Thursday 28 February 2013

ada pilihan sendiri...


Kamu mengharap pada yang tidak pasti…
Kamu menanti pada yang tidak sudi memberi…
Kamu terlalu yakin pada diri sendiri…
Kamu tahu kelak kamu akan menyesali…
Kerana aku bukan manusia mungkiri kata janji…
Keterbatasan aku dalam menjaga diri…
Ku buka ruang untuk didampingi…
Kerana sedar maslahah duniawi…
Kamu…kamu salah dalam menafsir realiti….
Aku bukan manusia yang kamu cari…
Aku bukan juga manusia yang kamu impi…
Kerana aku ada pilihanku sendiri…
Aku ada cita-citaku nan tinggi…
Walaupun kamu cuba menanti…
Jawapanku telahku beri…
Aku tidak akan menipu hati sendiri…
Carilah bahagiamu sendiri…
Bukan dengan hafazan al-quranmu ku mampu kau miliki…
Bukan dengan jubahmu hatiku mampu kau takluki….
Bukan langsung dengan pekertimu yg seakan-akan berbudi…
Bukan dan bukan dan bukan…
Hanya kerana satu sebab aku tidak mampu kau miliki…
Kerana aku ada pilihan di hati….
Kerana aku punya fokus utama yang harus diberi…
Katamu..kejamnya aku menolak perasaan…
Katamu..egonya aku menghiris curahan rasa seorang insan…
Katamu..salahnya aku terus berpaling tanpa berpesan…
Adakah berguna buatku berpesan pada insan yang kurang kefahaman?
Adakah berguna buatku menjawab persoalan yg acap kali ditanya?
Jika kamu tidak mahu terima akibatnya merasa terhina…
berundurlah…berundurlah…berundurlah…
aku letih menghadapi kamu…
DAN KAMU…KAMU…HANYA PENGGANGGU PERJALANAN INI…..
MAKA TOLONG PERGI DAN PERGI….

No comments:

Post a Comment