Kataku ku
ukir..janjiku ku tepati..
Janganlah fikirkan
kemarahanku terhadapmu…
Fikirkan kemurkaan
Allah terhadap apa yang kita kelirukan…
Ku temu
dirimu dalam persimpangan jalan kehidupanku…
Sangat bahagia
berkongsi segala rasa yang ada…
Katamu, “ubahlah
saya”…
Jujurnya aku
membantu dalam masa yang sama membetulkan khilaf sendiri..
Tetapi Maha
Penyayang Allah pada dirimu dan aku..
Dia
detikkan di hatiku kesedaran bahawa cara itu salah…
Setulusnya aku
ingin mebantu tetapi aku sendiri takut…
Takut dengan
kisah silammu yang mencucuk tangkai hati…
Takut kau
hanya bermain-main lalu aku dipertaruhkan…
Takut dengan
fitnah hati yang membelenggu diri…
Takut akan
kemurkaan Ilahi…aku sangat takut…
Bukan aku
percaya kata orang lain melebihi dirimu
Tetapi wajarkah
aku meletakkan kepercayaan pada insan yang tidak ku pasti susuk hatinya…?
Andai kau
tahu, aku kini perlu berhati-hati...fahamilah aku…
Tidak terhenti
di sini segala ukhuwwah ini…
Harapku ia
kekal sehingga ke syurga nan abadi…
Meskipun aku
jauh…
Hakikatnya kau
tidak pernah jauh dari doaku…
Aku biarkan
Allah yang lebih teliti penjagaanNya untuk mendidikmu…
Aku tidak
lihat kesempurnaanmu…
yang aku
nilai kesudianmu mencari Allah setelah lama tersasar…
justeru aku
sedar aku jua tidak sempurna…
untuk
berdampingan dengan insan yang sempurna segala sifat…
kau tahu…aku
jua sakit…aku jua sedih memikirkan keadaan dirimu…
aku jua
risau…bagaimana harus aku zahirkan kerisauan ku ini…
melainkan
hanya kepada Allah ku adukan segala kepedihan yang aku rasa…
kamu ingatkah? ^_^ |
aku lihat
mentari, aku ingat mentari kita…
mentari
pagi di subuh hari, terasa angin berhembus di hujung telinga…
basah embun
meniti di tepian kesunyian hari…
ku seru
hati ini untu kuat kerana aku tahu dan yakin Allah menjagamu…
ku harap
kau ingat
“jika benar
kita terlalu menyayangi seseorang, serahkanlah penjagaan terbaik buatnya pada
Allah yang sebaik-baik Penjaga”
Kau ingat?
Mungkin ingat
dan mungkin langsung kau lupa…
Carilah Allah
dalam hatimu…
Akan kau
temui cara yang terbaik untuk menuju syurga…
Aku tidak
akan mampu membawamu meniti ke syurga…
Samada syurga
dunia yang kita bersama idamkan atau…
Syurga di
akhirat yang kekal di sana kiranya dirimu
Terus-terusan
meletakkan Allah di luar pengawasan hatimu…
Berkali-kali
aku ingatkan diri…Allah menjagamu…Allah menjagamu…Allah menjagamu…
Salam kerinduan
dari kejauhan hati walaupun hampir di mata…
your past is past...to me...just be as you are right now...stay...stay..and please stay by my side...even in your prayer...
"ya Allah...jagalah dia...temani hatinya yang resah...pandanglah dia dengan pandangan kasih sayangMu...ya Allah...dia tidak kuat...pegang hatinya...ya Allah...hamba tahu Engkau adalah sebaik-baik Penjaga, jagalah Dia...kuatkan dia saat dirinya terlantar sepi menghadapi ujian berat di sana...hamba mohon dengan penuh rendah hati...ameen..."
~dedikasi sahabat kepada sahabat dari lubuk hati yang risau~
No comments:
Post a Comment