Wednesday 30 May 2012

Allahkan ade ^_^

kerana Dia....
selalu kita tersenyum dalam tenang dan tabah...walaupun sakit ditarik ujian mendatang...
kerana Dia mendengar tidak akan tuli...Dia melihat tidak pernah kabur jauh sekali buta...
Dia membantu tidak pernah meninggalkan...
Dia memberi ruang dan peluang dan tidak akan selamanya menolak hamba-hambaNya...


oh Allah...
kerana hamba sesungguhnya tahu 
"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri"
~~al-Baqarah : 222~~~
huh....termenung sejenak bila mengenangkan kalam-Mu ini....diriku ini melihat peluang tapi selalu ku siakan dengan dunia ini yang seringnya menipu...apakah kelak diriku ini mudah hisabnya??memang diri ini berkeinginan sebegitu tapi......ruang taubat sering ku endahkan....pintu hatiku meski Kau ketuk berulang kali tetap ku tutup dengan gelap dosa nan silam....ke redah kehidupan membuta tuli melayani kerenah nafsu yang tidak berpenghujung...lantas diriku yang kecewa sendiri...ingin meraup seuntai kasih dan sayangMu tetapi amalan tidak langsung menghala kepadaMu...terlalu jauh diriku ini melayang diterbangkan angin kemalasan dan kealpaan....akal tidak mampu menjadi penganalisa terbaik...sering terpesong dan menyimpang...dosa juga menjadi pilihan...kerana apa??kerana ingin menyukakan hati yang remuk dalam kekecewaan....sungguh akulah yang hamba yang tertipu itu....then....

Allah.....You guide me...always and always...He never let you go even you always ignore Him...He keep whispering to your heart that He will be there for you anytime anywhere if you want it to...Allah will always answer your call...He never disappointed you...never and never...so,keep put your hope towards Him...then...just smile as long as you live in this world...don't think something is burden but keep think that it is a gift and test from Him to make you be closer and closer to Him...because of what??? because...He miss you so much.....^_^ maybe right know you were far away with Him but maybe with this test....you become closer...closer...and closer...^_^

Tuesday 29 May 2012

cintaku padamu dalam diamku keranaNya~~


InsyaALLAH.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah ra.=) Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.. 
**********
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”
*********************
Begitulah cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..
Cantik ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..
ALLAH sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu..=)

dunia VS akal VS nafsu.....

kerana dunia ini...adalah sebuah pentas terhias indah...
maka ramai yang tertipu dan menipu kerana keindahannya...
ya...sekali lagi kerana dunia ini sebuah layar kanvas yang luas...
maka warnanya begitu menarik manusia untuk menikmatinya...
tapi..dunia ini adalah ciptaan yang indah...
daripada Yang Maha sukakan keindahan....
maka tidak sewajarnya salah itu di halakan padanya...
~~~~
kerana manusia ini berakal...asbab inilah yang membuat mereka lupa...
maka kerana itu mereka alpa terhadap penciptaNya...
ya...sekali lagi kerana manusia itu berakal...
maka kerana itu adakala mereka menongkah dunia bagai tiada akhirat...
kerana manusia itu berakal...
maka dunia itu tidak dilihat berorientasikan kacamata keimanan...
hanya beraulakan kehendak diri semata-mata....
tapi....bukan akal yang wajar dipersalahkan...
~~~~
maka sebenarnya apa punca segala salah ini???
ya....kerana nafsu yang tidak terdidik ini...
memandu dunia kepada kemelut dosa...
menyimpangkan akal kepada persimpangan noda....
nafsu ammarah....kerana ia tersimpang hati daripada Taqwa...
kerananya jua terpalit noda dihati insan bernama hamba...
disebabkan mengikutinya kamu lemah tiada berdaya...
kerana menurutinyalah kamu terjunam dalam lembah dosa nan hina....
tapi Allah itu Maha Adil...diciptakan sakit bersama ubatnya...
maka di kala nafsu menguasai hati....
berpuasalah bagi membendung diri sendiri...
nescaya kamu akan menang dan jangan di lupa agar mensyukuri....
~~~~

Monday 28 May 2012

LEGASI DAN GENERASI

"ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir.dan ampunilah kami.sesungguhnya Engkau maha Perkasa Maha Bijaksana"- surah al-Mumtahanah : 5

 ku sedari ilmu bukanlah penuh di dada...
ku akui tidaklah diri ini sempurna mana...
cuma lisan ini tidak bisa diam terhadap KEMUNGKARAN....
jasad ini jua tidak mungkin kaku melihat KEMAKSIATAN....
ada saja tindakan ingin dilakukan....
tapi...adakala tindakan itu berdasarkan AMARAH bukan KEIKHLASAN...
ya Allah...janganlah kerana ku Islam ini terfitnah...
janganlah kerana kelemahan diri ini,Islam terpalit buruk sangkaan masyarakat....
kerana Islam ini agama yang terlalu suci dan syumul....
ya Allah...janganlah kerana kejumudan diri ini dalam menerangkan skop Islam kepada orang lain,
menjadikan Islam seakan-akan kecil di pandangan orang bukan Islam....
wahai pejuang yang mengaku kamu berjuang di jalan Allah....
kita adalah wasilah....
jangan berbalah sesama kita kelak nanti Islam tergadai kerana kita...
Islam perlukan kita untuk ia kembali mekar di seluruh alam...
dan kita sangat perlukan Islam untuk memandu arah hidup kita....
jangan berselindung di sebalik bayang-bayang ketakutan...
kerana kita adalah...
GENERASI PEMANGKIN UMMAH!
LEGASI MENUAI DAKWAH!

Thursday 24 May 2012

koreksi diri


Wahai insan bernama hamba..
Tidakkah kau sedari bahawa Allah terlalu menyayangimu..??
Sehingga tidak tega dia melihat kau lemas keseorangan
Dalam nafsu dunia yang menipumu.
Lalu dia hadirkan ujian yang maha hebat
Demi membuat kau sedar akan kehadiranNya
Dalam senang dan susahmu..
Dia ketuk pintu hatimu dengan dugaan
Saat kau sendirian lemah dalam ujianNya..
Dia menunggu kau datang padaNya
Dengan linangan airmata dan doa..
Namun hamba….
Adakah kau sedar??
Ketuklah pintu hatimu,dimana nilaian imanmu??
Sering kau katakan bahawa kau keseorangan..
Kerana apa??
Kerana kau sendiri buta menilai kasih dan sayang Allah..
Kau lebih rela mencari ciptaanNya yang serba lemah
Untuk mengadu dan mengharap bagi menyelesaikan masalahmu..
Butakah kau dalam menilai cinta Allah??
Tulikah kau dalam mendengar bisikan kasihNya??
Tidakkah kau tahu bahawa sesungguhnya
Allah itu lebih dekat denganmu bahkan
Lebih dekat dari urat nadimu sendiri!!
Wahai insan..tahukah engkau satu hari kau sendiri akan
Menangis kerana kecewa dengan ciptaan Allah yg serba lemah..
Aku katakan padamu krn aku menyayangimu
Dan aku tidak mahu kau lemah menghadapi dunia..
Kelak..bila kau sudah mengerti..
Kau akn tahu mengapa aku berkata begini..
tidak sama sekali untuk mengajar engkau meletakkan syakwasangka kepada insan yang membawa harapan...
tidak dan tidak...
cuma...ku ingin katakan padamu bahawa kasih sayang dan cinta Allah itu lebih berharga untuk kau rasai...cinta insan yang datang itu adalah pinjaman...untuk menikmatinya,kau perlu tahu hakikat sebenar cinta, dari mana ia datang?siapa penciptanya?ada masa mungkin kau jatuh,ada masa mungkin kau sesat,ada msa mungkin kau rebah..tapi bila-bila masa Allah ada...Allah sentiasa available untuk membantu hamba-hamba yang meminta...kuatkan sandaranmu kepada Allah yang satu..kerana Dia tahu apa keperluanmu...hanya pada Allah yang satu....:)

Tuesday 22 May 2012

naluri atau fitrah insani???

fitnah....ingin dijauhi malah mendekati...
ingin di elakkan malah di didedahkan...
antara fitnah zahir dan hati....
ku risau akan kedua-duanya...
tapi yang lebih merisaukan aku adalah..
fitnah di hati....
fitnah di hati....racunnya memakan diri...
bisanya....membunuh naluri...
kerananya terhapus naluri suci...
fitnah hati....
kerananya beribu alasan diberi...
merindui sang pencinta yang pendusta...
mencintai sang perindu yang kononya setia...
mengasihi insan yang lagaknya ingin memberi...
menyayangi dia yang sepertinya ingin berkongsi...
menyanjungi dia yang kelihatannya sungguh berbudi...
dongengnya mudah...
"dari mata turun ke hati...dari hati terucap kata...
dari kata terlanjur pula tindakan anggota..."
cukup sinonim kita dengan kisah dongeng sebegini...
maka dimana Ilahi di hati kita??
dimana Rasulullah d jiwa kita??
di mana ibu bapa di sanubari kita??
di mana posisi mereka kita sisihkan....??
kerana fitnah hati itu..terjunam aku dalam lembah yang hina...
kerana fitnah hati itu..tersungkur aku dalam tipuan dunia...
kerana fitnah hati itu..KITA terjunam dalam lubuk durjana...
kerana itu...jangan ditanya mengapa aku bergerak menjauh...
usah kau gusar mengapa aku diam seribu ungkapan...
usah kau tangisi mengapa aku tega meninggalkan setelah memberi harapan..
kerana aku...tidak mahu kau sekali-kali teralpa...


Saturday 19 May 2012

benarkah kita berada di posisi yang tepat??

perjuangan.....
adakala terbenam dalam perjuangan yang hanya berlandaskan lisan semata...
tiada tindakan,bisu penyelasaian,leka dengan perasaan...
tuli pendengaran, buta penafsiran....
melihat kepada barisan saf yang nampak agak hebat tetapi berbaur zina dan maksiat...
berlegar di dalamnya keangkuhan berkata-kata dalam perselindungan...
berselindung di sebalik kekacauan fitrah yang mendatang..
adakala tersentap..melihatkan manusia yang begitu bongkak mendukung dunia...
walhal akhirat mengejar dalam kealpaan...

palestin....kamu berjuang...dari anak kecil sehingga yang paling tua...
anak kecil...sudah tiada istilah "zaman kanak2 utk bermain"...yang tinggal "aku lahir untuk berjuang!!!"
anak kecil...sudah hilang istilah "mak ayah untuk bermanja"...diganti dengan "mak ayah hanya melahirkan dan mungkin aku tidak memebesar dengan mereka"...
yaa....anak sekecil itulah...bermandi darah meski tidak bersalah...
yaa....anak sekecil itulah...menggalas tanggungjawab meskipun lelah...
dengan jiwa anak sekecil itu tapi punya visi dan misi untuk lahir demi sebidang tanah lembayung Rahmah...
diangkat jua tangan...menggenggam batu berlafaz "Allahuakbar"...dilempar kerana rasa cinta dan kasih kepada saudara seagama....
jemari anak kecil yang begitu longlai...wajah mulus penuh keikhlasan...
sungguh..kamu bertuah..lahir kerana syahid...

tapi kita...di bumi "bertuah" Malaysia...
menggenggam sebidang tanah yang begitu gah....
mana gahnya andai moral manusia dilempar seperti sampah...
berserakan di bumi penuh bertuah dalam "kemegahan"...
mana gahnya andai wajah ibu kota disirami kupu2 malam berteraburan...
mana gahnya andai muda mudi berpeleseran bagaikan unggas berserakan...
inikah legasi pewaris negara?
begitu tega nampaknya mengundang "amarah" Allah....
lihatlah wahai hamba....kamu akan tahu derap akibatnya...


~~~pesanan yang akan bersambung di lain hari~~~



Thursday 17 May 2012

alpa dan lalai....adatkah??

ya....begitulah insan...segala keterlupaan dan keterlalaiannya akan di beri alasan sebagai.."alah!adat la tu...nama pun manusia memg la aku ni lalai"....cantekk alasan akak2,abang2,adik2,mak cik2,pak cik2 dan yang sewaktu dengannya...termasuk la saya....tapi nanti masa di padang mahsyar...depan Allah.....agak2 la...boleh cakap macam tu??nanti mulut dah tidak boleh berkata-kata....yang bercakap ni haaa.....tangan ni.."ya wahai Allah...akulah yang telah melakukan ini dan itu.."...kaki pulak tambah..."ya wahai Allah...akulah yang telah berjalan ke tempat maksiat itu...".....pastu mata pulak nak mencelah..."ya wahai Allah....memang akulah yang menjadi saksi yang melihat segala kemungkaran itu"....datang pula si telinga....nak jugak jadi saksi...ye la...sebab nak cukupkan empat saksi....telinga pula cakap...."ya wahai Allah...memang aku dengar segalanya kemungkaran yang dilakukan oleh dia ini"......nah....masa tu..mulut dah tidak boleh dibuka...nak tipu tang mana lagi sahabat....tu belum tambah saksi extra..malaikat Raqib dan Atid....mereka bawak buku amalan nanti...masa tu nak sorok kat mana lagi....

bila kita lupa...sebenarnya Allah selalu ingatkan..
bukan dengan kalam tapi pengajaran...
bukan dengan siksaan tapi pendidikan....
tapi kita ini hamba...
bila ujian datang....mulut pun cakap....
"hisshhh....apa la malang nasib aku..."
bila ujian datang....kaki pun gatal...
sepak terajang sana sini...
bila ujian datang...tangan pun gatal....
habis semua nak dilempang nak di tumbuk...
bila ujian datang....hati mulalah....
tidak redho dan menyalahkan keadaan...
tidak menerima takdir......
wahai hamba...sedarkah kamu....
alangkah manis ujian bila ditapisi dengan redha dan syukur...
jangan terjunam dalam arus dunia yang melalaikan...
kelak kamu sendiri menangis merana...

peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2....

sahabat.....:'(







bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan...
kehadiranmu menyentuh kalbu...menyalakan obor pengharapan..
tikaku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan..
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan....
saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan...
saat ku meragukan keampunan Tuhan..
kau katakan RahmatNya mengatasi segala..
menitis airmataku keharuan..kepada sebuah pertemuan...
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan...
cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagiaan...
tulis keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihMu oh tuhan..
syukur sungguh dihati ini dikurniakan teman sejati...
menunjuk jalan dekatinya tika diri dalam kebuntuan...
betapa aku menhargai kejujuran yang kau beri...
mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi...
tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihMu Tuhan...
yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman...
dedicated : Nurul 'Izati Jalil....:)




hadiah dari Allah :)



Saban hari kita dihadiahkan oleh Allah dengan kehadiran insan-insan baru dalam hidup kita..yang memahami kita,yang selalu senyum berhadapan dengan kita,yang selalu meniup api semangat untuk kita disaat kita hampir rebah menyembah kaki ujian..jika ditelusuri secara halus dan sedalam dalamnya kita akan lihat betapa sayang dan cintanya Allah kepada kita dengan menghadirkan insan-insan itu untuk kita supaya kita tidak keseorangan..bila kita lahir,dapat kita lihat senyuman ibu dan ayah yang sabar menanti kehadiran kita..kemudian menginjaknya usia dewasa..kita dihadirkan dengan insan yang paling kita akan ingat seumur hayat kita sepanjang penghidupan kita di dunia ini…dia adalah sahabat…kerana apa dia ini terlalu kita sayangi sehinggakan untuk meniggalkannya pun kita sebak..karana mereka hadir di saat kita buntu memikirkan permasalahan dunia..hadirnya mereka saat kita ketandusan fikrah dalam mengatasi segala kemelut jiwa..mereka yang hadiahkan senyuman dalam duka..mereka yang meniup roh semangat di saat kita lemah di landa badai penghidupan..apa mungkin kita temui insan yang ingin memegang tangan kita saat kita sesak menghadapi tohmah dunia..dimana kita ingin gapai secubit kekuatan dalam menhadapi cacian fana yang hampir meruntuhkan keimanan dan ketaqwaan ini melainkan dengan kehadiran insan bernama sahabat..










UJIAN…beratnya terasa menghukum jiwa…tiada hentinya memaksa diri ini melutut menyembah bumi kerana terlalu lelah dalam menghadapinya..peritnya terasa bagaikan merampas segala kekuatan yang dibina selama ini..lemah longlai jasad memikirkan ujian ini yang tidak habis menghimpit jiwa..berderai airmata menyambut sendu dalam berhadapan dengan ujian ini..terasa keteguhan hati ini diragut oleh rasa berputus asa..tidsk dipinta dugaan ini hadir menggamit laluan kehidupan namun,seringnya ia menjenguk mengetuk pintu iman yang selalu terbuka…meski ia hadir silih berganti,meski ia hadir tanpa jemu menghimpit diri,meski ia hadir menggamit luka yang tidak terperi sakitnya,meski ia hadir memberi kesan sakit yang mungkinkan tidak terpadam namun harus jua diri ini teguh menghadapinya..tiada jalan lain melainkan cuba mengatasinya dengan jalan Iman yang tenang..harus digagahi jua hidup ini dengan rasa kehambaan yang penuh keredhaan..biarpun jalannya beronak berliku,pasti ku lalui jua dengan tabah dan senang hati kerana ganjarannya ku pasti..janji Ilahi tidakkan lari..ku yakini Ilahi untuk meghadirkan dugaan dengan kekuatan..ku pinta darimu Ilahi Rabbi..andai dengan ujian ini adalah satu-satunya jalan untuk menghampirkan diriku denganMu maka hambaMu ini lebih memilih derita diuji daripada dibiar melara dalam noda yang hanya membuatMu jauh dariku..biar hamba menangis ditelan dugaanMu jika itu jalan untuk hamba meraih cintaMu..biar hamba menderita jasad menelan mehnah yang tiada noktahnya janji RahmatMu sudi memayungi hidup hamba..kerana hamba ini pacal yang hina..menagih cintaMu padahal hamba tidak layak untuknya jadi biar hamba melara deminya..hamba rela menangis sendu asalkan rinduMu bersama hamba..walaupun sedikit hamba rela asalkan ada ruang untuk hamba..hamba tidak layak untuk meminta banyak dariMu kerana hamba juga tidak memberi banyak kepadaMu..jadi cukup sekadar sisi daripada CINTA,RINDU,KASIH DAN SAYANGMU yang menemani perjalanan hidup hamba..itu sudah cukup Allah..............

alhamdulillah~~~~

akhirnya terlaksana jua impian....alhamdulillah...alhamdulillah....selama beberapa bulan,atas galakan insan-insan sekeliling....akhirnya blog yang diberi nama lembutlahati tercipta...mudah-mudahan orang yang empunya blog dan yang akan membaca jua dilembutkan hati oleh yang maha Kuasa...ameen....semoga mendapat manfaat daripada apa-apa yang ada di dalam blog ini....setakat ini tiada apa lagi yang mahu di post...insya'Allah....akan cuba mencuri masa untuk blog ini....insya'Allah.....