Monday 28 May 2012

LEGASI DAN GENERASI

"ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir.dan ampunilah kami.sesungguhnya Engkau maha Perkasa Maha Bijaksana"- surah al-Mumtahanah : 5

 ku sedari ilmu bukanlah penuh di dada...
ku akui tidaklah diri ini sempurna mana...
cuma lisan ini tidak bisa diam terhadap KEMUNGKARAN....
jasad ini jua tidak mungkin kaku melihat KEMAKSIATAN....
ada saja tindakan ingin dilakukan....
tapi...adakala tindakan itu berdasarkan AMARAH bukan KEIKHLASAN...
ya Allah...janganlah kerana ku Islam ini terfitnah...
janganlah kerana kelemahan diri ini,Islam terpalit buruk sangkaan masyarakat....
kerana Islam ini agama yang terlalu suci dan syumul....
ya Allah...janganlah kerana kejumudan diri ini dalam menerangkan skop Islam kepada orang lain,
menjadikan Islam seakan-akan kecil di pandangan orang bukan Islam....
wahai pejuang yang mengaku kamu berjuang di jalan Allah....
kita adalah wasilah....
jangan berbalah sesama kita kelak nanti Islam tergadai kerana kita...
Islam perlukan kita untuk ia kembali mekar di seluruh alam...
dan kita sangat perlukan Islam untuk memandu arah hidup kita....
jangan berselindung di sebalik bayang-bayang ketakutan...
kerana kita adalah...
GENERASI PEMANGKIN UMMAH!
LEGASI MENUAI DAKWAH!

No comments:

Post a Comment