Thursday 11 October 2012

aku pemanah tak banyak ilmu- fasa satu


assalamualaikum w.b.t....kaifa hal 'ala kullu minal qira'ah??
chewwah...cakap arab....actually i'm not good enough to speak in arabic but i always believe that practice make perfect...eh!eh!tersasul berbahasa Inggeris pula...maaf...hehe....lama betul blog ni tidak di update...sudah berhabuk,berdebu rasanya....emm....tarian jemari ini sebenarnya menari tanpa tujuan...tidak tahu apa yang ingin di tulis....wait...give me 5 second to think....

5 saat dah bertukar jadi 5 minit...
terima kasih kerana menanti ^_^


ahaahh....something suddently cross on my mind...banyak pulak perkara hendak diceritakan....ok...saya pilih nak cerita tentang pengalaman saya join archery.....whatttssss????what is archery??ada gaya macam buah ceri ke??ohh...no...no...no...saya pilih untuk bercerita mengenai archery ni sebab banyak sangat perkara yang saya belajar dalam sukan ini...oppss...kantoii...archery itu adalah salah satu daripada jenis sukan yang semakin dilupakan oleh umat Islam masa kini yang lebih sibuk untuk menyertai bola sepak,bola keranjang,bola jaring dan berbagai-bagai jenis bola lagi....terutamanya di kalangan anak muda....dalam bersukan,kebanyakkan daripada kita lupa bahawa ahdaf dalam bersukan adalah untuk beribadah kepada Allah...ya...memang bersukan hukumnya hanyalah harus dan apabila disebutkan harus maka jika kita melakukannya ataupun meninggalkannya,maka ia tidak dikira sebagai pahala atau dosa TETAPI perlu diingat bahawa setiap perkara harus yang di susuli dengan niat kerana Allah maka secara automatiknya ia menjadi ibadah dan mendapat pahala....owh....cop...cop...coppp!! apa pula tiba-tiba masuk bab hukum ni...ahaaah...dekat sikit dengan skrin komputer tu....baca betul-betul...saya hendak bawa contoh yang budak tadika pun boleh faham...contoh : bersukan itu hukumnya harus tetapi jika kita susuli dengan niat kerana Allah maka secara automatik perbuatan yang baik itu akan menjadi ibadah dan guarantee dapat pahala....cantik betul agama Islam ini....kalau kawan-kawan ingin tahu,perbuatan harus ni jika kita buat ataupun tinggalkannya maka tidak beri kesan kepada sebarang pahala atau dosa tetapi sebab Allah ni memang Maha Penyayang sangat pada hamba-hamba Dia, so, Dia buka peluang pada kita untuk rebut pahala banyak-banyak dengan melakukan perkara yang harus tetapi meniatkannya keranaNya...bagus bukan???

ni yang kartun jep...nanti kite pergi yang sebenar :)


Ok...sudah jauh melalut dari tajuk archery ni...kembali bersiaran...masa mula-mula masuk di USIM, kami memang sudah dimaklumkan untuk mengambil Ko-kurikulum bagi memenuhi pointer dan melengkapkan kemahiran Insaniah dan saya dengan begitu berbesar hati memilih untuk menyertai sukan memanah walaupun i’ve no idea what is archery is all about....kuota untuk memanah hanya terhad kepada 40 orang, jadi saya memang terpaksa buat muka merayu pada pegawai yang menguruskan pentadbiran itu untuk melayakkan diri masuk sukan ni jugak...tak kira!!nak juga!!hehe....

Sebab ape saya begitu admire nak masuk sukan ni??cuba teka??emmm....tidak perlu la teka,bukan dapat markah or hadiah...mari saya bagitahu....sebab............

“ajarilah anak-anak kalian berkuada,berenang dan memanah” – riwayat Bukhori Muslim

Haaa....sebab ini la....sebab saya tahu memanah itu merupakan salah satu daripada sunnah....tidak dapat belajar semua pun, jangan tinggal semua....kan?kan? ^_^

Minggu pertama dan kedua hanya berlalu dengan teori semata-mata...memang terkejut sangat...ingatkan senang..boleh main tarik selepas tu lepas saja di mana-mana yang saya suka rupa-rupanya banyak prosedurnye.....
bila dah belajar teori maka minggu seterusnya kami masuk kepada fasa praktikal....excited sangat dapat pegang equipment memanah ni....tapi bila dah dapat pegang bukan nak cakap apa la,tetapi memang agak berat bagi orang yang mempunyai tangan yang macam ranting macam saya ni...ingin tarik tali tu lagi la tidak mampu...jadi,oleh kerana kami begitu bermasalah untuk menyesuaikan diri, maka ustaz pun minta ketua kami untuk cari getah tayar.....copppp!!!!!getah tayar????nak buat ape????hehehe.....ok....to be continue.....zohor dah panggil....

>pantun suka-suka<
sorong papan tarik papan...
suruh bersukan aku bersukan...
buah duku dalam perahu...
kenali memanah,bagiku baru...
suruh try,jujur aku jahil ilmu!!!
^_^

Tuesday 28 August 2012

syed al-qutb


bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum w.b.t....
saya mula mengenali insan ini secara ilmiah ketika form 4..pernah mendengar namanya sebelum2 tu tetapi tidak la membawa saya cenderung untuk mengenali insan ini....agak lewat...tetapi saya tidak kecewa kerana alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk mengenalinya walaupun hanya melalui karya-karya dari penulisan dan alam maya...jujurnya saya tersangat suka menulis...tersangat-sangat...suatu hari seorang ustaz menyebut tentang biografi seorang penulis Islam yang membuatkan orang bukan Islam begitu gerunkan penulisannya sehingga disebabkan penulisannya dia di sumbatkan ke dalam jeriji besi yang sempit dan menyeksakan...tetapi jiwa insan ini begitu besar...meski diseksa tetapi dia merasa tidak terbeban dan senantiasa mencari ruang untuk tenang dan ketika di dalam tahanan,insan ini masih sempat mengeluarkan beberapa karya...jeriji besi berkalang noda itu tidak membuatnya berhenti untuk terus menyatakan yang hak menentang yang batil...diri serasa ingin menjadi sepertinya walaupun mungkin saja tidak mampu..tetapi sekurang-kurangnya biarlah mencuba daripada terus rebah tanpa melangkah...^_^
Oleh Ibrahim Abdullah
SEORANG pejuang menegakkan kalimah tauhid, Sayyid Qutb, kembali ke rahmatullah 41 tahun lalu. Tokoh dilahirkan pada 9 Oktober itu adalah penulis kitab Fi Zilal Al-QuranMa’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din.
Tiga buku itu diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan Malaysia, serta mendapat sambutan hebat di kalangan umat Islam seluruh dunia.
Memang ada perbahasan mengenai metod Sayyid Qutb dalam tulisan yang tegas menyatakan kesesatan masyarakat moden berkaitan penghakiman yang tidak merujuk kepada Allah. Bagaimanapun sejarah Sayyid Qutb perlu diulas sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang tokoh yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya.
Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.
Beliau melalui bertahun usia terakhir di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.
Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat dan taat beragama. Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia tujuh tahun, ia mula menghafal al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.
Awal dekad 1940-an, satu era baru bermula dalam kehidupan Sayyid Qutb. Dalam karya pada 1939, beliau mulai menulis beberapa siri At-Taswir Fanni Fi Quran. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang ada dalam ayat al-Quran.
Pada 1945, beliau menulis kitab Masyahidul Qiamah Fi Quran yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam al-Quran. Pada 1948, Sayyid Qutb menghasilkan Al-Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam atau Keadilan Sosial dalam Islam, menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila masyarakat menerapkan sistem Islam.
Fasa terakhir perjalanan Sayyid Qutb bermula pada 1951, waktu beliau mula bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.
Sayyid Qutb bergabung bersama al-Ikhwan al-Muslimun, dua tahun selepas meninggal Imam Hassan al-Banna, pelopor al-Ikhwan pada 1949. Mereka tidak pernah bertemu muka meskipun dilahirkan tahun yang sama 1906 dan mendapat pendidikan di Darul Ulum.
Walaupun begitu, mereka mempunyai kesatuan jiwa dan persamaan orientasi berfikir. Sebelumnya, ketika Hassan al-Banna membaca buku Al-’Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam karya Sayyid Qutb, dia menganggap pengarang adalah sebahagian daripada Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna menyatakan bahawa ‘orang ini’ (Sayyid Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.
Sayyid Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Kematian al-Banna sangat terasa dalam jiwanya, walaupun belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan menyayat hati ketika dirawat di sebuah hospital di Amerika.
Disebabkan orang Amerika bergembira menyambut berita kematian al-Banna, selepas pulang dari Amerika, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Seterusnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Pesan utama Sayyid Qutb yang ditekankan dalam tulisan adalah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya, inti tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri (pembuatan peraturan).
Beliau berkata, ikrar syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak-Nya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir melarang al-Ikhwan al-Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana dituduh hendak merampas kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh pemimpin tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hassan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948.
Tetapi hukuman terhadap Hassan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.
Pada 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan peribadi Presiden Iraq, Abdul Salam Arif tetapi pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan itu. Selepas Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.
Alasannya beliau dituduh hendak merampas kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku Sayyid Qutb terutama Ma’alim Fi Tariq, yang menyatakan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan syariat Allah.
Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta Sayyid Qutb menulis pernyataan memohon ampun supaya ia dibebaskan.
Bagaimanapun Sayyid Qutb dengan tegas menjawab:
Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran, aku reda. Jika aku dipenjara kerana batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan.”
Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb digantung bersama sahabat seperjuangannya, Muhammad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail. Dunia Islam kehilangan salah seorang pejuangnya yang berani mempertaruhkan nyawanya untuk membela kalimah tauhid.
PROFIL

Sayyid Qutb
- Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat dan taat beragama.
- Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut.
- Pada usia tujuh tahun, ia mula belajar menghafal al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.
- Pada 1951, beliau bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.
- Maut di tali gantung 20 Ogos 1966.
- Tiga karya besar adalah Fi Zilal Al-QuranMa’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din. Karyanya menjadi rujukan umat Islam.

mutiara kata Syed al-Qutb 
>> "Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para NABI dan RASUL. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para RASUL. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai"
>> "Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat dengan keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidahLa Ilaha Illallah Muhammad al-Rasulullah."


Sunday 26 August 2012

insan mulia ini...quran burukkah?

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum w.b.t....

sekadar perkongsian sebuah kisah selama beberapa hari berjalan di bumi Allah ini...al-maklum la hari raya...ziarah menziarahi ni merupakan suatu perkara biasa yang dilakukan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama insan...ye la..bukan senang nak tunggu semua dapat cuti serentak...so,waktu ni la masanya nak jumpa saudara mara yang selama-lama ni tidak pernah bersua muka...Rasulullah S.A.W juga menggalakkan amalan ziarah ini kerana amalan ziarah ini akan mengeratkan kasih sayang sesama umat ini...

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

selama beberapa hari ini berjalan dan saya berjumpa dengan 1000 macam jenis orang dengan berbagai jenis tabiat...kadang-kadang tergelak sendiri tetapi adakalanya tabiat2 manusia ni membuat diri termuhasabah...dan menangis...

ada beberapa kisah yang saya ingin kongsikan kepada kawan2 semua...saya mempunyai seorang nenek angkat di Perak...berdekatan dengan rumah opah saya...kami menggelarnya sebagai Nek Mah....ok...sekarang saya nak bawak pembaca "flash back" ke belakang beberapa tahun.....

pada zaman dahulu....

200??....masuk je rumah Nek Mah...nampak sorang orang tua ni...dah bongkok dah...dalam hati saya...."aisshhh takkan la tua benar nenek angkat saya ni....dah macam moyang je ni"....
haha..macam tu la yang saya cakap dalam hati bila nampak sorang nenek yang agak berusia bila saya menjejakkan kaki di rumah Nek Mah tu...then saya hulur tangan...eh!eh!..mak cik ni tak sambut pon tangan saya..."aii mak cik ni...orang tengah cover adab ni...awat tak sambut??".... masa ni memang hairan betul!! nak kata tak nampak,mustahil la kannnn....saya ni besar la jugak...lagipun mak cik ni bersih je...cantik...wangi lagi...pelik...pelik...

tiba-tiba dengar suara orang tua lagi sorag datang dari dapur sambut kami...
"eh!hamidah...mad...(nama mak ayah saya)...dah sampai...meh la masuk.."
saya dan adik beradik pon salam la...pastu mak cakap...
"ni la Nek Mah..."
krik...krik...dalam hati semakin pelik...mata mencerun memandang mak cik berusia yang serba kemas dan cantik tadi...pelik...pelik..."sapa dia"...bisikku dalam hati...adik beradik yang lain pon pelik gak...tapi buat diam je dulu...nanti tanya emak...pakat kami...Nek Mah buat air kemudian mak cik "misteri" tadi tu duduk je pandang kami...yang saya ni pulak ala-ala pantang kalau orang ajak main2 balas pandang ni...saya pandang la balik...tapi mak cik "misteri" tu buat tak heran je...macam la mata saya ni tiada aura apa2 pada dia...eh!pelik betul saya!nak tanya tapi saya takut...borak punya borak dengan Nek Mah pasal sekolah la pasal kerja ayah la dan berpasal-pasal lagi la...sampai saya ni tak sedar yang otak saya ni hanya fokus pada mak cik "misteri" tadi...bila dah lama tak jumpa maka cerita yang sejengkal akan jadi sedepa dan berdepa-depa...yang sepatutnya sepanjang kertas kajang maka ia akan bertukar kepada kertas majung dan bermajung-majung...
"adoiihh la...bosan...bosan..."
saya pon pergi la layan TV....tengah asyik-asyik tengok TV tiba-tiba mak cik "misteri" tu ada dekat dengan saya...mak oiii!sape tak terkezuuuttt!tapi dia duduk dekat atas sofa...saya duduk atas lantai...takut punya pasal,saya pon duduk semula kat ruang makan...bila dah nak balek,saya pon salam la dengan semua orang...bila sampai turn dekat mak cik "misteri" tu,saya kekagetan sendiri...
"aduuuiii...camne nak elak ni ek??" 
kepala menganalisis tapi tak sempat buat apa-apa ayah menggunakan kuasa vetonya supaya saya grab tangan mak cik "misteri" tu dan salam dengannya...dannnnn...bila masuk je dalam kereta mulut saya pon becok la tanya mak...
"mak,sape mak cik yang lagi sorang tu mak?yang nak bongkok tu??"
"nape dia tak nak salam angah??"
"mak,dia tu cantik,wangi je...tak macam orang dah bongkok pon...selalunya orang dah bongkok mane ade nak cantik-cantik dah..."
biasa la...budak2....banyak la tanya....then, mak pon jawab...
"sebenarnya..tu la mak kepada Nek Mah...Moyang angkat kamu la tu kiranya...oyang tu dah tua sangat...dan.....dia sebenarnya buta...dah tak nampak..."
saya..."haihhhh!!mane boleh orang buta pakai cantik2 makkk"....jawab saya yang memang pelik dengan situasi tu...patot la tak sambut salam...tak nampak rupenyeeeee....
"haaaa....kalau nak tahu, Nek Mah la yang bela mak dia tu...walaupun Nek Mah tu dah tua tapi dia masih lagi jaga mak dia...macam tu la dia jaga arwah ayah dia masa arwah ayah dia hidup lagi...dimandikan,dipakaikan pakaian cantik2,dikemaskan,dirapikan,di wangikan...dan yang paling bagus sekali, Nek Mah akan bantu tolong ambilkan arwah ayah dia dan oyang tu kalau mereka nak ambil air sembahyang....dia tolong pimpin sampai ke bilik air,tolong jiruskan air....kalau orang tua tu sakit,Nek Mah bawakkan air dan sapukan ke anggota wudhuk mereka...sekarang ni ayah dia dah tiada tapi dia tetap jaga mak dia..."
saya dengar dengan khusyuk...yang paling best ialah,baru saya perasan yang pakaian Nek Mah pon tidak sekemas oyang...maksudnya,oyang selalu pakai pakaian sepasang tapi Nek Mah pakai baju kurung kedah dengan kain batik je...punya la dia utamakan mak dia daripada diri sendiri...kalau ikutkan boleh je dia nak letak oyang di rumah orang tua-tua sebab dia pon dah berusia...tapi Nek Mah lebih suka memilih untuk berbakti....dalam hati mula sedih dan berfikir...Nek Mah dah tua tetapi dia mengabdikan diri dia dengan menjaga dua orang orang tua yang selalu diketepikan oleh anak-anak yang muda belia di zaman meterialistik ni...eerrmmm...saya pon mula la berfikir...orang tua yang menjaga orang tua...larat pulak??orang muda nak jaga orang tua,bertolak tolak....



Al An’aam
151. Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518].” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
[518] Maksudnya yang dibenarkan oleh syara’ seperti qishash membunuh orang murtad

Allah menerangkan dalam al-quran dengan begitu banyak ayat mengenai ketaatan seorang anak kepada ibu bapa...tiada kompromi selagi hal yang ibu bapa minta dilakukan tidak berlanggar dengan syri'atullah...cubalah koreksi diri kita dengan teliti apa yang kita lakukan terhadap insan bergelar ibu bapa...
dari kecil....
kelahiran kita merupakan anugerah yang dinantikan...disambut penuh kesyukuran dengan lafaz tahmid dan zikir...ada yang melakukan kenduri kesyukuran untuk melahirkan rasa begitu bersyukur terhadap sebuah kelahiran dan anugerah dari Ilahi...membesar dengan penuh kasih dan sayang...diberi segala yang diinginkan...makan di suap..minum di hulur,dituang...menangis di dokong...menjerit di tatang...salah dibela...rela dirinya dipersalahkan demi anak-anak yang terlalu di sayangi...

korban kasih si ibu....
melahirkan dengan mempertaruhkan nyawa yang memang SATU...membesarkan dari jasadmu sebesar tapak tangan...sehingga kamu besar,mereka yang kamu ingin tangankan...menyuap makan meskipun kamu meludah @ meluah kembali apa yang diberi...berjaga malam...bersengkang mata mengenjut kamu di buaian...bangun dari pembaringan meskipun dalam keadaan mengantuk yang maha dahsyat bila terdengar tangisan kamu...menggosok baju,menyisir rambut....
apa lagi bakti yang insan ini tidak lakukan terhadap kita??apa??
korban cinta seorang ayah...
mengerah tulang empat kerat demi kita...inginnya dia melihat kita membesar dalam keadaan sempurna seperti oarang lain...memberi keselesaan untuk kita membesar dan belajar menjadi manusia...menggendong kita dalam hujan di saat hari hujan untuk ke sekolah supaya kasut kita tidak terkena lecak di tepian jalan...basah keringat di jasadnya...semata-mata untuk anak yang begitu di kasihinya...jatuh bangun bekerja tidak pernah diceritakan demi menjaga hati kita.."agar jangan gusar mengenai ayah...yang penting kamu belajar"kata ayah..."tidak mengapa ayah tidak makan...kamu makan dahulu...ayah ada kerja nak buat"...padahal perut ayah berkeroncong minta diisi..
maka bakti apa yang dia tidak berikan kepada kita??apa??

kita???apa kita buat??
merisaukan hati mereka seenak kita dengan pelbagai onar yang kita lakukan...meresahkan jiwa mereka dengan segala kegagalan yang kita timbulkan...tidak pernah tergerak dalam hati kita untuk membalas sagala jasa mereka...yang kita tahu keinginan kita terlaksana...apa yang kita inginkan dipenuhi...sakit pening mereka kita tidak endahkan..urusan dengan sahabat-sahabat lebih penting...siapa sahabat-sahabat???di bawah telapak kaki siapa ada syurga kita??siapa??kawan??teman??taulan???sahabat??rakan???

kita biarkan mereka keseorangan...bila kita sudah berjaya,masa kita bagaikan emas...begitu berharga sehinggakan untuk luangkan masa besama dua orang insan ini pon kita merasa begitu kerugian...Allah...andainya masa boleh diundur...cuba bayangkan jika mereka mengambil keputusan dengan membuang kita....jika dalam fikiran mereka bahawa kita ini merupakan beban bagi mereka,pastilah kita sudah hancur di mamah ulat di tepian jurang jalan...tetapi tidak...begitu banyak bakti mereka curahkan...sehinggakan kita langsung tidak mampu membalas walau dengan segunung emas yang kita berikan...tetapi tidakkkk...dengan angkuh dan bongkaknya kita....
"apa tidak cukupkah duit bulan-bulan angah bagi pada emak ayah?!!"
"mak...ayah...saya sibuk la...urusan kerja banyak...nanti..nanti saya balik la"
subhanallah...jika kita tahu mungkin "nanti" yang kita nanti nantikan itu bukan milik kita,mungkinkah kita menunda2 permintaan ibu bapa??mungkinkah??

Al Israa’
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].
[850] Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.


sahabat...untuk katakan "ahh" pada mereka pon sudah derhaka...inikan pula meninggi suara,mengangkat tangan dan kaki...apalah salah meraka??...mereka sekadar minta perhatian sedikit...cubalah pandang mereka dengan kasih dan sayang...kasihani mereka...doakan mereka...usia mereka dan usia kita adalah pinjaman...tidak lama...berbaktilah selagi berbaki masa dan waktu...andai ada mereka melakukan kesalahan,maafkan mereka...andainya mungkin kita tidak lahir dalam keluarga yang serba sempurna seperti insan lain,itu merupakan ujian buat kita...bukan salah mereka yang tidak mampu tetapi itulah yang mereka termampu sediakan...ibu bapa...anugerah terindah...wasilah ke syurga penuh mikmat...


ayah dan ibu...
mereka bukan kain buruk untuk dilempar ke sana kemari..
ayah dan ibu...
mereka bukan al-Quran buruk sekadar disimpan di dalam almari...
ayah dan ibu...
mereka bukan kayu api menjadi bahan bakar atas dosa dan kesilapan kita ini...
ayah dan ibu...
hati mereka bukannya besi...disakiti tidak merasai...
anak...
kamu bukan raja bagi mereka untuk ditururi...

anak...
kamu bukan tuan bagi mereka untuk dipatuhi...
by : PSaQ
berbakti selagi diberi masa dan ketika...kelak diambil pinjaman sementara ini,kesal tiadalah berguna andai bakti tidak pernah tersemai...carilah ilmu selagi terdaya tetapi ketaatan kepada mereka bukan TARUHAN SEBUAH KEJAYAAN....
~peringatan untukku,dia dan kamu~

Thursday 16 August 2012

kasihkah?buktinya??

wahai kekasihku yang namamu ku seru di sehari-hari dalam hidupku...
ingin sekali aku menatap bersih wajahmu...
ingin ku contohi perilaku tenangmu dalam menepis dugaan...
ingin ku contohi sabarmu menahan pedih, jerih dan siksa...
ingin ku warisi tawadhukmu terhadap Rabbmu...
demi umat ini..
patah gigimu...
di tendang batu lastik musyrikin Makkah...
demi umatmu ini
gusimu hampir rosak pecah... 
menahan sakitnya di tembusi besi lontaran musuh...
demi umatmu ini...
lebam sakit kakimu...
menagih ampun dari RabbMu untuk menebus silap kami...
demi umatmu ini..
Engkau akan menunggu kami di hari perhitungan..
demi membantu memberi syafaat pada kami...
demi umatmu ini...
luluh lembik jasadmu memperjuangankan Ad-Din ini..
untuk mewariskannya kepada kami...
kerana kasihmu pada kami...
jaminanmu bahawa kami merupakan umat pertama masuk ke syurga...
wahai Rasulullah...ketahuilah bahawa diri ini sangat merinduimu..
tetapi layakkah kami??
dengan diri kami yang langsung jauh dari sunnahmu..
dengan diri kami yang sangat jauh dari mengingatimu...
dengan diri kami yang tidak mencontohi sifat-sifat warisanmu..
dengan diri kami yang bertelagah kononnya mempertahankanmu...
dengan diri kami yang tidak sudah-sudah menjadi fitnah kepadamu...
wahai Rasulullah...layakkah kami??
kami menyintaimu tetapi buktinya dunia ini kami haru birukan dengan bermacam kemaksiatan...
kami merinduimu tetapi amal kami menyimpang jauh dari ajaranmu...
kami mengasihimu tetapi kami hancurkan hatimu dengan pelbagai kekacauan di dunia...
kami menyayangimu tetapi dirimu jarang sekali kami ingati...
kami begitu angkuh mengharapkan syafaatmu..
tetapi malang sungguh kerana dirimu jarang berada di ingatan kami..
duhai al-Amin....
walau kami tahu begitu jauh jarak masa kita akan bertemu...
kami tetap yakini janjimu untuk melihatmu...
meski terasa diri begitu tidak layak...
namun itu tidak menghampakan kami untuk berputus asa...
wahai pembawa risalah kebenaran...
andai mampu kami garap rasa...
untuk mencintaimu lebih dari dunia dan seisinya...
temukan kami cara untuk mendapatkannya...
terasa lelah perjalanan ingin mencapai taraf tertinggi di sisimu..
dunia dan seisinya ini sangat melemahkan kami...
~wahai Rabb...palingkan hati kami dari dunia dan seisinya melainkan setara yang kami perlukan~

Saturday 11 August 2012

mungkin Ramadhan terakhir kita~

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum w.b.t...

meniti hari-hari terakhir di bulan ramadhan membuatkan diri banyak berfikir mengenai masa yang mungkin saja banyak dibazirkan...alang-alang saya dah sedar ni,nak jugak jentik hati sahabat-sahabat pembaca untuk turut "terjentik" dengan sendirinya... ^_^

"wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa" (al-baqarah : 185)

macam dah bese dengar tafsir ayat nih...dari umur tujuh tahun sampai sekarang...tiap-tiap tahun Ramadhan datang,dekat radio,dekat TV,dekat paper,dekat majalah,dekat kertas hatta sampai ke stesen2 bas pon ade kertas tampal tentang ayat ni dan adakalanya pamplet2 diberi pde orang awam untuk ingatkan tentang Ramadhan ni tapi malangnya ada yang sekadar mengendahkannya dan paling menyedihkan kalau kertas yang diberi bukan iklan-iklan diskaun hari raya maka kertas tersebut hanya akan menjadi habuan sang "tong sampah"...dekat masjid-masjid jangan cerita la...daripada bulan sya'aban lagi dah macam kempen mengundi je nak sambut Ramadhan ni...

tu belum kira lagi dengan pesta mercun dan bunga api di sana sini (ni diri sendiri yang buat)...dentum sana...dentum sini...boleh main lawan2 pulak dengan jiran sebelah...dah berperang sejak zaman nepolion lagi so,memang tak boleh nak elak laaaa.....

Allah menyeru pada semua hamba-hambaNya ekslusif dan khusus panggilan ini buat hamba-hamba yang beriman bahawasanya mereka ini wajib berpuasa...kenape untuk orang beriman je?kenapa bukan untuk orang Islam?orang Islamkan wajib berpuasa...haaa...nak tahu sebab ape?sebab orang Islam tidak semuanya beriman dengan sebenar-benar Keimanan...kebanyakkan orang Islam di akhir zaman ini lebih enak meletakkan diri mereka di posisi selesa dengan hanya "mewarisi" Islam melalui aliran darah dan keturunan dan diletakkan di bawah ruang kad pengenalan semata-mata...tetapi keimanan bukan warisan...bak kata kumpuln nasyid Raihan :

 "Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..ia tak dapat dijual beli,ia tiada di tepian pantai"

orang yang benar beriman pasti mereka akan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya tanpa kompromi..nahh...kalau diteliti secara halus,memang kedapatan ramai manusia yang hakikatnya Islam tetapi melencong kepada fasiq dan munafik...kerana itu Allah menyeru mereka yang beriman, bukan semata-mata mereka yang Islam tetapi jauh daripada "Islam berterasakan Keimanan yang padu dan jitu"....

realiti yang TERPAKSA ditelan mati oleh manusia pada masa kini...
1 )"orang Islam yang berpuasa tetapi tidak menahan ammarah"
2 )"orang Islam yang berpuasa tetapi dalam masa yang sama begitu jinak melayan hawa nafsu tidak kira semasa berbuka atau membeli belah"
3 )"orang Islam yang berpuasa tetapi jarang sekali mereka yang berpuasa lisan,tangan,telinga,kaki dan HATI daripada DIJINAKKAN NAFSU sendiri"

at the end of this verse, Allah have mention about "taqwa"...caaittt!!ape pulak masuk language orang kampung ni!!...ok2...kite berbalik pada ayat tadi...Allah berfirman "supaya kamu bertaqwa"...saya petik sedikit isi yang diberikan seorang sahabat (faraulah gelarannya)...

taqwa mengikut definisi Saidina Ali Karamallahuwajhah...
1) al-Khauf minal jalil : takut kepada Allah S.W.T
2) ridha bil qalil : redha dengan yang sedikit
3) amal bit tanzil : amalkan apa yang diturunkan
4) isti'dad liyaumil rahil : bersedia menghadapi hari kerehatan(kematian)

inilah definisi taqwa mengikut Saidina Ali...teringat kuliah dakwah masa dalam sem 2 dulu...prof Yusuf ada sebut dan olah tentang hadis Jibril dan diantara ulasan yang masih lekat kat dalam kotak fikiran ni...

 "taqwa ialah apabila kita merasa takut kepada Allah sehinggakan kita sentiasa menganggap bahawa Allah sentiasa ada di hadapan kita di setiap apa yang kita lakukan dan Dia selalu mengawasi kita "

dalam kata mudahnya,kita begitu takut untuk meninggalkan perintahNya dan sentiasa takut juga untuk melakukan apa yang dilarangNya...redha dengan sedikit di mana kita menyemai sikap Qana'ah dalam menerima segala apa yang diberikan Allah kepada kita walaupun sedikit dan bersyukur di atas limpahan nikmat yang kita ada di atas pinjaman Allah tidak kiralah apapon...menerima segala yang diberikan dengan sikap wasi'atus sodri (berlapang dada) tanpa sebarang rungutan...dan beramal dengan apa yang diturunkan Allah kepada kita tanpa syak dan keraguan kerana keyakinan di atas penjagaan Allah terhadap apa yang telah diturunkan kepada kita...dan yang paling penting adalah kita mempersiapsiagakan diri dengan bekalan penuh dan mencukupi untuk menghadapi "hari kerehatan" yang begitu panjang di penghujung usia kita kelak...

sebut mengenai "hari kerehatan" ni membuat diri yang kecil menjadi begitu kerdil dan semakin mengecil...dengan solat yang tidak relate dengan Khusyu',dengan ibadah yang jarang sekali connect dengan ikhlas,dengan hati yang selalu upgrade dengan maksiat,dengan anggota jasad yang sering alpa dengan topup kemungkaran!!mana entah ruang dalam diri kita ni yang nak jadi saksi "yang benar melainkan yang benar" di akhirat kelak....bisu sekejap kalbu nak menjawab soalan yang bertimpa-timpa dalam otak ni...kita dah rasa kita khusyu',entah-entah perasan!kita dah rasa kita buat ibadah terbaik punya,tetapi mungkin sifar dalam buku catatan kanan sebab dah diganti dengan rasa riak dalam hati...fuhh!!start berpeluh dah jiwa...

"sesungguhnya, beruntunglah orang yang beriman. iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya" - al-Mukminun 1 dan 2

memang nyata keberuntungannya bila dapat value khusyuk ni sebab nak dapatkan khusyu' bukan macam makan pisang,boleh main buka, campak kulit dalam tong sampah then makan....kalau tak alah bisa tegal biasa maka dia akan bertukar menjadi "alah berbisa sebab tidak biasa"...bukan senang nak lawan bisikan2 ni sampai Rasulullah bersabda :

"orang yang menunaikan solat, pahala solatnya tidak ditulis berdasarkan kuantiti solat.Baik setengah daripada solatnya, tidak juga sepertiga, seperempat, seperlima, seperenam atau sepersepuluh daripadanya."
Rasulullah s.a.w melanjutkan sabdanya " namun yang dicatat daripada solat seseorang adalah seberapa nilai kekhusyukannya"

betul punya cabaran dari Allah untuk dapatkan khusyuk ni!lembik rasa Iman untuk capai taraf ni tetapi teringat pulak firman Allah

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." al-baqarah : 284

yesss!!Allah dah bagi sign tuuu~~maknanya kita memang boleh buat dan capai ianya tetapi kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya....ya tak??Allah dah yakin kita boleh dapat khusyu' dan dah jamin tetapi kita yang memandai-mandai nak hadkan kemampuan diri...dah tahu diri kita ni lemah so,ape lagi tunggu?! mintalah pertolongan Allah agar menghadiahkan kita hati yang penuh khusyuk dalam melakukan ibadah kepadaNya sebab Allah dengar...Allah makbulkan setiap permintaan hambaNya...sedangkan syaitan yang dilaknat pun Allah ikut permintaan dyorg nak minta tempoh sampai hari kiamat nak sesatkan kita,takkan la kita hamba Dia yang Dia sayang ni,Dia tolak permintaan kita (tiru ayat Dr.MAZA sikit)...mustahil....

saya juga berbesar hati untuk mengajak sahabat-sahabat untuk memburu Lailatul Qadr...banyak manfaatnya tidak boleh dipertikaikan...if tidak biasa buat tidak mengapa tetapi gerakkan jasad untuk berusaha mendapatkannya...


Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” .( Muttafaqun alaih)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)
- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ –
(Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318).
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)

yang ni takde main sape cepat dye dapat...yang ni main sape nak,confirm Allah bagi tetapi nak yang "bersunguh-sungguh la~~



dah nak habis Ramadhan ni marilah kita koreksi hati,diri dan jiwa kita...adakah kita ni masih berada di tampuk lama yang stay dengan mengikut kata nafsu yang tidak berpenghujung??beberapa hari yang masih berbaki janganlah kita selekanya menghabiskan masa dengan bershopping sakan tak tentu hala...mari kita bersama-sama graduate dalam madrasah tarbiyyah ni dengan anugerah dekan yang begitu cemerlang di akhirat nanti....peluang Allah dah bagi,tinggal kita je buat keputusan...fikirlah wahai sahabat-sahabat...Ramadhan tahun seterusnya mungkin kita sudah berada di alam berbeza...manfaatkan masa selagi terdaya,sebab masa @ waktu ni suka main potong-potong,macam potong kereta kat jalan raya....pernah tengok??kereta kat depan tu kalau lambat sangat jalan macam semut cap kaki kura-kura,hah! siapa nak tunggu?baik potong je...en?en?...begitu la persaingan kita dengan masa....saya mengajak sahabat-sahabat semua "fastabikul khairat"...

"berkejar-kejarlah dalam melakukan kebaikan"

dan peringatan buat anda semua...dah letih2 kita cari pahala dalam bulan Ramadhan ni,jangan pula kita leburkan terus pahala tu dalam masa satu hari je iaitu pada satu Syawal dengan makan dan buat sesuka hati kita tanpa berfikir...rugi jeee.....dah bina rumah pastu runtuhkan....betul x??apa yang ada pada kita ini adalah hati anugerah Allah untuk menilai dan mentaakul sebaik mungkin...tugas kita di bumi ini sebagai khalifah terlalu padat jadualnya...Ramadhan yang datang dengan barakah tersendiri ni,tak selalu nak berkunjung dalam masa setahun...jadi,manfaatkan masa yang Allah bagi, padatkan jadual dengan amal yang sepatutnya...yang salah kita betulkan...yang betul kita istiqamahkan...yang istiqamah kita pertingkatkan agar lebih baik...Allah sentiasa buka peluang untuk hambaNya...tinggal kita je yang mencari....

yang bercakap belum cukup ilmunya
yang menulis belum tentu sempurna kendirinya
tetapi penulis tidak berpegang kepada sempurna baru bersuara
kerana nyawa pinjaman sementara
^_^


mohon maaf salah silap....selamat memburu Lailatul Qadar
^_^