Tuesday 29 May 2012

dunia VS akal VS nafsu.....

kerana dunia ini...adalah sebuah pentas terhias indah...
maka ramai yang tertipu dan menipu kerana keindahannya...
ya...sekali lagi kerana dunia ini sebuah layar kanvas yang luas...
maka warnanya begitu menarik manusia untuk menikmatinya...
tapi..dunia ini adalah ciptaan yang indah...
daripada Yang Maha sukakan keindahan....
maka tidak sewajarnya salah itu di halakan padanya...
~~~~
kerana manusia ini berakal...asbab inilah yang membuat mereka lupa...
maka kerana itu mereka alpa terhadap penciptaNya...
ya...sekali lagi kerana manusia itu berakal...
maka kerana itu adakala mereka menongkah dunia bagai tiada akhirat...
kerana manusia itu berakal...
maka dunia itu tidak dilihat berorientasikan kacamata keimanan...
hanya beraulakan kehendak diri semata-mata....
tapi....bukan akal yang wajar dipersalahkan...
~~~~
maka sebenarnya apa punca segala salah ini???
ya....kerana nafsu yang tidak terdidik ini...
memandu dunia kepada kemelut dosa...
menyimpangkan akal kepada persimpangan noda....
nafsu ammarah....kerana ia tersimpang hati daripada Taqwa...
kerananya jua terpalit noda dihati insan bernama hamba...
disebabkan mengikutinya kamu lemah tiada berdaya...
kerana menurutinyalah kamu terjunam dalam lembah dosa nan hina....
tapi Allah itu Maha Adil...diciptakan sakit bersama ubatnya...
maka di kala nafsu menguasai hati....
berpuasalah bagi membendung diri sendiri...
nescaya kamu akan menang dan jangan di lupa agar mensyukuri....
~~~~

No comments:

Post a Comment