Friday 15 June 2012

pelakon dunia.....

langkah yang di atur untuk menujuMu begitu terasa lemah dan longlai....terasa semangat ini direnggut oleh rasa syakwasangka terhadap ketentuanMu...terkadang langkah ini lenguh untuk terus menapak dek kerana kerapuhan Iman yang bersisa... berdesing telinga ini mendengar ayat-ayatMu...bagaikan menjirus semarak Taqwa yang kian terkambus ditelan keraguan...


"diwajibkan atas kamu berperang(berjuang), padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - al-Baqarah : 216

dunia ini bagaikan pentas lakonan....daku dan kamu adalah watak yang seringnya terpaksa menjadi insan lain demi menjayakan sebuah drama di alam mimpi....namun harus di kuatkan langkah untuk keluar dari kepompom kehinaan...ya...cuba di ikutkan juga keindahan dunia ini namun  perlihatkanlah kepada mereka indahnya dunia dalam syariat Islam...ingin ku mengajak dirimu dan diriku...bersama-sama berpimpin tangan menuju daerah abadi dalam keadaan bersih dan suci...meski begitu jauh impian meniti harapan....yakini Allah Maha Pengampun...mengharap syurga walaupun jalannya berliku payah!....adakala kita tersungkur manahan ujian dunia yang tidak berpenghujung...terasa ujian itu membakar hati yang dilambung api ammarah...mengapa ya Allah???mengapa mesti diri ini??dah tidak sanggup rasanya menahan dugaan ini...! lalu Engkau menyambut keluhan hambaMu itu dengan lembaran kalamMu.....


"ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diuji dengan berbagai ujian, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman berkata; "bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" - al-Baqarah : 214

aku tidak melihat dirimu dari sudut kamu semalam...aku melihat dirimu iaitu siapa kamu dihadapan aku kini...sekiranya semalam ada kudis dalam lembaran hidupmu, tahukah kamu bahawa Rahmat Allah begitunya luas buat kamu...??..lembaran semalam merupakan lembaran sejarah yang mesti kamu teliti dengan sejernih-jernih penelitian....setelah lembaran itu kamu tinggalkan, maka garap langkahmu untuk terus maju ke hadapan....tetapi lembaran semalam tetap perlu kamu ingati sebagai pengajaran bukan hanya peninggalan sejarah sebagai pameran...! kiranya semalam merupakan lembaran mendung dalam hidup sahabtamu, janganlah kiranya kamu menjauh darinya...tapi dengan ikhlas...nasihatilah dia kerana dia ini hamba dari Pencipta...kelemahannya tidak terkira...kesalahannya jua berjutaan tersisa...



"kerana pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh sebab itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang  beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - prof.Hamka


kiranya dalam langkah perjuangan ini kita bersama-sama dicurahkan dengan ilmu, maka gerakkan jasadmu untuk berkongsi dengan orang lain kerana itu amal yang berpanjangan...tidakkan rugi walau sedikit...tidakkan luak malah bertambah...! ya...memang adakala langkah kita tidak seiring dek kerana berbeza lapangan....namun itu bukanlah asbab untuk kita saling menjauh dalam makrifat sebuah rantaian doa...sekiranya perselisihan terjadi di tengah laluan ukhuwwah ini....sudilah kiranya kamu memaafkan dengan ikhlas kerana Allah....


sabda Nabi mafhumnya :
"Allah tidak menambahkan sesuatu ke atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan" 


kita merupakan pelakon hebat piihan Allah dalam menjayakan sebuah babak lakonan demi mencari pengakhiran yang menguntungkan di akhirat kelak...berlakonlah dengan jujur dan membawa watak dengan rendah hati.....dalam babak-babak lakonan ini, mungkin kamu tersilap...maka beri ruang untuk orang lain betulkan...bila kamu lihat orang lain gagal membawa watak hamba itu dengan baik...maka dekati dia...nasihati dia....


>>>gambate<<<
^_^

No comments:

Post a Comment