Terukur
cinta dalam athma
Penuh
kesyahduan meniti keinsfan
Ku renung
malam nan gelap gelita
Ku lihat
bintang nan terang bulan
Jiwaku
terus digasak resah cubaan dunia
Diriku
menapak menuju wudhuk
Terasa
bagai malam ini terakhir bagiku
Sapuan ke
wajah terasa sejuk dan syahdu
Bukan
sakadar air paip yg berjuraian
Turut
mengalir airmata yang kebasahan
“ya Allah
berikanlah cahaya kepada wajah ini
Di akhirat
nanti…
jauhkan
lisan ini daripada berkata-kata perkara
Yg akan
mengundang kemurkaanMu
Tundukkan
pandangan mata ini daripada
Memandang
yg haram bagiku”
Sapuan di
tangan terasa berbahang
Dek kerana
dosa lalu melalui tangan ini
“ya
Allah…sungguh tangan ini berdosa
Maka
bantulah hambaMu ini untuk
Banyak
memberi dan kurang menerima,
Permudahkanlah
hamba untuk
Menerima buku
amalan dengan tangan kanan..
Terimalah
ibadah daripada kedua tangan ini…”
Terasa
menjalar sejuk siraman di hujung kepala
Bagaikan
al-khauthar mengalir di setiap urat nadi
“ya
Allah..sesungguhnya perhiasan ini ciptaan indahMu
Tolonglah
hamba menjaganya daripada terlihat
Oleh orang
yg bukan muhrim…”
Sapuan
terasa ke telinga seakan berbisik-bisik
“ya
Allah…jadikan telinga ini terpelihara daripada
Mendengar
sebarang perkara yang mengundang
kemurkaanMu…jadikan
telinga ini telinga yg suka
mendengar
segala nasihat dan peringatan serta
merasa
cinta untuk mendengar kalimah cintaMu”
serasa air
mengalir di kaki bagaikan terikat kaku di bumi
dingin
menyimbah ke tulang sum-sum
“ya
Allah…permudahkanlah langkahku meniti titian siratMU
Jadikan
kaki ini kaki yg rindu untuk menghadiri majilis-majlis ilmu
Dan jauhkan
kaki ini untuk melangkah
ke tempat-tempat yg bakal mengundang
kemurkaanMu”
ku hadapkan
wajahku menujuMu…
ku lafazkan
kalimah rinduku padaMu
ya
Allah..ku kira amalku ini belumlah cukup sebagai bekal untukku
bawa
bertemuMu di akhirat kelak…
langsung
taubatku tidak melangkaui dosa
meski
airmata berjuraian belum tentu mampu memadam lahar nerakaMu
lantaran
belum tentu ikhlas dan istiqomahnya
ya Murabbi
Ilahi…hanya hamba harapkan keampunanMu
hamba
dengan rendah hati memohon syafaat dan belas ihsanMu
menghadapi
hari Kemudian yang sangat menakutkan…..
berikan
hamba kekuatan kerana kekuatan hamba ini ada padaMU
tidak mampu
rasanya menghadapi dunia dan arusnya…
doaku...hijabkan segala anggota jasad ini
daripada melakukan sebarang perkara
yang mengundang kehinaan buat hamba di akhirat...ameen...
salam taubat...muhasabah diri...mujahadah cinta Murabbi...
No comments:
Post a Comment