Thursday 24 May 2012

koreksi diri


Wahai insan bernama hamba..
Tidakkah kau sedari bahawa Allah terlalu menyayangimu..??
Sehingga tidak tega dia melihat kau lemas keseorangan
Dalam nafsu dunia yang menipumu.
Lalu dia hadirkan ujian yang maha hebat
Demi membuat kau sedar akan kehadiranNya
Dalam senang dan susahmu..
Dia ketuk pintu hatimu dengan dugaan
Saat kau sendirian lemah dalam ujianNya..
Dia menunggu kau datang padaNya
Dengan linangan airmata dan doa..
Namun hamba….
Adakah kau sedar??
Ketuklah pintu hatimu,dimana nilaian imanmu??
Sering kau katakan bahawa kau keseorangan..
Kerana apa??
Kerana kau sendiri buta menilai kasih dan sayang Allah..
Kau lebih rela mencari ciptaanNya yang serba lemah
Untuk mengadu dan mengharap bagi menyelesaikan masalahmu..
Butakah kau dalam menilai cinta Allah??
Tulikah kau dalam mendengar bisikan kasihNya??
Tidakkah kau tahu bahawa sesungguhnya
Allah itu lebih dekat denganmu bahkan
Lebih dekat dari urat nadimu sendiri!!
Wahai insan..tahukah engkau satu hari kau sendiri akan
Menangis kerana kecewa dengan ciptaan Allah yg serba lemah..
Aku katakan padamu krn aku menyayangimu
Dan aku tidak mahu kau lemah menghadapi dunia..
Kelak..bila kau sudah mengerti..
Kau akn tahu mengapa aku berkata begini..
tidak sama sekali untuk mengajar engkau meletakkan syakwasangka kepada insan yang membawa harapan...
tidak dan tidak...
cuma...ku ingin katakan padamu bahawa kasih sayang dan cinta Allah itu lebih berharga untuk kau rasai...cinta insan yang datang itu adalah pinjaman...untuk menikmatinya,kau perlu tahu hakikat sebenar cinta, dari mana ia datang?siapa penciptanya?ada masa mungkin kau jatuh,ada masa mungkin kau sesat,ada msa mungkin kau rebah..tapi bila-bila masa Allah ada...Allah sentiasa available untuk membantu hamba-hamba yang meminta...kuatkan sandaranmu kepada Allah yang satu..kerana Dia tahu apa keperluanmu...hanya pada Allah yang satu....:)

No comments:

Post a Comment