu dari dirinya...
pemimpin yang menjadikan unsur rohani menjadi penggeraknya untuk mengatur rakyat...
pemimpin yang menjadikan pencapaian akhlak dan sahsiah menjadi asas membentuk pencapaian cemerlang ukhrawi dan duniawi...
pemimpin yang di pintu ulama’,mereka menimba ilmu...
pemimpin yang ulama’ menjadi tempat sumber rujukan pentadbiran...
pemimpin yang mampu menjadikan kuasa di tangannya untuk membasmi kemaksiatan...
pemimpin yang dirinya mampu menjadi contoh terbaik di kalangan rakyat...
pemimpin yang mendahului transformasi akhlak melangkaui pembangunan pencakar langit...
pemimpin yang di bibirnya basah dengan mengingati rakyatnya agar ingat kepada Allah...
agar...
aku menjadi rakyat yang tahu menilai generasi acuan al-quran...
aku menjadi rakyat yang cinta akan akhirat melangkaui urusan duniaku...
aku menjadi rakyat yang mampu menjadikan pemimpinku bangga di akhirat kelak kerana mempunyai rakyat  yang memudahkan urusannya di akhirat...
aku menjadi rakyat yang berkorban bukan kerana memancing simpati bantuan daripada pemimpin...
aku menjadi rakyat yang maju sahsiah seiring dengan pembangunan fizikal acuan pemimpinku..
bukanlah aku bicara seperti ini kerana sempurnanya aku sebagai rakyat...
bukan dan bukan...Cuma satu harapan daripada seorang rakyat yang yakin bahawa dengan mengembalikan pemimpin warisan anbiya’ maka akan lahir generasi rakyat tawadhuk mengikut acuan yang diuli oleh pemimpinnya yang tegas berpegang dengan prinsip-prinsip Islam...kiranya pemimpinku mampu mentransformasi dirinya untuk menjadi pemimpin acuan al-Quran,maka siapa saja dia,aku menerima...

bukanlah dia dicipta sesempurna kejadian untuk dikeji seenak rasa...
bukanlah hidayah itu milik kita untuk ditimbang manusia sesedap hati...
kerana saya,dia,kamu adalah hamba,maka perbezaan antara kita hanyalah taqwa...
yang benar itu benar,yang batil itu tetap batil...TIADA KOMPROMI....

~coretan anak kampung~


Friday, 13 July 2012

sape nak pijak hang???!!!

assalamualaikum...lama tidak bercerita dalam blog ni...alasan kesempitan waktu adalah tidak relevan tetapi itulah hakikatnya...cuba-cuba mencuri waktu tetapi waktu memang sangat cemburu pada manusia...kite kejar, dia lari...bila dah dapat pulak,masa ni dia jenis tak reti dok diam...asyik bergerak je...lumrah dunia...hadapilah dengan jiwa hamba yang hebat..^_^

teruskan berfikiran positif....
"no..no..no..no..no..no..""susah..susah..susah..""mana bole nak positif je nanti orang pijak kepala kita!"...(perrgghh!....sakit kot telinga dengar orang cakap macam ni)...
"sapa habaq orang nak pijak kepala hang?hang yang dok fikir mcm tu sapa suruh? kalau hang fikir macam tu,orang tak pijak pon hang fikir orang pijak jugak"...
haaaa... ni la jawapan untuk mereka-mereka yang tidak mampu berfikiran positif...kehidupan memang rasa macam nescafe tanpa gula or kopi campur garam bila kita asyik nak cari salah orang je...mane nak manis kalau dah asyik nak menghalakan segala salah dan silap pada orang lain...orang buat salah,diumpat...katanya orang tu tidak pernah belajarkah? bila orang buat perkara baik dikata pula menunjuk-nunjuk...apa dah jadi dengan minda transformasi kelas "satu" yang diuar-uarkan? .... time kene pada batang hidung sendiri bukan main mengamuk sakan lagi tapi bila buat kat orang, kita tidak pernah ingat...main taram je...begitulah lemahnya sifat seorang hamba....

kita jangan dok nak fikir orang je yang salah...kadang-kadang bila tangan tu dok tala kat orang tu,cuba pakai mai tengok balek...yang satu jari tala ke orang,yang empat lagi?? tepuk tangan tengok jari..hehe...
bayangkan hidup tanpa syakwasangka....bila orang bisik kita fikir la depa tengah bincang,bila depa pandang lain macam tu mungkin depa tu tak nampak kita so, depa perhati la lama sikit...
cuba letakkan positif charge sikit dalam hati tu...baru la best...^_^ kita tak dapat musuh,musuh pon tak ingin dekat dengan kita...hati manusia ni sebenarnya tiada yang suka akan keburukan...hati hakikatnya dicipta penuh dengan charge2 positif dan sukakan kebaikan tapi nak buat macam mana....Allah dah bagi positif,eh!eh! kita pulak pandai-pandai je pergi cari charge-charge negatif....dah la cari pastu bole topup pula tiap-tiap masa...

ada satu kisah...seorang muslimat..dia keluar rumah..tiba-tiba terserempak dengan seorang muslimin...muslimat ni seorang yang agak kurang dalam etika berpakaian cara seorang Muslimah..yang penting baginya adalah pakai baju...baju tu macam sarung kelapa ke,durian ke, "ada gua kisah??"....katanya...aku,aku...kau,kau...dia,dia...kubur lain2....
(hamoihh....lawa language cik adik....kalau dalam kubur nanti ko tu jiran aku,mau bingit telinge aku dengar kau kene siksa)
sambung semula kisah ni...
muslimat ni pandang muslimin  tu then dia pelik.."awat budak macam anak pak Imam ni pandang aku macam hidung aku ni empat segi je??tak pernah tengok orang ke??kalau aku ni cantik pon,tak perlu pandang macam tu sekali!"
lagi mengejutkan dia apabila "anak pak Imam tu" semakin menghampiri...
"haisshh...ni yg aku lemah ni,tu nak bagi tazkirah free la tu!baik aku sound dulu sebelum dia semakin hampir"
lalu dengan slamber minah ni pun jerit agak kuat...
"ko nak ape pandang aku gitu??nape?hidung aku bentuk tiga segi ke??"
habis semua orang pandang...dan muslimin itu terhenti melangkah kerana hampir semua orang di lorong taman itu memandang mereka dan yang peliknya semua orang itu tertawa mengekek...muslimat tersebut jadi kaget..
"ah sudahh!kenape dyorang gelak ni?"
muslimat tersebut mula merasa-rasa muka dan kepalanya..kot2 la ada benda lain hinggap atas kepalanya...tetapi takde ape2 pon...dan muslimin tersebut teruskan berjalan kearah muslimat tersebut walaupun dia merasa agak segan lalu berteriak seorang daripada jiran yang berada di sekeliling itu tadi...
"encik!!tidak perlu dah cakap slow2...kami semua dah nampak dah....yang dia memang pakai TEROMPAH ponnn"
lalu mata muslimat tersebut terus melorot jauh ke kakinya....lalu dengan perlahan muslimat tersebut dengar muslimin tersebut bercakap dalam nada perlahan...
"saya menghampiri sebab nak tegur cik pakai terompah la...sebab agak pelik bin ajaib bila orang pakai pakaian ala-ala pejabat,make up lebih kurang tetapi pakai terompah....tetapi cik dah terlanjur "menegur" diri sendiri...maafkan saya....lainkali jangan berburuk sangka dengan jiran tetangga" sambil tersenyum muslimin itu berlalu...
"aduuuhhh!!!kenapa la aku ni boleh tak perasan aku pakai terompah...yang terompah ni pon satu!ikut aku buat apa!!" 
lalu dengan hati yang baran dia melempar terompah tersebut dengan kuat dan dengan kekuatan yang agak luar biasa itu menyebabkan tingkap rumahnya pula pecah...bertambah la berangnya muslimat ini...jiran tetangga yang datang ingin membantu hanya mendapat maki hamun beliau...~~tamat cerita~~

tengok2!....haaa....disebabkan telah meletakkan charge negatif dalam diri sejak pertama kali dia dipandang oleh muslimin tersebut maka telah berakhir dengan siri-siri tragedi ngeri di pagi-pagi hari....elok2 nak pergi keje, dah kene tambah satu keje lain pulak...kan susah...inilah yang dikatakan charge negatif yang di topup.... dah jelas memang salah muslimat tersebut kerana salah sangka ditambah dengan tindakan melulu beliau yang tiba-tiba memekik muslimin tersebut dan bole pula dengan separa matangnya beliau menyalahkan terompah???lalu terompah menjadi mangsa balingan tepat kepada jendela yang tidak bersalah....siapa yang rugi? diri sendiri maaaa...cuba muslimat tu positif dari awal...cakap elok-elok...mesti tidak jadi begitu...

jadi,begitu pentingnya kekuatan minda kita untuk membina minda positif kerana minda positif bergerak mengikut arus alpha di mana arus ini sentiasa tenang dan rileks..apabila kita membuat keputusan dalam minda  tenang dan rileks, kita akan dapati suasana di sekelililng kita adalah positif dan tenteram...sekiranya wujud kecacatan dalam suasana yang kita hadapi,kita anggap ia sebagai satu batu loncatan untuk mengubah diri sendiri....yaa....begini caranya umat Islam harus berfikir...mari bina jati diri muslim yang cemerlang...tidak perlu porak perandakan keadaan dengan berfikir yang tidak-tidak...tetapi harus diingat....berfikiran positif bukan bermakna orang dah nyata-nyata buat salah pada kita,kita tunduk je....tidak ambil kisah...kalau dia nak menganiaya kita pon kita tidak kisah....eh!bukan begitu...cuma orang yang berminda positif itu bijak menangani permasalahan dengan cara yang bijak,method yang pintar, dan terhasillah suasana yang cemerlang!! ^_^


selamat membaca dan membina diri cemerlang...
ikan tenggiri ikan sembilang..
busuk hati tidak cemerlang...
ikan siakap masak pedas..
buruk sikap dibenci,ditindas..
segala silap harap diteguri...^_^



Friday, 15 June 2012

pelakon dunia.....

langkah yang di atur untuk menujuMu begitu terasa lemah dan longlai....terasa semangat ini direnggut oleh rasa syakwasangka terhadap ketentuanMu...terkadang langkah ini lenguh untuk terus menapak dek kerana kerapuhan Iman yang bersisa... berdesing telinga ini mendengar ayat-ayatMu...bagaikan menjirus semarak Taqwa yang kian terkambus ditelan keraguan...


"diwajibkan atas kamu berperang(berjuang), padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - al-Baqarah : 216

dunia ini bagaikan pentas lakonan....daku dan kamu adalah watak yang seringnya terpaksa menjadi insan lain demi menjayakan sebuah drama di alam mimpi....namun harus di kuatkan langkah untuk keluar dari kepompom kehinaan...ya...cuba di ikutkan juga keindahan dunia ini namun  perlihatkanlah kepada mereka indahnya dunia dalam syariat Islam...ingin ku mengajak dirimu dan diriku...bersama-sama berpimpin tangan menuju daerah abadi dalam keadaan bersih dan suci...meski begitu jauh impian meniti harapan....yakini Allah Maha Pengampun...mengharap syurga walaupun jalannya berliku payah!....adakala kita tersungkur manahan ujian dunia yang tidak berpenghujung...terasa ujian itu membakar hati yang dilambung api ammarah...mengapa ya Allah???mengapa mesti diri ini??dah tidak sanggup rasanya menahan dugaan ini...! lalu Engkau menyambut keluhan hambaMu itu dengan lembaran kalamMu.....


"ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diuji dengan berbagai ujian, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman berkata; "bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" - al-Baqarah : 214

aku tidak melihat dirimu dari sudut kamu semalam...aku melihat dirimu iaitu siapa kamu dihadapan aku kini...sekiranya semalam ada kudis dalam lembaran hidupmu, tahukah kamu bahawa Rahmat Allah begitunya luas buat kamu...??..lembaran semalam merupakan lembaran sejarah yang mesti kamu teliti dengan sejernih-jernih penelitian....setelah lembaran itu kamu tinggalkan, maka garap langkahmu untuk terus maju ke hadapan....tetapi lembaran semalam tetap perlu kamu ingati sebagai pengajaran bukan hanya peninggalan sejarah sebagai pameran...! kiranya semalam merupakan lembaran mendung dalam hidup sahabtamu, janganlah kiranya kamu menjauh darinya...tapi dengan ikhlas...nasihatilah dia kerana dia ini hamba dari Pencipta...kelemahannya tidak terkira...kesalahannya jua berjutaan tersisa...



"kerana pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh sebab itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang  beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - prof.Hamka


kiranya dalam langkah perjuangan ini kita bersama-sama dicurahkan dengan ilmu, maka gerakkan jasadmu untuk berkongsi dengan orang lain kerana itu amal yang berpanjangan...tidakkan rugi walau sedikit...tidakkan luak malah bertambah...! ya...memang adakala langkah kita tidak seiring dek kerana berbeza lapangan....namun itu bukanlah asbab untuk kita saling menjauh dalam makrifat sebuah rantaian doa...sekiranya perselisihan terjadi di tengah laluan ukhuwwah ini....sudilah kiranya kamu memaafkan dengan ikhlas kerana Allah....


sabda Nabi mafhumnya :
"Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan" 


kita merupakan pelakon hebat piihan Allah dalam menjayakan sebuah babak lakonan demi mencari pengakhiran yang menguntungkan di akhirat kelak...berlakonlah dengan jujur dan membawa watak dengan rendah hati.....dalam babak-babak lakonan ini, mungkin kamu tersilap...maka beri ruang untuk orang lain betulkan...bila kamu lihat orang lain gagal membawa watak hamba itu dengan baik...maka dekati dia...nasihati dia....


>>>gambate<<<
^_^

Wednesday, 13 June 2012

"dia"

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum w.b.t.....

hampir setiap hari saya buka wall sahabat-sahabat "dia" untuk melihat comment2 sahabat-sahabat untuk "dia"....dan saya tidak jumpa walau satu perkataan yang menunjukkan celaan daripada orang-orang yang pernah mengenali "dia"....sudah banyak yang saya lihat, sehingga saya tergerak untuk melihat wall "dia" sendiri....begitu saya buka...saya terasa ingin mengalirkan air mata kerana ada yang sanggup bertelagah di wall "dia" semata-mata kerana pendapat tentang "doa"......bertubi-tubi soalan menerjah minda saya...."salahkah mengajak orang berdoa?"...."salahkan sekiranya menegur orang secara berhikmah andai benar kamu berilmu??"...."salahkah sekiranya mengalah sesama Muslim?"......seumur hidup"nya"....saya tidak berkesempatan bertutur kalam dengan begitu banyak bersama "dia" cuma pernah sekali dua kerana berada di dalam satu platform iaitu "pengawas".....tetapi saya begitu maklum dengan cara kepimpinan "dia" melalui sahabat2 seperjuangan "dia" dan juga di kalangan kami......

begitu saya menyanjunginya kerana contoh tauladan yang begitu baik ditunjukkan....ya...walaupun usia kami agak berjarak namun haruman tauladan yang ditunjukkan begitu merebak di mana-mana susuk orang yang mengenalinya.... sungguh terbukti.... kamu memang seorang yang baik.... subhanallah....terasa sungguh ingin menangis.... kerana Allah sayang... Allah ambil dan mungkin berganti.... harapanku agar akan berganti mirip kepimpinannya tapi ketentuan Ilahi tiada yang mampu mendahului....

telah Allah firmankan : "dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya kamu mengetahui" - al-Ankabut : 64

ummah...marilah kita mencari titik persamaan....apa yang kurang kita lengkapkan....susuk kepimpinan para Nabi, Khulafah ar-Rasyidin, Sultan Muhammad al-Fateh, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Khalifah Umar Abd Aziz MESTI kita kembalikan...apalah adanya faedah dalam berbalah....sekadar menconteng arang di wajah sendiri....apa nak di malukan andai kita menundukkan ego??hilangkah maruah??maruah di pandangan siapa?? di pandangan manusia??? justeru matlamat kita di mana??manusiakah?? sungguh kamu tertipu dengan permainan dunia ini... kamu mencari tempat di pandangan manusia tetapi Allah kamu abaikan... justeru kamu mencari tempat di hati manusia dan kamu menghalalkan segala macam cara demi merebut perhatian mereka..... untungkah kamu?? untungkah?? ya..... memang.... memang kamu untung... untung dunia ini sampai bila?? paling lama 100 tahun..... setelah itu?? tempat kamu tetap di dalam sebuah lubang...tersandar sepi di pelupuk sebidang tanah....berselimutkan kain lengkap berwarna putih....tiada pun pengaruhmu itu membantumu melainkan ada amal di dalamnya....

bicara saya lembut bukan beerti saya meletakkan Islam itu sewenang-wenangnya....bukan beerti saya inginkan agar masyarakat sekadar endah tidak endah kepada Islam....tetapi saya justeru tahu bahawa dengan membawa hati-hatimu kepada Allah dengan cara yang hikmah itu lebih berkesan dan tidak memalitkan mudarat.....

firman Allah : "serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas yang dapat memebezakan yang hak dengan yang batil) dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik... sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat di jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk" - an-Nahl : 125

sedangkan berdebat, Allah perintahkan agar berdebat dengan baik....ya...perlu tegas tapi bukan mempersenda...bukan memerli...bukan menyindir....jauh sekali mencaki maki.....tegas itu pendirian...sekiranya mereka ingin memekakkan telinga dan membutakan hati mereka, kita bukan lah insan yang layak memaksa justeru pemberi hidayah tetaplah Allah yang maha Agung....setelah usaha di garap semaksima mungkin, sandarkan keyakinanmu kepada Allah...ya...berdoa!berdoalah kerana itu tangga pergantunganmu kepadaNya...Dia mendengar tidak pernah tuli....kamu minta dan Dia akan bagi...kamu jangan risau....! tapi kamu lebih suka kiranya dapat menghamburkan kemarahan kamu pada orang lain kemudian mempertikai perbuatannya di khalayak....tidak terlintaskah di hatimu untuk berdoa?? kerana Allah pemilik hati hamba-hambaNya...maka pada siapa lagi paling layak untukmu meminta agar insan lain diberikan hidayah melainkan Allah semata-mata....betul tak??

ada yang menyatakan..."mereka ini lebih banyak ingin menjaga hati manusia daripada agama Allah"....tidak saya nafikan kata-kata itu...tetapi lihatlah situasi....adakah patut anak yang tidak memahami kita lentur seperti prihalnya orang yang tahu dan dewasa??wajarkah tindakan itu??tidakkah itu mendatangkan lebih dampak yang negatif??membuatkan mereka lebih benci dan meluat....?....ya benar....kamu betul....kerana kamu tahu...kerana kamu berilmu tapi bukan kamu yang saya persoalkn...tetapi mereka.....mereka yang tidak tahu itu....harus bagaimana memenangi diri mereka jika tidak ditakluki hati murninya??..bila ingin berkata-kata, letakkan dirimu dalam situasi mereka...bukan diri mereka dalam dirimu...

janganlah begitu cepatnya menghukum manusia....dia juga hamba...adakala pasti dia tersalah...adakala dia jua tersilap....tugas kita membantu....membantu...dan membantu agar dia tidak tersungkur berkali-kali....pilihan tetap jua di tangannya...kita sekadar wasilah yang berusaha bersungguh-sungguh...! andai apa yang dilakukan itu melampaui batas maka di situ kita akan memainkan peranan untuk melangkah kepada methodologi yang lebih proaktif.....di atas kemampuan yang kita ada, kiranaya kita yakin kita boleh, maka dipersilakan...tegurlah orang itu secara terang-terangan tapi dalam HIKMAH....bukan mengaibkannya....Islam itu terlalu syumul dan suci untuk dipalitkan dengan noda yang kamu hamburkan....tidak berbaloi mengorbankan agama kerana pendirian kamu semata-mata.....

~~~~~~~~

ku nukilkan begini...
bukan ingin diri disokongi...
bukan jua meninggi diri...
bukan juga "pak turut" kejahilan insani...
bukan juga menyatakan kesempurnaan sendiri...
justeru diriku masih lemah dalam segala segi...
cuma ku ingin kamu mengerti...
Islam syumul, cantik, indah, selamat, aman dan berseri...
kerana tersebar dengan method tersendiri...
janganlah membenci....
kerana ia membunuh persaudaraan sesama Islam ini....
~~~~~~~~~~~
salam perjuangan....
salah silap dalam penulisan saya harap ditegur....
teguran berhikmah di alu-alukan...
teguran tidak berhikmah justeru dipertimbankan sekiranya ada...
"wasi'atus sodri" (berlapang dada) insya'Allah........^_^


Friday, 8 June 2012

mati nafsi-nafsi??eerrrkkk???macam tu pulak??!

wahai hamba....kamu sering dipanggil..
lima kali sehari kamu dipanggil..
tapi jiwamu yang kosong itu sering kau penuhkan dengan maksiat...
tidakkah kamu tahu bahawa Allah begitu mencintaimu??
wahai hamba...janganlah begitu buta hati....!!
kamu menyesal nanti!!kelak tiada siapa dapat bantu kamu!
kamu sedar tak???
did u forget who u are??then i'll remind u..^_^

wahai hamba...bangunla daripada kelalaianmu itu...
kamu tertidur sebentar saje...Allah nak tolong kamu...tolonglah sedar...!
Allah sayang kamu...Dia takkan tinggalkan kamu...kamu yang tinggalkan Dia....
kenapa wahai hamba...??
kamu sedar tak??
di alam barzakh kelak gelap gelita sahabat...
tiada cahaya melainkan amal semata-mata...
kamu tahu??
di dalam sana kelak sempit sahabat...sempit sangat....!!
hanya akan luas dengan ingatanmu kepadaNya...

yes..di sini pengakhiran kita...bersediakah???

kamu mengertikah wahai hamba??
kasihanilah dirimu....
Rasulullah berjuang menegakkan agama ini untuk kamu...
tapi kamu menggadaikan agama ini semata-mata kerana ingin pendapat kamu diterima...!
berbaloikah?? kamu puaskah melihat agama ini kacau bilau kerana kerakusan kamu itu??
sungguh kamu hamba dan umat yang rugi!!
ya....aku berpesan untuk diriku dan dirimu kerana aku juga hamba...
sifatku jua lupa...diriku jua leka...
kerana itu aku ingatkan agar kita saling ingat mengingati...
bukan bawa haluan sendiri...walaupun kubur kelak nafsi-nafsi...
tujuh derap langkah manusia menjauh dari pusaramu kelak....
maka akan berganti wajah malaikat Munkar dan Nangkir...
bertanya soalan yang telah lama bocor....
jawablah sahabat!!!jawab!!!kenapa lisanmu kelu??!!
kenapa??!!bukankah lisanmu itu begitu lincah bicaranya tatkala di dunia??!!
mana keberanianmu??
wahai hamba??mengapa kamu gagal untuk ujian kali ini???
bukankah dahulu kamu begitu cemerlang di dunia!!
kamu menangis??!sakitkah diseksa??sakit??
lalu mengapa duniamu kau lalui dengan begitu senang lenang tanpa ingat akan seksa ini??
kamu tidak tahu???
harus bagaimana kamu ingin katakan kamu tidak tahu wahai pendusta??!!bagaimana harus kau buktikan??!
sedangkan begitu banyak ayat-ayat Allah datang memberi panduan kepadamu....
kamu yang mengelak dan menjauh!
memang salah kamu!
bahkan kerana terlalu dan amattt mengasihi dan menyayangi kamu...
Allah bukakan seluas-luas pintu taubat kepadamu....!
kamu lakukan dosa diwaktu pagi...dibuka pintu taubat untukmu di waktu petang...
kamu lakukan lagi dosa diwaktu malam...Allah berikan lagi ruang untukmu di waktu siang untuk bertaubat...!


Nabi bersabda : 




عن انس یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي
 وقال: حدیث حسن صحيح


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah berjanji untuk mengampunkan dosa-dosa kamu   
semata-mata kerana kamu...kerana sayangkan kamu...tapi kamu???!
jauhnya kamu meninggalkan Allah dan RasulNya.....
sedih sungguh pengakhiran kamu kelak...
kamu tahu di sana nanti yang dapat membantu kamu hanyalah Allah, RasulNya dan amalan kamu...
tapi di dunia ini kamu begitu menyanjungi manusia...
kamu tahu di sana nanti...kamu mungkin dilupakan...
mereka juga tidak habis menguruskan hal mereka...kamu???
di mana ingin kamu bergantung harap kalau bukan Allah dan Rasul???
tapi bagaimana harus Allah dan RasulNya membantu kamu andai dunia kamu sentiasa lupa dan leka dari mengingati mereka....! bagaimana sahabat??
renungi ayat ini sahabat....


"demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan"
(surah Thaha 20:126)
~~~~~~
dedikasi diriku buat pembaca : 


aku hanya hamba yang biasa...
juga punya masa lupa dan leka...
bukan minta diterima tidak juga dipuja...
sekadar menumpang dunia yang sementara..
memberi peringatan selagi punya masa...
risau kelak amalan ingin dibawa tidak seberapa...
sumbangan ingatan ini kecil cuma...
tapi mengundang pahala besar buatku di akhirat sana....
mohon agar dibaca dengan mata hati....
insya'Allah...:)





Tuesday, 5 June 2012

kita anak perantau.....

menuntut ilmu...perjalanan yang begitu panjang dan berliku...
adakala tersadung....adakala rebah dalam langkah yang rapuh....
diuji dalam keimanan yang berbaki sirna...
mampukah diri bertahan dalam arus fitrah yang menyerang hati??
mampukah diri teguh dalam ujian kerinduan keluarga menghimpit diri???...
jarak yang jauh menyebabkan diri sering merintih sendiri dalam hati...
terasa terlalu singkat masa bersama kedua ibu bapa apabila kini sudah berada di medan perjuangan yang begitu jauh...
yaa...jarak...kerana jarak inilah aku menangis TAPI kerana jarak ini jualah aku berjuang dan meneruskan langkah dalam tabah dan payah...
bersama SAHABAT berpegang HATI...teguh bersama meniti hari...
meski ujian mengepung diri dan hati...tetap jua kami gagahi...
kami tidak mahu kalah dalam ujian yang tegar...kami ini anak perantau...
mencari ilmu..menggali pengalaman...tidakkan berserah walaupun risikonya KALAH!....
KALAH dan MENANG penentunya usaha kami....
Allah maha adil menetapkan sesuatu atas usaha kami bukan datang bergolek...
kami umat Islam...kami tidak akan mengalah kerana KEKALAHAN bukan SINONIM dengan ISLAM...
~~~~~~
buat insan-insan yang sedang berjuang bertemankan pen dan kertas, dakwat dan minda....
jangan mengalah atas desakan hati...
kita ini baru melangkah...perjuangan masih berbaki begitu panjang...
jangan diikutkan rasa di hati kelak merana diri sendiri...
teguran diterima membetulkan khilaf sendiri...
jangan sombong membangga diri...
di tempat orang ikutan kita resminya padi...
makin berilmu makin tawadhuk kepada ILAHI RABBI...
jangan jadi sepertinya lalang menghitung laluan angin...
hidup biar berpendirian...jangan sampai tidak berpengkalan...
di hujung waktu nanti tidak punya bekalan...
rugi dan sia-sia sebuah perjalanan...


Friday, 1 June 2012

exam around the corner weh!!~~

assalamualaikum.....ble tiade kje..ni la makanan saya....since skrg ni minggu study week....what????!!!!study week???.....means...now i have to get ready for final!!the war will begin!.....nak cakap dah bersedia seratus peratus tu,tidak la jugak.....70% / 30% la.....cuma nak cakap pade shbt2....kte belajar ni kne ade matlamat...bukan matlamat untuk berjaya di dunia ni je tpi yg aulanya di akhirat...sye sllu dgr org cakap..."alah...dunia ni sementara je,tak payah beriye sangat nnti meniggal bkn bawak sijil pon"..."dunia ni xpnting sgt nak kejar,yg penting akhirat tu...klau kejar akhirat nnti dunia dtg bergolek dekat kita"....perggghhh....begitu berfalsafah nampak gayanya insan yg berkata-kata ini....tpi kte yg dgr ni,dgr je la..nak menyampuk kang dikata kite ni "bdak2 ape tw???"errrkkk??......sye nak amek sikit ayat Allahyarham P.Ramlee tpi sye edit sikit..."budak2 la boleh cakap banyak sebab budak2 tidak pandai menipu kalau bagi kau bercakap,kau tahu nak putar belitkan orang jep"...^_^
sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian....
exam ni adalah kayu ukur perjalann ilmu pinjaman kita...ya...memang akhirat itu penting TAPI Allah ciptakan dunia utk kita mencari damai di akhirat kelak...dunia ini tdk dijadikan sia-sia...pasti ada kesinambungannya dengan akhirat...maha Bijkasananya Allah dalam menyusun atur sebuah pelayaran kehidupan hamba-hambaNya....anda tahu?anda sedar?....tepuk dada tanya Iman...
okeh sambung....ble exam....masa ni la nak tgok library pling penuh orang....sampai xde tempat kosong....Alhamdulillah...even last minute tpi nampak anjakan paradigmanya di situ...
ilmu yang ada untk dipraktikkan...diamalkan dan bukan untuk curahkan dalam paper semata-mata...ble dah hbis exam,hbis la sume ilmu berserakan..mcm tu??...amboiii....senang la mcm tu...sebab tu la skrg ni masyarakat jadi dungu akhlak dan sahsiah...sebab ape??sbb memg sume pelajar melayu wajib ambik subjek Pendidikan Islam mse PMR tpi tidak semua pelajar wajib ambil subjek Praktikal/Amali Ibadah dan Akhlak kan?? bahkan tiada pon subjek amali2 yang berkiatan dgn Ibadah ni...yg adenye amali sains dan lain2....begitulah manusia menjunjung dunia..ibarat akhirat tiada...
kepada sahabat2 yang optimis untuk berjaya....^_^
usaha la selagi mampu dan jangan putus asa...selagi ada masa...even one second before enter the examination hall you still can put small afford on that particular time...even you already in front of the examination paper, you still have time...what you can do on that time???bukan bawak "pembantu2 pribadi" yep.....mse tu anda bole panjatkan doa sesungguh2 hati pde Allah sbb mse tu pergantungan kite betul2 pde Allah saje sbb Allah boleh je nak bgi kte lpe SEMUA yg kita dah study....so,keep on praying...^_^
bile kte dah usaha bersungguh-sungguh, tambah lak dengan doa yang lebih extra daripada usaha...tawakkal pulak pde Allah dgn double extra lgi.....wa berani kerat jari lah...comfirm lu berjaya maaa~~~ (msuk plak loghat ayahanda-chinese-)
saya selalu cakap pde kwan2...ble kte nak berjaya..pastikan Allah didahulukan..usaha diperkuatkan...tawakkal dipertingkatkan....bersyukur di istiqamahkan...riak dijauhkan...berkongsi perlu diamalkan...
~~seuntai doa buat kamu~
ya Allah...rabbina murabbina....
pemilik segala cinta,rindu, kasih dan sayang kami...
kami bermohon dengan rendah hati....
ampuni dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami...
ya rabbi...tempat mengadu keluh dan resah kami...
kini kami berada di hujung perjuangan yang menentukan sisi kejayaan kami...
dengan rendah hati kami minta kepadaMu...
kami ingin berbakti kepada kedua ibu bapa kami...
maka permudahkan kami untuk menjawab peperiksaan...
ingatkan kami apa yang kami lupa...
kembalikan kepada kami apa yang hilang...
ilhamkan kepada kami ilham2 para nabi...
ya Allah...sekiranya kejayaan dunia ini mampu membawa kebaikan buat kami di dunia dan akhirat maka kurniakanlah kejayaan itu buat kami...sekiranya dengan kejayaan ini kami lupa,riak dan lalai...maka kurniakan lah kami hidayah dan petunjukkMu agar kami menjadi hamba yang bersyukur...dan sekiranya ia tidak membawa kebaikan buat kami di akhirat kami...kurniakanlah kejayaan ini kepada insan yang lebih layak untuknya....ya Rabbi....matlamat kami adalah akhirat dan dunia ini adalah wasilah akhirat kami...maka lorongkan jalan buat kami...jalan yang terbaik dari sisiMu...kami menerima dengan penuh redha segala ketentuanMu Ilahi Rabbi...ameen....
okay...gambate....;) 
salam mumtaz buat semua....maaf salah dan silap....