Monday 25 February 2013

aku pemanah tak banyak ilmu siri 2 ^_^


assalamualaikum....kembali bertemu dalam periwayatan kisah berkisah...hehe....apa khabar sahabat semua?? Insya’Allah sihat sentiasa...semoga diberkati dan di rahmati.... ameen... J

saya nak sambung tentang archery....saya pun sebenarnya pelik bila ustaz minta kami menggunakan getah...pada firasat saya, “aisshh...nak belajar memanah ke nak main minyak gelincir letak dekat tayar nihhh??!”......frasa confiusisme telah melanda kami....tetapi ustaz sudah berhikayat begitu maka kami hanya menurut...sebelum kami dibenarkan untuk meneruskan bermain dengan equipment archery, kami dikehendaki buat “sedikit” streching...ahah!!ni lagi satu punya cerita...sebab apa saya letak tanda (“)
kalimah sedikit tu, sebab di sebalik sedikit itu tersirat pelbagai cerita...

pertama, dengan “sedikit” stretching itu, saya berjalan terhenjut-henjut selama berminggu-minggu di USIM...
kedua, dalam streching tu kami terpaksa berlari pusing padang sebanyak 3 kali tanpa henti!!....ya Allah...rasa macam hilang saja tulang rangka ini...mungkin bagi orang2 yang dah biasa buat,mereka boleh gelak saja dengar “3 kali” pusing tu, tetapi bagi saya, memang nazak juga la ingin habiskan 3 pusingan tu...dalam streching ni la kami saya rasa betapa nazaknya nak lembutkan tulang yg keras..subhanallah..sakit...cuba bayangkan org biasanya bumping (tak tahu ejaan sebenar dye) tu kedua belah tangan tetapi kami kene buat sebelah tangan...ya Allah...hilang rasa kudrat satu hari.... ^_^
>>selebihnya = rahsia<<

pada minggu tersebut kami dibekalkan oleh ketua kami Leader Qusyairi dengan getah tayar...kami diminta mengikat tali tersebut menjadi bulat kemudian ustaz kata “cuba tarik”... dalam hati saya ni “ek eleh,tarik getah je punnn”....sekali tarik terlibas ke muka...ahhhaaaa...hamek sekali...melawan lagi....hehe...baru tahu sebenarnya itu merupakan latihan untuk tarik string (tali) panah itu so, kekuatan daya tarikan getah tayar tu adalah equal to the strong of the string....

kalau semua ingin tahu, memanah pon ada cara dan formulanya....bermula dengan lapan step....untuk memastikan form kami tepat, justeru memerlukan kami berkerjasama dengan “baik” bersama “getah tayar” tersebut....beberapa kali percubaan memang menemui kegagalan sehingga saya pernah menangis di padang memanah kerana tersangat-sangat berputus asa dan KELETIHAN!! Equipment memanah itu sememangnya beban buat saya kerana ianya sangat berat dan untuk hang lama dengan benda tu memang sangat menuntut saya bersabar...saya juga turut merasa tercabar dengan sahabat-sahabat saya yang hebat seperti farah (beliau merupakan student Faculty of Science and Technology di USIM, berpengalaman sebagai archer)...beliau sangat hebat...begitu juga dengan ketua kami...itu belum lihat lagi pemain universiti iaitu akak-akak dan abang-abang ni bila mereka turun padang, rasa macam terlopong saja mata dan mulut ni...saban mingu berlatih dan berlatih lagi....semakin banyak perkara yang saya belajar....sekiranya semua ingin tahu, dalam memanah kita akan dapat melatih diri menjaga masa, melatih diri tenang, melatih diri sabar, melatih diri tawadhuk, melatih diri agar sentiasa basah dengan zikrullah...tetapi tidak ramai yang tahu atau mungkin anda semua sudah tahu tetapi saya sekadar nak bagi tahu jugak...hehe.....apa??macam mana??

Ok....memanah merupakan sukan yang menuntut pemanahnya untuk tepat mengira masa semasa hang dan saat untuk melepaskan arrow (anak panah)..macam yg kami belajar, dalam kiraan lima mesti arrow sudah dilepaskan jika tidak form yg dibuat berkemungkinan akan lari kerana tangan yang sudah bergetar akibat menahan string yg agak ketat..then sasaran kita akan lari dari target but yg kita sasarkan...haaaa...amacam?ade beran nak cube?..best...bestt.. ^_^
Kemudian apabila sudah lepaskan arrow maka ada cara untuk tarik tangan jatuh daripada bow, bukan main jatuh jep...haaa...ni ajar kte untuk disiplin...baiklah bile cakap tentang memanah melatih diri tawadhuk dan sabar pasti ada yang pelik bukan? Baik...begini...mula-mula memanah memang kita tidak pandai tetapi bila lama-lama sebenarnya tak rasa pon bila tarik tu...tetapi satu ujian bile kite gagal beberapa kali..kegagalan memang menuntut kesabaran bukan? Yaaa...kerana itulah orang yg tidak sabar,maka mereka akan lari daripada mencuba lagi dan lagi dan di akhirnya berputus asa dan kemudiannya kecewa...tetapi insya’Allah tidak bagi insan sekecil saya kerana saya sangat ingin belajar sukan nabi ini...mudah-mudahan dapat diturunkan kepada anak cucu...

Saya teruskan dengan tournament antara universiti...kami ada buat event yang mana USIM menjemput wakil UIA dan juga pusat memanah Melaka untuk turut serta dalam perlawanan tersebut...sekadar perawanan berbasi-basi degan pemain baru seperti kami ini...pada permulaannya saya tidak mahu masuk kerana risau saya hanya akan membawa aib kepada USIM tetapi rezeki bidan terjun di akhir masa, saya masuk juga...saya ni berlatih la tetapi macam biasa la...insan yang bernama nurul faridah fatihah ni memang tidak pernahnye serius...main-mainnnn je memanjang... so, hari perlawanan pun tiba...saya buat biasa-biasa je la...orang kate ape...”nak cari pengalaman”...tengoklah cara wakil2 tu main...mak oiiii...rasa macam gugur jantunggg..belakenye teror...xde arrow yg tidak kene...saya pun lepaskan arrow saya....lagi dan lagiii.....sampai lah habis...arrow yang terakhir saya pada hari itu sudah hilang form kerana teramat-amat letih dan tangan sudah lembik so,sye lepaskan last arrow hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana exhausted...kumpul mata tertinggi adalah 300... keputusannya adalah.....

Jarak-20 meter

Kategori Wanita
`

Nama
Target No
End
Persatuan
Markah (End)
Jumlah
1
2
3
4
5
6
Shazalina binti Shafi'ee
2B

UIAM
47
53
43
44
44
0
231
Farah Khalidah binti Abdul Rahman
2C

USIM
48
36
39
31
40
0
194
Iman Aisyah binti Norazam
2A

Melaka
39
36
32
40
38
0
185
Nor Syahira binti Abdul Rahman
3A

UIAM
28
39
41
27
40
0
175
Nurliyana binti Abd Nasir
1D

USIM
22
42
46
19
36
0
165
Nurul Faridah FatiHah
4A

USIM
44
31
33
28
19
0
155
Nurul Shafiqah binti Ariffin
1A

Melaka
34
29
30
28
31
0
152
Kumaleswari a/p Baskaran
3A

Melaka
45
23
16
27
21
0
132
Nazratul Saadah bin ti Baharudiin
1B

USIM
11
27
21
26
32
0
117
Musfiran Nabila binti Abd Nasir
1C

USIM
9
19
33
30
24
0
115
Afifatunnisa' binti Muhammad
2D

USIM
23
25
16
17
32
0
113
Siti Nurul Afiqah
3D

UIAM
12
19
27
25
30
0
113
Hidayatulaida binti Mahmud
1B

UIAM
20
21
15
15
39
0
110
Nadiah binti Mohamad Zakri
1A

UIAM
4
27
21
31
25
0
108
Nur Diyana binti Ruskamarane
4B

USIM
6
8
21
37
34
0
106
Hidayatulaida binti Mahmud
3C

UIAM
14
26
19
16
23
0
98
Ilham binti Mahmood Sanusi
3B

UIAM
7
12
22
30
16
0
87
Nik Nur Amira binti Mohd Apandi
1C

UIAM
16
22
14
14
14
0
80
Nabibah binti Kherman Shah
2A

UIAM
6
12
21
29
9
0
77
Harirah Mizani binti Mubarak
2C

USIM
14
23
15
4
20
0
76
Asyiqah binti Mohd Jamil
5C

UIAM
12
14
9
10
24
0
69
Siti Zulaiha binti Mohd Zaki
3C

USIM
14
19
2
7
27
0
69
Ili Syuhada binti Mohd Daud
3B

USIM
13
8
10
14
18
0
63
NurLiyana Binti Samsudin
4C

UIAM
22
2
14
8
8
0
54
Fatimah Nur 'Izzah binti Anuar
5A

USIM
0
16
8
12
7
0
43
Marhamah binti Mohd Shafie
2B

USIM
0
10
12
14
7
0
43
Hikmah Zakaria
5B

USIM
7
4
8
3
5
0
27

Alhamdulillah..tidaklah banyak mana pun...tetapi saya cukup bersyukur dengan pencapaian diri sendiri...sangat teruja sebenarnya mempelajari ilmu sunnah ini...dan inilah ujian paling berat sekali iaitu bermujahadah melawan diri untuk kekal tawadhuk agar tidak berbangga dengan pencapaian yang ada...memang tidak hebat tetapi bagi orang lain yg tidak tahu apa-apa maka saya agak berkelebihan....namun saya sedar sesungguhnya inilah pinjaman Allah...masih saya ingat lagi semasa pertandingan...sungguh saya juga langsung tidak percaya saya mampu mencapai target but dengan tepat beberapa kali...kata ustaz “awak banyak dapat tengah tetapi tangan awak tidak kuat jadi, form awak banyak lari untuk lepasan arrow kali kedua dan ketiga”...saya hanya anggukkan kepala..pada saya, apa yang Allah bagi pada saya itu, sudah cukup banyak...alhamdulillah...semasa mendapat pujian ustaz beberapa kali dalam pertandingan lisan dan hati saya tidak sudah-sudah menyebut “kerana Allah2x” sungguh mujahadah ikhlas itu sangat payah...tetapi hasilnya sangatlah awesome ^_^ ^_^ ^_^

Setakat ini sahaja hikayat saya...berjumpa kemudian hari insya’Allah....

Sunnah nabi..sunnah diri...
Melatih diri sempurna insani...
Semoga diwarisi generasi kemudian hari...
Menjadi ibadah di akhirat kekal abadi.... ^_^


No comments:

Post a Comment