Showing posts with label kerana Dia~~. Show all posts
Showing posts with label kerana Dia~~. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

A servant searching for the light


Kataku ku ukir..janjiku ku tepati..
Janganlah fikirkan kemarahanku terhadapmu…
Fikirkan kemurkaan Allah terhadap apa yang kita kelirukan…
Ku temu dirimu dalam persimpangan jalan kehidupanku…
Sangat bahagia berkongsi segala rasa yang ada…
Katamu, “ubahlah saya”…
Jujurnya aku membantu dalam masa yang sama membetulkan khilaf sendiri..
Tetapi Maha Penyayang Allah pada dirimu dan aku..
Dia detikkan di hatiku kesedaran bahawa cara itu salah…
Setulusnya aku ingin mebantu tetapi aku sendiri takut…
Takut dengan kisah silammu yang mencucuk tangkai hati…
Takut kau hanya bermain-main lalu aku dipertaruhkan…
Takut dengan fitnah hati yang membelenggu diri…
Takut akan kemurkaan Ilahi…aku sangat takut…
Bukan aku percaya kata orang lain melebihi dirimu
Tetapi wajarkah aku meletakkan kepercayaan pada insan yang tidak ku pasti susuk hatinya…?
Andai kau tahu, aku kini perlu berhati-hati...fahamilah aku…
Tidak terhenti di sini segala ukhuwwah ini…
Harapku ia kekal sehingga ke syurga nan abadi…
Meskipun aku jauh…
Hakikatnya kau tidak pernah jauh dari doaku…
Aku biarkan Allah yang lebih teliti penjagaanNya untuk mendidikmu…
Aku tidak lihat kesempurnaanmu…
yang aku nilai kesudianmu mencari Allah setelah lama tersasar…
justeru aku sedar aku jua tidak sempurna…
untuk berdampingan dengan insan yang sempurna segala sifat…
kau tahu…aku jua sakit…aku jua sedih memikirkan keadaan dirimu…
aku jua risau…bagaimana harus aku zahirkan kerisauan ku ini…
melainkan hanya kepada Allah ku adukan segala kepedihan yang aku rasa…

kamu ingatkah? ^_^
aku lihat mentari, aku ingat mentari kita…
mentari pagi di subuh hari, terasa angin berhembus di hujung telinga…
basah embun meniti di tepian kesunyian hari…
ku seru hati ini untu kuat kerana aku tahu dan yakin Allah menjagamu…
ku harap kau ingat
“jika benar kita terlalu menyayangi seseorang, serahkanlah penjagaan terbaik buatnya pada Allah yang sebaik-baik Penjaga”
Kau ingat?
Mungkin ingat dan mungkin langsung kau lupa…
Carilah Allah dalam hatimu…
Akan kau temui cara yang terbaik untuk menuju syurga…
Aku tidak akan mampu membawamu meniti ke syurga…
Samada syurga dunia yang kita bersama idamkan atau…
Syurga di akhirat yang kekal di sana kiranya dirimu
Terus-terusan meletakkan Allah di luar pengawasan hatimu…
Berkali-kali aku ingatkan diri…Allah menjagamu…Allah menjagamu…Allah menjagamu…
Salam kerinduan dari kejauhan hati walaupun hampir di mata…
 your past is past...to me...just be as you are right now...stay...stay..and please stay by my side...even in your prayer...
"ya Allah...jagalah dia...temani hatinya yang resah...pandanglah dia dengan pandangan kasih sayangMu...ya Allah...dia tidak kuat...pegang hatinya...ya Allah...hamba tahu Engkau adalah sebaik-baik Penjaga, jagalah Dia...kuatkan dia saat dirinya terlantar sepi menghadapi ujian berat di sana...hamba mohon dengan penuh rendah hati...ameen..."

~dedikasi sahabat kepada sahabat dari lubuk hati yang risau~

Tuesday, 26 February 2013

taubat wudhu'


Terukur cinta dalam athma
Penuh kesyahduan meniti keinsfan
Ku renung malam nan gelap gelita
Ku lihat bintang nan terang bulan
Jiwaku terus digasak resah cubaan dunia
Diriku menapak menuju wudhuk
Terasa bagai malam ini terakhir bagiku
Sapuan ke wajah terasa sejuk dan syahdu
Bukan sakadar air paip yg berjuraian
Turut mengalir airmata yang kebasahan
“ya Allah berikanlah cahaya kepada wajah ini
Di akhirat nanti…
jauhkan lisan ini daripada berkata-kata perkara
Yg akan mengundang kemurkaanMu
Tundukkan pandangan mata ini daripada
Memandang yg haram bagiku”
Sapuan di tangan terasa berbahang
Dek kerana dosa lalu melalui tangan ini
“ya Allah…sungguh tangan ini berdosa
Maka bantulah hambaMu ini untuk
Banyak memberi dan kurang menerima,
Permudahkanlah hamba untuk
Menerima buku amalan dengan tangan kanan..
Terimalah ibadah daripada kedua tangan ini…”
Terasa menjalar sejuk siraman di hujung kepala
Bagaikan al-khauthar mengalir di setiap urat nadi
“ya Allah..sesungguhnya perhiasan ini ciptaan indahMu
Tolonglah hamba menjaganya daripada terlihat
Oleh orang yg bukan muhrim…”
Sapuan terasa ke telinga seakan berbisik-bisik
“ya Allah…jadikan telinga ini terpelihara daripada
Mendengar sebarang perkara yang mengundang
kemurkaanMu…jadikan telinga ini telinga yg suka
mendengar segala nasihat dan peringatan serta
merasa cinta untuk mendengar kalimah cintaMu”
serasa air mengalir di kaki bagaikan terikat kaku di bumi
dingin menyimbah ke tulang sum-sum
“ya Allah…permudahkanlah langkahku meniti titian siratMU
Jadikan kaki ini kaki yg rindu untuk menghadiri majilis-majlis ilmu
Dan jauhkan kaki ini untuk melangkah
 ke tempat-tempat yg bakal mengundang kemurkaanMu”
ku hadapkan wajahku menujuMu…
ku lafazkan kalimah rinduku padaMu
ya Allah..ku kira amalku ini belumlah cukup sebagai bekal untukku
bawa bertemuMu di akhirat kelak…
langsung taubatku tidak melangkaui dosa
meski airmata berjuraian belum tentu mampu memadam lahar nerakaMu
lantaran belum tentu ikhlas dan istiqomahnya
ya Murabbi Ilahi…hanya hamba harapkan keampunanMu
hamba dengan rendah hati memohon syafaat dan belas ihsanMu
menghadapi hari Kemudian yang sangat menakutkan…..
berikan hamba kekuatan kerana kekuatan hamba ini ada padaMU
tidak mampu rasanya menghadapi dunia dan arusnya…
  doaku...hijabkan segala anggota jasad ini 
daripada melakukan sebarang perkara
yang mengundang kehinaan buat hamba di akhirat...ameen...
salam taubat...muhasabah diri...mujahadah cinta Murabbi...

Wednesday, 30 May 2012

Allahkan ade ^_^

kerana Dia....
selalu kita tersenyum dalam tenang dan tabah...walaupun sakit ditarik ujian mendatang...
kerana Dia mendengar tidak akan tuli...Dia melihat tidak pernah kabur jauh sekali buta...
Dia membantu tidak pernah meninggalkan...
Dia memberi ruang dan peluang dan tidak akan selamanya menolak hamba-hambaNya...


oh Allah...
kerana hamba sesungguhnya tahu 
"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri"
~~al-Baqarah : 222~~~
huh....termenung sejenak bila mengenangkan kalam-Mu ini....diriku ini melihat peluang tapi selalu ku siakan dengan dunia ini yang seringnya menipu...apakah kelak diriku ini mudah hisabnya??memang diri ini berkeinginan sebegitu tapi......ruang taubat sering ku endahkan....pintu hatiku meski Kau ketuk berulang kali tetap ku tutup dengan gelap dosa nan silam....ke redah kehidupan membuta tuli melayani kerenah nafsu yang tidak berpenghujung...lantas diriku yang kecewa sendiri...ingin meraup seuntai kasih dan sayangMu tetapi amalan tidak langsung menghala kepadaMu...terlalu jauh diriku ini melayang diterbangkan angin kemalasan dan kealpaan....akal tidak mampu menjadi penganalisa terbaik...sering terpesong dan menyimpang...dosa juga menjadi pilihan...kerana apa??kerana ingin menyukakan hati yang remuk dalam kekecewaan....sungguh akulah yang hamba yang tertipu itu....then....

Allah.....You guide me...always and always...He never let you go even you always ignore Him...He keep whispering to your heart that He will be there for you anytime anywhere if you want it to...Allah will always answer your call...He never disappointed you...never and never...so,keep put your hope towards Him...then...just smile as long as you live in this world...don't think something is burden but keep think that it is a gift and test from Him to make you be closer and closer to Him...because of what??? because...He miss you so much.....^_^ maybe right know you were far away with Him but maybe with this test....you become closer...closer...and closer...^_^

Thursday, 24 May 2012

koreksi diri


Wahai insan bernama hamba..
Tidakkah kau sedari bahawa Allah terlalu menyayangimu..??
Sehingga tidak tega dia melihat kau lemas keseorangan
Dalam nafsu dunia yang menipumu.
Lalu dia hadirkan ujian yang maha hebat
Demi membuat kau sedar akan kehadiranNya
Dalam senang dan susahmu..
Dia ketuk pintu hatimu dengan dugaan
Saat kau sendirian lemah dalam ujianNya..
Dia menunggu kau datang padaNya
Dengan linangan airmata dan doa..
Namun hamba….
Adakah kau sedar??
Ketuklah pintu hatimu,dimana nilaian imanmu??
Sering kau katakan bahawa kau keseorangan..
Kerana apa??
Kerana kau sendiri buta menilai kasih dan sayang Allah..
Kau lebih rela mencari ciptaanNya yang serba lemah
Untuk mengadu dan mengharap bagi menyelesaikan masalahmu..
Butakah kau dalam menilai cinta Allah??
Tulikah kau dalam mendengar bisikan kasihNya??
Tidakkah kau tahu bahawa sesungguhnya
Allah itu lebih dekat denganmu bahkan
Lebih dekat dari urat nadimu sendiri!!
Wahai insan..tahukah engkau satu hari kau sendiri akan
Menangis kerana kecewa dengan ciptaan Allah yg serba lemah..
Aku katakan padamu krn aku menyayangimu
Dan aku tidak mahu kau lemah menghadapi dunia..
Kelak..bila kau sudah mengerti..
Kau akn tahu mengapa aku berkata begini..
tidak sama sekali untuk mengajar engkau meletakkan syakwasangka kepada insan yang membawa harapan...
tidak dan tidak...
cuma...ku ingin katakan padamu bahawa kasih sayang dan cinta Allah itu lebih berharga untuk kau rasai...cinta insan yang datang itu adalah pinjaman...untuk menikmatinya,kau perlu tahu hakikat sebenar cinta, dari mana ia datang?siapa penciptanya?ada masa mungkin kau jatuh,ada masa mungkin kau sesat,ada msa mungkin kau rebah..tapi bila-bila masa Allah ada...Allah sentiasa available untuk membantu hamba-hamba yang meminta...kuatkan sandaranmu kepada Allah yang satu..kerana Dia tahu apa keperluanmu...hanya pada Allah yang satu....:)