Friday 22 March 2013

tribulasi menjadi vs mencari

~reflection~


menyingkap tirai hati...mengintai keampunan..
di halaman subur RahmatMu Tuhan..
tiap jejak yang bertapak debu kejahilan..
akanku jirus dengan madu keimanan..
tak ternilaia air mata dengan permata
yang bisa memadamkan api neraka
andai benar mengalir dari nasudha nurani..
takkan berpaling pada palsu duniawi
destinasi cinta yang ku cari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa di dalam hati
telah kuredah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang ku temui
hanya kecewa menyelubungi
ke gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
untukku semai menjadi sepohon makrifat
moga dapatku berteduh di rendang kasihMu
ya Allah...
lestarikan wadi kalbuku oh Tuhanku
leraikan aku dari pautan nafsu
biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
namun masihku mengharap ampunanMu
wahai Tuhanku Ya Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum..semoga penulisan ini terus mendapat redha Ilahi..ameen...menipu kalau kita katakan bahawa hati kita terlalu kebal untuk tidak mencintai....itu menipu namanya...fitrah manusia memang begitu...tetapi mengapa ramai yang kecundang walaupun adakalanya hubungan yang di bina itu mengambil masa bertahun-tahun?mengapa?muhasabah diri semula...apakah kita telah meletakkannya di tempat yang selayaknya ia diletakkan?adakah kita telah dengan sebenar-benarnya memberikan rasa tersebut kepada insan yang layak?

aku jumpa dengan orang yang begitu keliru dalam menilai makna cinta sepanjang tempoh kehidupan ini..mulai dari zaman sekolah yg sangat cetek ilmu..di universiti dengan cara intelektualnya..alhamdulillah...aku diletakkan di sebuah tempat yg sangat banyak mengajar aku methodologi berfikir secara waras dan matang...sekali lagi bersyukur kerana Allah sering meletakkan aku di posisi untuk menjadi ajen pengubah dan sama-sama berubah...alhamdulillah...

kebanyakkan kita terlalu mudah melihat percikan kasih dan sayangnya manusia berbanding Allah kerana apa?kerana manusia itu ada di hadapan mata kita...maka apabila kita mengadu masalah kita dan mereka membantu untuk menyelesaikan, kita menganggap bahawa mereka itulah yang paling terbaik sedangkan semua itu mustahil berlaku tanpa kezinan Allah...

terawang-awang dengan bisikan fitrah berpaksikan nafsu membuatkan ramai yang penasaran "MENCARI BERBANDING MENJADI"....ada yang risau tidak bertempat...ada yang celaru pemikiran...ada yang hilang arah tujuan...teringat pesan wan(nenek) saya semasa kecil...

"angah,orang belajar ni ada banyak gila...meningkat umur remaja,gila nak motor kereta..baju branded...bila dah belajar di universiti nanti gila nak kawin pulak..."

masa itu, aku tolong ketawakan je apa yg dikata sebab tidak mengerti apa-apa tetapi sekarang aku semakin faham maksud kata-katanya...pantas masa berlalu dan aku kini melihat di hadapan mataku sendiri kisah-kisah insan yang ketandusan kasih sayang dan mempunyai krisis keyakinan diri terhadap takdir Allah...yang berkopiah dengan cara berkopiahnya...yang bershawl dengan versi shawlnya...yang bertudung litup dengan cara bertudung litupnya..macam-macam edisi ada...berbagai cara digunakan untuk menarik perhatian...ada yang terjerumus ke kancah penipuan nafsu...sehingga terawang-awang mereka dalam keindahan dunia fantasi ciptaan mereka sendiri..

sebenarnya...sahabat-sahabat...destinasi yang kita cari sangat dekat...terlalu dekat...tetapi kita tidak yakin...kita lebih yakin dengan usaha kita sendiri sehingga menidakkan posisi Allah sebagai perancang Yang Maha Teliti lagi Terperinci...masakan penilitian Allah itu punya kelompongan? tidak mungkin bahkan mustahil sekali!....tetapi ramai manusia tidak sedar...mereka tetap memilih hanyut...hanyut...dan terus hanyut...padahal dalam masa yang sama, hati kita melonjak kebencian dengan apa yg kita perbuat...tidak ada hati yang menyukai kebatilan...kita sedar sebenarnya hati kita merintih inginkan Allah tetapi dosa dan nista yang kita lakukan menutup pintu penerimaan bahkan membina lagi tinggi tembok keegoan...

tidak terasa malukah di hadapan Allah kelak apabila di hadapkan di hadapanNya dalam keadaan kita yang sangat cetek ingatan kepadaNya semasa di dunia tetapi kita menagih SYAFAATNYA di akhirat??

apabila kita lebih meyakini Allah sebagai sebaik-baik perancang maka segalanya pasti sudah tersedia cantik untuk kita...mengapa perlu kecewa terhadap sesuatu yang hilang andai itu tidak terbaik untuk kita?perlukah di sedihkan? adalah lebih baik dan terbaik pertingkatkan usaha memperbaiki kelompongan ilmu di dada...memperbaiki kekurangan iman di hati...memperbaiki kekosongan nilai Taqwa di jiwa...usahlah disedihkan atas pinjaman...kehilangan bukan untuk di tangisi...adalah lebih baik menyandarkan diri kepada Ilahi Rabbi yang Maha Mengetahui...

pasti akan terasa keseronokannya mencintai Dia yang turut mencintai kita apa adanya kita...bukan beerti mengekang rasa cinta dan rindu...tidak...cuma pentarbiyyahan dalam mencintai dan merindui itu perlu diperbaiki...perkahwinan itu ibadah...ladang mengumpul pahala buat yang tahu tetapi bagi yg kurang ilmunya,perkahwinan hanya menambah derita dan air mata di akhirat kelak...wa nauzubillah...

~jangan mencari kesempurnaan kelak dengan kelemahan yg satu kamu membenci...jangan menilai kecantikan luaran kelak kamu kecewa dengan kerosakkan akhlak dalaman...~

> tarbiyyahMu Allah...mustahil ku lihat cinta manusia kerana manusia mustahil mencintaiku sepertiMu...palingkan aku dari cinta manusia yang hanya sementara dan melalaikan ameen <

~sekadar ibrah perjalanan hidup yang sangat singkat~

No comments:

Post a Comment