Friday 15 June 2012

pelakon dunia.....

langkah yang di atur untuk menujuMu begitu terasa lemah dan longlai....terasa semangat ini direnggut oleh rasa syakwasangka terhadap ketentuanMu...terkadang langkah ini lenguh untuk terus menapak dek kerana kerapuhan Iman yang bersisa... berdesing telinga ini mendengar ayat-ayatMu...bagaikan menjirus semarak Taqwa yang kian terkambus ditelan keraguan...


"diwajibkan atas kamu berperang(berjuang), padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - al-Baqarah : 216

dunia ini bagaikan pentas lakonan....daku dan kamu adalah watak yang seringnya terpaksa menjadi insan lain demi menjayakan sebuah drama di alam mimpi....namun harus di kuatkan langkah untuk keluar dari kepompom kehinaan...ya...cuba di ikutkan juga keindahan dunia ini namun  perlihatkanlah kepada mereka indahnya dunia dalam syariat Islam...ingin ku mengajak dirimu dan diriku...bersama-sama berpimpin tangan menuju daerah abadi dalam keadaan bersih dan suci...meski begitu jauh impian meniti harapan....yakini Allah Maha Pengampun...mengharap syurga walaupun jalannya berliku payah!....adakala kita tersungkur manahan ujian dunia yang tidak berpenghujung...terasa ujian itu membakar hati yang dilambung api ammarah...mengapa ya Allah???mengapa mesti diri ini??dah tidak sanggup rasanya menahan dugaan ini...! lalu Engkau menyambut keluhan hambaMu itu dengan lembaran kalamMu.....


"ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diuji dengan berbagai ujian, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman berkata; "bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" - al-Baqarah : 214

aku tidak melihat dirimu dari sudut kamu semalam...aku melihat dirimu iaitu siapa kamu dihadapan aku kini...sekiranya semalam ada kudis dalam lembaran hidupmu, tahukah kamu bahawa Rahmat Allah begitunya luas buat kamu...??..lembaran semalam merupakan lembaran sejarah yang mesti kamu teliti dengan sejernih-jernih penelitian....setelah lembaran itu kamu tinggalkan, maka garap langkahmu untuk terus maju ke hadapan....tetapi lembaran semalam tetap perlu kamu ingati sebagai pengajaran bukan hanya peninggalan sejarah sebagai pameran...! kiranya semalam merupakan lembaran mendung dalam hidup sahabtamu, janganlah kiranya kamu menjauh darinya...tapi dengan ikhlas...nasihatilah dia kerana dia ini hamba dari Pencipta...kelemahannya tidak terkira...kesalahannya jua berjutaan tersisa...



"kerana pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh sebab itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang  beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - prof.Hamka


kiranya dalam langkah perjuangan ini kita bersama-sama dicurahkan dengan ilmu, maka gerakkan jasadmu untuk berkongsi dengan orang lain kerana itu amal yang berpanjangan...tidakkan rugi walau sedikit...tidakkan luak malah bertambah...! ya...memang adakala langkah kita tidak seiring dek kerana berbeza lapangan....namun itu bukanlah asbab untuk kita saling menjauh dalam makrifat sebuah rantaian doa...sekiranya perselisihan terjadi di tengah laluan ukhuwwah ini....sudilah kiranya kamu memaafkan dengan ikhlas kerana Allah....


sabda Nabi mafhumnya :
"Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan" 


kita merupakan pelakon hebat piihan Allah dalam menjayakan sebuah babak lakonan demi mencari pengakhiran yang menguntungkan di akhirat kelak...berlakonlah dengan jujur dan membawa watak dengan rendah hati.....dalam babak-babak lakonan ini, mungkin kamu tersilap...maka beri ruang untuk orang lain betulkan...bila kamu lihat orang lain gagal membawa watak hamba itu dengan baik...maka dekati dia...nasihati dia....


>>>gambate<<<
^_^

Wednesday 13 June 2012

"dia"

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum w.b.t.....

hampir setiap hari saya buka wall sahabat-sahabat "dia" untuk melihat comment2 sahabat-sahabat untuk "dia"....dan saya tidak jumpa walau satu perkataan yang menunjukkan celaan daripada orang-orang yang pernah mengenali "dia"....sudah banyak yang saya lihat, sehingga saya tergerak untuk melihat wall "dia" sendiri....begitu saya buka...saya terasa ingin mengalirkan air mata kerana ada yang sanggup bertelagah di wall "dia" semata-mata kerana pendapat tentang "doa"......bertubi-tubi soalan menerjah minda saya...."salahkah mengajak orang berdoa?"...."salahkan sekiranya menegur orang secara berhikmah andai benar kamu berilmu??"...."salahkah sekiranya mengalah sesama Muslim?"......seumur hidup"nya"....saya tidak berkesempatan bertutur kalam dengan begitu banyak bersama "dia" cuma pernah sekali dua kerana berada di dalam satu platform iaitu "pengawas".....tetapi saya begitu maklum dengan cara kepimpinan "dia" melalui sahabat2 seperjuangan "dia" dan juga di kalangan kami......

begitu saya menyanjunginya kerana contoh tauladan yang begitu baik ditunjukkan....ya...walaupun usia kami agak berjarak namun haruman tauladan yang ditunjukkan begitu merebak di mana-mana susuk orang yang mengenalinya.... sungguh terbukti.... kamu memang seorang yang baik.... subhanallah....terasa sungguh ingin menangis.... kerana Allah sayang... Allah ambil dan mungkin berganti.... harapanku agar akan berganti mirip kepimpinannya tapi ketentuan Ilahi tiada yang mampu mendahului....

telah Allah firmankan : "dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya kamu mengetahui" - al-Ankabut : 64

ummah...marilah kita mencari titik persamaan....apa yang kurang kita lengkapkan....susuk kepimpinan para Nabi, Khulafah ar-Rasyidin, Sultan Muhammad al-Fateh, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Khalifah Umar Abd Aziz MESTI kita kembalikan...apalah adanya faedah dalam berbalah....sekadar menconteng arang di wajah sendiri....apa nak di malukan andai kita menundukkan ego??hilangkah maruah??maruah di pandangan siapa?? di pandangan manusia??? justeru matlamat kita di mana??manusiakah?? sungguh kamu tertipu dengan permainan dunia ini... kamu mencari tempat di pandangan manusia tetapi Allah kamu abaikan... justeru kamu mencari tempat di hati manusia dan kamu menghalalkan segala macam cara demi merebut perhatian mereka..... untungkah kamu?? untungkah?? ya..... memang.... memang kamu untung... untung dunia ini sampai bila?? paling lama 100 tahun..... setelah itu?? tempat kamu tetap di dalam sebuah lubang...tersandar sepi di pelupuk sebidang tanah....berselimutkan kain lengkap berwarna putih....tiada pun pengaruhmu itu membantumu melainkan ada amal di dalamnya....

bicara saya lembut bukan beerti saya meletakkan Islam itu sewenang-wenangnya....bukan beerti saya inginkan agar masyarakat sekadar endah tidak endah kepada Islam....tetapi saya justeru tahu bahawa dengan membawa hati-hatimu kepada Allah dengan cara yang hikmah itu lebih berkesan dan tidak memalitkan mudarat.....

firman Allah : "serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas yang dapat memebezakan yang hak dengan yang batil) dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik... sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat di jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk" - an-Nahl : 125

sedangkan berdebat, Allah perintahkan agar berdebat dengan baik....ya...perlu tegas tapi bukan mempersenda...bukan memerli...bukan menyindir....jauh sekali mencaki maki.....tegas itu pendirian...sekiranya mereka ingin memekakkan telinga dan membutakan hati mereka, kita bukan lah insan yang layak memaksa justeru pemberi hidayah tetaplah Allah yang maha Agung....setelah usaha di garap semaksima mungkin, sandarkan keyakinanmu kepada Allah...ya...berdoa!berdoalah kerana itu tangga pergantunganmu kepadaNya...Dia mendengar tidak pernah tuli....kamu minta dan Dia akan bagi...kamu jangan risau....! tapi kamu lebih suka kiranya dapat menghamburkan kemarahan kamu pada orang lain kemudian mempertikai perbuatannya di khalayak....tidak terlintaskah di hatimu untuk berdoa?? kerana Allah pemilik hati hamba-hambaNya...maka pada siapa lagi paling layak untukmu meminta agar insan lain diberikan hidayah melainkan Allah semata-mata....betul tak??

ada yang menyatakan..."mereka ini lebih banyak ingin menjaga hati manusia daripada agama Allah"....tidak saya nafikan kata-kata itu...tetapi lihatlah situasi....adakah patut anak yang tidak memahami kita lentur seperti prihalnya orang yang tahu dan dewasa??wajarkah tindakan itu??tidakkah itu mendatangkan lebih dampak yang negatif??membuatkan mereka lebih benci dan meluat....?....ya benar....kamu betul....kerana kamu tahu...kerana kamu berilmu tapi bukan kamu yang saya persoalkn...tetapi mereka.....mereka yang tidak tahu itu....harus bagaimana memenangi diri mereka jika tidak ditakluki hati murninya??..bila ingin berkata-kata, letakkan dirimu dalam situasi mereka...bukan diri mereka dalam dirimu...

janganlah begitu cepatnya menghukum manusia....dia juga hamba...adakala pasti dia tersalah...adakala dia jua tersilap....tugas kita membantu....membantu...dan membantu agar dia tidak tersungkur berkali-kali....pilihan tetap jua di tangannya...kita sekadar wasilah yang berusaha bersungguh-sungguh...! andai apa yang dilakukan itu melampaui batas maka di situ kita akan memainkan peranan untuk melangkah kepada methodologi yang lebih proaktif.....di atas kemampuan yang kita ada, kiranaya kita yakin kita boleh, maka dipersilakan...tegurlah orang itu secara terang-terangan tapi dalam HIKMAH....bukan mengaibkannya....Islam itu terlalu syumul dan suci untuk dipalitkan dengan noda yang kamu hamburkan....tidak berbaloi mengorbankan agama kerana pendirian kamu semata-mata.....

~~~~~~~~

ku nukilkan begini...
bukan ingin diri disokongi...
bukan jua meninggi diri...
bukan juga "pak turut" kejahilan insani...
bukan juga menyatakan kesempurnaan sendiri...
justeru diriku masih lemah dalam segala segi...
cuma ku ingin kamu mengerti...
Islam syumul, cantik, indah, selamat, aman dan berseri...
kerana tersebar dengan method tersendiri...
janganlah membenci....
kerana ia membunuh persaudaraan sesama Islam ini....
~~~~~~~~~~~
salam perjuangan....
salah silap dalam penulisan saya harap ditegur....
teguran berhikmah di alu-alukan...
teguran tidak berhikmah justeru dipertimbankan sekiranya ada...
"wasi'atus sodri" (berlapang dada) insya'Allah........^_^


Friday 8 June 2012

mati nafsi-nafsi??eerrrkkk???macam tu pulak??!

wahai hamba....kamu sering dipanggil..
lima kali sehari kamu dipanggil..
tapi jiwamu yang kosong itu sering kau penuhkan dengan maksiat...
tidakkah kamu tahu bahawa Allah begitu mencintaimu??
wahai hamba...janganlah begitu buta hati....!!
kamu menyesal nanti!!kelak tiada siapa dapat bantu kamu!
kamu sedar tak???
did u forget who u are??then i'll remind u..^_^

wahai hamba...bangunla daripada kelalaianmu itu...
kamu tertidur sebentar saje...Allah nak tolong kamu...tolonglah sedar...!
Allah sayang kamu...Dia takkan tinggalkan kamu...kamu yang tinggalkan Dia....
kenapa wahai hamba...??
kamu sedar tak??
di alam barzakh kelak gelap gelita sahabat...
tiada cahaya melainkan amal semata-mata...
kamu tahu??
di dalam sana kelak sempit sahabat...sempit sangat....!!
hanya akan luas dengan ingatanmu kepadaNya...

yes..di sini pengakhiran kita...bersediakah???

kamu mengertikah wahai hamba??
kasihanilah dirimu....
Rasulullah berjuang menegakkan agama ini untuk kamu...
tapi kamu menggadaikan agama ini semata-mata kerana ingin pendapat kamu diterima...!
berbaloikah?? kamu puaskah melihat agama ini kacau bilau kerana kerakusan kamu itu??
sungguh kamu hamba dan umat yang rugi!!
ya....aku berpesan untuk diriku dan dirimu kerana aku juga hamba...
sifatku jua lupa...diriku jua leka...
kerana itu aku ingatkan agar kita saling ingat mengingati...
bukan bawa haluan sendiri...walaupun kubur kelak nafsi-nafsi...
tujuh derap langkah manusia menjauh dari pusaramu kelak....
maka akan berganti wajah malaikat Munkar dan Nangkir...
bertanya soalan yang telah lama bocor....
jawablah sahabat!!!jawab!!!kenapa lisanmu kelu??!!
kenapa??!!bukankah lisanmu itu begitu lincah bicaranya tatkala di dunia??!!
mana keberanianmu??
wahai hamba??mengapa kamu gagal untuk ujian kali ini???
bukankah dahulu kamu begitu cemerlang di dunia!!
kamu menangis??!sakitkah diseksa??sakit??
lalu mengapa duniamu kau lalui dengan begitu senang lenang tanpa ingat akan seksa ini??
kamu tidak tahu???
harus bagaimana kamu ingin katakan kamu tidak tahu wahai pendusta??!!bagaimana harus kau buktikan??!
sedangkan begitu banyak ayat-ayat Allah datang memberi panduan kepadamu....
kamu yang mengelak dan menjauh!
memang salah kamu!
bahkan kerana terlalu dan amattt mengasihi dan menyayangi kamu...
Allah bukakan seluas-luas pintu taubat kepadamu....!
kamu lakukan dosa diwaktu pagi...dibuka pintu taubat untukmu di waktu petang...
kamu lakukan lagi dosa diwaktu malam...Allah berikan lagi ruang untukmu di waktu siang untuk bertaubat...!


Nabi bersabda : 




عن انس یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي
 وقال: حدیث حسن صحيح


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah berjanji untuk mengampunkan dosa-dosa kamu   
semata-mata kerana kamu...kerana sayangkan kamu...tapi kamu???!
jauhnya kamu meninggalkan Allah dan RasulNya.....
sedih sungguh pengakhiran kamu kelak...
kamu tahu di sana nanti yang dapat membantu kamu hanyalah Allah, RasulNya dan amalan kamu...
tapi di dunia ini kamu begitu menyanjungi manusia...
kamu tahu di sana nanti...kamu mungkin dilupakan...
mereka juga tidak habis menguruskan hal mereka...kamu???
di mana ingin kamu bergantung harap kalau bukan Allah dan Rasul???
tapi bagaimana harus Allah dan RasulNya membantu kamu andai dunia kamu sentiasa lupa dan leka dari mengingati mereka....! bagaimana sahabat??
renungi ayat ini sahabat....


"demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan"
(surah Thaha 20:126)
~~~~~~
dedikasi diriku buat pembaca : 


aku hanya hamba yang biasa...
juga punya masa lupa dan leka...
bukan minta diterima tidak juga dipuja...
sekadar menumpang dunia yang sementara..
memberi peringatan selagi punya masa...
risau kelak amalan ingin dibawa tidak seberapa...
sumbangan ingatan ini kecil cuma...
tapi mengundang pahala besar buatku di akhirat sana....
mohon agar dibaca dengan mata hati....
insya'Allah...:)





Tuesday 5 June 2012

kita anak perantau.....

menuntut ilmu...perjalanan yang begitu panjang dan berliku...
adakala tersadung....adakala rebah dalam langkah yang rapuh....
diuji dalam keimanan yang berbaki sirna...
mampukah diri bertahan dalam arus fitrah yang menyerang hati??
mampukah diri teguh dalam ujian kerinduan keluarga menghimpit diri???...
jarak yang jauh menyebabkan diri sering merintih sendiri dalam hati...
terasa terlalu singkat masa bersama kedua ibu bapa apabila kini sudah berada di medan perjuangan yang begitu jauh...
yaa...jarak...kerana jarak inilah aku menangis TAPI kerana jarak ini jualah aku berjuang dan meneruskan langkah dalam tabah dan payah...
bersama SAHABAT berpegang HATI...teguh bersama meniti hari...
meski ujian mengepung diri dan hati...tetap jua kami gagahi...
kami tidak mahu kalah dalam ujian yang tegar...kami ini anak perantau...
mencari ilmu..menggali pengalaman...tidakkan berserah walaupun risikonya KALAH!....
KALAH dan MENANG penentunya usaha kami....
Allah maha adil menetapkan sesuatu atas usaha kami bukan datang bergolek...
kami umat Islam...kami tidak akan mengalah kerana KEKALAHAN bukan SINONIM dengan ISLAM...
~~~~~~
buat insan-insan yang sedang berjuang bertemankan pen dan kertas, dakwat dan minda....
jangan mengalah atas desakan hati...
kita ini baru melangkah...perjuangan masih berbaki begitu panjang...
jangan diikutkan rasa di hati kelak merana diri sendiri...
teguran diterima membetulkan khilaf sendiri...
jangan sombong membangga diri...
di tempat orang ikutan kita resminya padi...
makin berilmu makin tawadhuk kepada ILAHI RABBI...
jangan jadi sepertinya lalang menghitung laluan angin...
hidup biar berpendirian...jangan sampai tidak berpengkalan...
di hujung waktu nanti tidak punya bekalan...
rugi dan sia-sia sebuah perjalanan...


Friday 1 June 2012

exam around the corner weh!!~~

assalamualaikum.....ble tiade kje..ni la makanan saya....since skrg ni minggu study week....what????!!!!study week???.....means...now i have to get ready for final!!the war will begin!.....nak cakap dah bersedia seratus peratus tu,tidak la jugak.....70% / 30% la.....cuma nak cakap pade shbt2....kte belajar ni kne ade matlamat...bukan matlamat untuk berjaya di dunia ni je tpi yg aulanya di akhirat...sye sllu dgr org cakap..."alah...dunia ni sementara je,tak payah beriye sangat nnti meniggal bkn bawak sijil pon"..."dunia ni xpnting sgt nak kejar,yg penting akhirat tu...klau kejar akhirat nnti dunia dtg bergolek dekat kita"....perggghhh....begitu berfalsafah nampak gayanya insan yg berkata-kata ini....tpi kte yg dgr ni,dgr je la..nak menyampuk kang dikata kite ni "bdak2 ape tw???"errrkkk??......sye nak amek sikit ayat Allahyarham P.Ramlee tpi sye edit sikit..."budak2 la boleh cakap banyak sebab budak2 tidak pandai menipu kalau bagi kau bercakap,kau tahu nak putar belitkan orang jep"...^_^
sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian....
exam ni adalah kayu ukur perjalann ilmu pinjaman kita...ya...memang akhirat itu penting TAPI Allah ciptakan dunia utk kita mencari damai di akhirat kelak...dunia ini tdk dijadikan sia-sia...pasti ada kesinambungannya dengan akhirat...maha Bijkasananya Allah dalam menyusun atur sebuah pelayaran kehidupan hamba-hambaNya....anda tahu?anda sedar?....tepuk dada tanya Iman...
okeh sambung....ble exam....masa ni la nak tgok library pling penuh orang....sampai xde tempat kosong....Alhamdulillah...even last minute tpi nampak anjakan paradigmanya di situ...
ilmu yang ada untk dipraktikkan...diamalkan dan bukan untuk curahkan dalam paper semata-mata...ble dah hbis exam,hbis la sume ilmu berserakan..mcm tu??...amboiii....senang la mcm tu...sebab tu la skrg ni masyarakat jadi dungu akhlak dan sahsiah...sebab ape??sbb memg sume pelajar melayu wajib ambik subjek Pendidikan Islam mse PMR tpi tidak semua pelajar wajib ambil subjek Praktikal/Amali Ibadah dan Akhlak kan?? bahkan tiada pon subjek amali2 yang berkiatan dgn Ibadah ni...yg adenye amali sains dan lain2....begitulah manusia menjunjung dunia..ibarat akhirat tiada...
kepada sahabat2 yang optimis untuk berjaya....^_^
usaha la selagi mampu dan jangan putus asa...selagi ada masa...even one second before enter the examination hall you still can put small afford on that particular time...even you already in front of the examination paper, you still have time...what you can do on that time???bukan bawak "pembantu2 pribadi" yep.....mse tu anda bole panjatkan doa sesungguh2 hati pde Allah sbb mse tu pergantungan kite betul2 pde Allah saje sbb Allah boleh je nak bgi kte lpe SEMUA yg kita dah study....so,keep on praying...^_^
bile kte dah usaha bersungguh-sungguh, tambah lak dengan doa yang lebih extra daripada usaha...tawakkal pulak pde Allah dgn double extra lgi.....wa berani kerat jari lah...comfirm lu berjaya maaa~~~ (msuk plak loghat ayahanda-chinese-)
saya selalu cakap pde kwan2...ble kte nak berjaya..pastikan Allah didahulukan..usaha diperkuatkan...tawakkal dipertingkatkan....bersyukur di istiqamahkan...riak dijauhkan...berkongsi perlu diamalkan...
~~seuntai doa buat kamu~
ya Allah...rabbina murabbina....
pemilik segala cinta,rindu, kasih dan sayang kami...
kami bermohon dengan rendah hati....
ampuni dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami...
ya rabbi...tempat mengadu keluh dan resah kami...
kini kami berada di hujung perjuangan yang menentukan sisi kejayaan kami...
dengan rendah hati kami minta kepadaMu...
kami ingin berbakti kepada kedua ibu bapa kami...
maka permudahkan kami untuk menjawab peperiksaan...
ingatkan kami apa yang kami lupa...
kembalikan kepada kami apa yang hilang...
ilhamkan kepada kami ilham2 para nabi...
ya Allah...sekiranya kejayaan dunia ini mampu membawa kebaikan buat kami di dunia dan akhirat maka kurniakanlah kejayaan itu buat kami...sekiranya dengan kejayaan ini kami lupa,riak dan lalai...maka kurniakan lah kami hidayah dan petunjukkMu agar kami menjadi hamba yang bersyukur...dan sekiranya ia tidak membawa kebaikan buat kami di akhirat kami...kurniakanlah kejayaan ini kepada insan yang lebih layak untuknya....ya Rabbi....matlamat kami adalah akhirat dan dunia ini adalah wasilah akhirat kami...maka lorongkan jalan buat kami...jalan yang terbaik dari sisiMu...kami menerima dengan penuh redha segala ketentuanMu Ilahi Rabbi...ameen....
okay...gambate....;) 
salam mumtaz buat semua....maaf salah dan silap....

bukan buta...cuma tak nampak kejap...^_^

Bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum w.b.t....
Since dah ramai sangat sahabat2 yang ingin terjun dalam arena “cinta” ni....ade sikit perkongsian daripada saya...sbnrnya,dahulukan apa yang perlu didahulukan shbt2...mana yang msih belajar, sekiranya msih mampu menahan diri...better fokus dulu belajar...sbb klau kita sabar atas sesuatu yang sgt memeritkan, insya’Allah ganjaran Allah nanti lebih manis...^_^
Bukan salah...justeru fitrah...tdk salah, bahkan masa saya hadiri satu talk dulu pon, Dr.Wifaq(lecturer) tu kata “saya menyeru kepada kalian semua,kawinla awal”...TAPI...bukan membuta tuli jep shbt2...dye ckp mcm tu sbb skrg ni dah byk sgt maksiat...then,ade byk lagi dye ckp...
Cume...saya rsau shbt2 tertipu dgn kehendak dan desakan hati sendiri...tapi...sekiranya dah bersedia...dah istikharah elok2....ok...xde halangan...teruskan dengan niat murni itu sbb ni salah satu sunnah...^_^
Apepon...sandaran dan keyakinan pada Allah SANGAT penting...mana mungkin Allah takdirkan sesuatu yang tidak baik untuk hamba-hambaNya...kan?kan? :)






ya..kerana cinta Allah itu hanya layak untuk hamba-hamba yang mencariNya...maka dahulukan cintaNya...^_^



cinta menurut Ibnu Qayyim al Jawziyah

Ibnu Qayyim rahimahullâh pernah berkata dalam kitab al-Jawâb al-Kâfî li Man Sa'ala ‘an ad-Dawâ' asy-Syâfî 



“Kasih sayang adalah penyebab hati dan ruh menjadi hidup terpelihara. Hati tidak akan merasa tenteram, nikmat, beruntung, dan merasa hidup bila tanpa cinta. Seandainya hati tanpa cinta, sakitnya lebih terasa daripada mata terasa sakit ketika tidak bisa lagi melihat cahaya, telinga ketika tidak bisa lagi mendengar, hidung ketika tidak bisa lagi mencium, lisan ketika tidak mampu lagi berbicara. Bahkan, hati pun bisa menjadi rosak apabila hampa dari kasih sayang yang sudah merupakan fitrah dalam jiwa manusia. Ia adalah sebuah karunia yang diberikan Sang Pencipta. Oleh karena itu, rosaknya lebih parah daripada kerosakan tubuh manusia yang diisi dengan ruh, dan ini tidak boleh dikategorikan menjadi sesuatu yang pasti kecuali orang yang memiliki jiwa yang selalu hidup.”

Ibnu Qayyim rahimahullâh berkata dalam kitab ad-Dâ' wa ad-Dawâ' (Penyakit dan Ubat):

“Mencintai wanita itu terbagi kepada tiga, iaitu:
Bahagian pertama dan kedua adalah “pendekatan” dan “ketaatan”. Yang termasuk kategori ini seperti mencintai seorang isteri. Bentuk cinta seperti ini sangat bermanfaat kerana ia merupakan salah satu syariat yang diperintahkan oleh Allah ta’ala dalam melaksanakan pernikahan. Kerana, pernikahan dapat menghindarkan pandangan mata dan hati dari perbuatan maksiat yang dilarang Islam. Maka dari itulah Allah ta’ala, Rasul-Nya Muhammad saw., dan seluruh manusia menjunjung tinggi martabat pencinta seperti ini.

Sedangkan bahagian ketiga adalah “cinta mubah” (cinta yang dibolehkan), seperti cinta seorang lelaki ketika disebutkan kepadanya mengenai seorang wanita jelita, atau ketika seorang lelaki itu melihat wanita secara kebetulan lalu hatinya terpaut kepada wanita tersebut, dengan tidak ada unsur maksiat dalam jatuh cinta itu. Cinta semacam ini orang yang mengalaminya tidak dibebani dosa dan siksa, namun lebih baik menghindar dan menyibukkan diri dengan suatu pekerjaan yang lebih bermanfaat  serta wajib baginya merahsiakan hal itu. Apabila menjaga dan sabar terhadap suatu hal yang kelihatan seperti mempunyai unsur negatif, percayalah bahawa Allah ta’ala akan memberikan ganjaran pahala kepadanya dan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.”

Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:

“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia mahupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

Ibnu Qayyim rahimahullâh dalam kitab ad-Dâ' wa ad-Dawâ' (Penyakit dan Ubat):

“Cinta membangkitkan jiwa dan menata prilaku. Mengungkapkannya adalah suatu kewajaran dan memendamnya menjadi beban.” Lalu, beliau berkata: “Mereka berucap: ‘Kita tidak memungkiri kerusakan cinta jika dimulai oleh perbuatan tercela kepada sesama makhluk. Yang kita dambakan adalah cinta suci dari seorang lelaki idaman yang selalu komitmen kepada agama, kehormatan, dan akhlak. Jangan sampai cinta itu menjadi jurang pemisah antara menusia dengan Khaliq-nya dan menyebabkan antara pencinta dengan yang dicintainya jatuh ke dalam perbuatan nista




“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

hati yang sakit...pasti ada ubatnya...kembali kepada Allah la satu2nya ubat bagi hati yang sedang sakit :)

“ Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali kepada dirinya sendiri.”

nota hatiku buat sahabat-sahabat ^_^

ada ketika kamu begitu kuat berprinsip...
sehinggakan tiada muslimin berani mendekatimu....
tapi lama kelamaan kamu merasa sunyi dan risau....
kamu mula mencari dan memberanikan diri...
tapi kamu tidak sedar kamu bakal tersesat dengan jerat permainan hati...
dulu....kamu pernah dahulukan cinta Allah melebihi yang lain...
dan kini Allah kasihan melihat dirimu...
kamu belum jauh tersasar...
belumpun sempat berkecimpung dalam arena maksiat itu...
belum sempat merasa nikmatnya pun...
tapi Allah dengan begitu kasih dan sayang menyedarkan kamu...
Alhamdulillah kamu tidak buta hati....
kamu sulam kembali tikar Iman yang telah hampir reput dalam kelalaian...
kamu kait kembali untaian taqwa yang hampir terburai dimamah kekecewaan..
kamu cari kembali susuk cinta Allah dan Rasul yang hilang...
nikmat bukan?^_^
lafaz Alhamdulillah itulah yang selayaknya meniti dibibirmu...
~~salam mujahadah penuh kenikmatan dalam kepayahan sahabat-sahabat~~