Friday 11 January 2013

debat piala naib canselor USIM ~ langkah baru bermula~

bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum w.b.t....
emm...lama tak update blog...rasa rindu...isu banyak tetapi masa untuk blog ni tidak banyak..kasihan blog ni di anak tirikan...hehe...baru-baru ni kami menyertai debat Piala Naib Canselor USIM ke - 6....saya wakil Fakulti Ekonomi Muamalat...emmm...masa mula-mala nak hantar nama tu rasa macam tak nak je sebab biasanya fakulti kami akan kalah tanpa bertanding, tetapi atas dorongan dari housemateku tersayang (izzah,syahirah,nad zahil, emma dan semua) saya try juga cari kawan-kawan yang nak masuk...dapat tarik seorang sahabat yang BAGI SAYA dia teror berbahasa arab iaitu Haris Murshidi dan tanpa disangka-sangka dia pula bawak sahabat-sahabat dia yang lain iaitu Khalaf Ahmad dan Amin Amran...saya punya terkejut masa dapat mesej nama tu dalam masa yang sama memang bersyukur sangat2! ^_^

kami start perjumpaan 17/11/2012 and masa tu jumpa pula dengan team debat Bahasa Arab yang lain iaitu Kak Athirah, Nawal,Azwan dan adik kecik kami Nik Nurul Amirah...masa tu semua cakap tiada pengalaman, saya macam "errkk"....ok....memang sangat takut sebenarnya sebab debat akan bermula dalam masa dua minggu dan kami tidak dapat tajuk lagi...pertemuan-pertemuan seterusnya kami berlatih dengan muqaddimah...emm...tapi tak best la if sye tulis so,better korg dengar sendiri...

ni baru satu je...tak sempat nak upload semua...ni salah seorang yang memang teror bahasa arab tapi dia ni senyap sikit...teringin nak bagi korang semua tengok perubahan yang berlaku bila masa berlatih dengan waktu sebenar,tapi lambat sangat la...so,yang ni dulu la..

memang ketara perbezaan masa baru mula-mula berlatih dengan yang sebenar...masa mula-mula berlatih tu, ada yang malu, ada yang tak hafal, ada yang kalut, ada yang terketar-ketar, ada yang macam Karam Sigh Waliya ( credit to : Khalaf Ahmad ) sampai kitorang kene cakap pulak dengan dye supaya jangan banyak sangat angkat tangan..hehehe...terbaikkk... ;)

minggu-minggu latihan kami dipenuhi dengan input2 daripada senior2 berpengalaman....sekalung terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Sofwan dan brother Zul Firdaus yang begitu banyak mencurahkan ilmu kepada kami...sangat banyak perkara yang kami dapat...kata brother Zul, dalam debat if sesak sangat korang reka ja fakta...hehe...kami memang pereka fakta terbaik masa pertandinagn...then, Ustaz Sofwan lak kata, yang penting bukan kalah atau menang tetapi pengalaman yang kita dapat daripada pertandingan tersebut....terima kasih...diketuai oleh kak Athirah yang begitu dedikasi, kami memang tidak mensasarkan untuk menjadi juara dalam langkah kami yang baru bermula, motto kami "menang tak riak, kalah tak rebah"....termotivasi dengan motto ini kami sangat teruja menanti hari pertandingan...apa yang kami sasarkan adalah keterlibatan FEM sebagai participant....dan tidak lagi digelar kalah tanpa bertanding...kami sering diingatkan sesama sendiri untuk tajdid niat dengan baik....sweet sgt team ni... ^_^

kami berlatih dalam tegas dan gurau...kami korban masa sama-sama...kami bangun dan jatuh bersama-sama...kami mencuba jadi yang terbaik bersama-sama...kami perbaiki kelemahan masing-masing dengan jujur dan ikhlas....
masa hari pertandingan, kami sangat risau dan cuak tambahan pulak tajuk pusingan pertama kami memang tidak prepare...sehinggalah ke tajuk untuk pusingan kedua, memang takdir Allah kami dapat menjadi pihak pembangkang kerana masa latihan, team kami memang selalu dapat pembangkang....ohhh....lupa nak cakap yang kami dibahagikan kepada dua team iaitu team A (kak Athirah, Nawal, Azwan dan Haris Mursyidi) dan team B (Amin Amran, Khalaf Ahmad, Nik Nurul Amirah dan saya sendiri)....kami lalui dua pusingan dengan tenang dan memang sangat menyeronokkan.... ;)


saya tidak boleh lupa dengan gelagat seorang adik ni (nik nur amirah) dia memang teror bahasa arab...serius cakap..saya memang banyak belajar daripada dia...dia sungguh semangat bila bercakap mengenai bahasa arab, nahu jangan cerita laa...masa bertanding tu,sempat lagi dia bina ayat dengan nahu yang tepat...sama seperti kak athirah...bukan nak cakap apa la..tetapi dalam team ni,saya adalah yang paling lemah la bahasa arab...ada sekali pertandingan tu, nak cari perkataan "elektrik" dalam bahasa arab..boleh pula saya tak tahu...puas pulak team saya ni ingatkan...banyak kali pulak tu...sangat teruk kan?hehe....berbalik pada adik amirah ni, masa kami dapat jadi pencadang then kami kene susun betul2 konsep kami bagi jelas, masa tu amirah ni memang nampak la seorang yang bagus tahap langit...saya memang tak boleh kalut-kalut,if nak satu-satu bende dalam masa yang cepat pon saya akan pastikan perkara tu running smooth je..dia tak, dia memang cekap...susun konsep dengan jelas dalam masa yang singkat...memang saya tak terkata la masa tu..hehe...pada saya,mereka semua best...saya pula memang banyak sangat kelemahannya...tidak tahu la ingin diteruskan ataupun tidak untuk masa akan datang :(

debat ni ada lima pusingan kelayakan if dapat tergolong dalam lapan ranking teratas then berjaya ke suku akhir then separuh akhir dan final....kami memulakan langkah dengan keputusan yg sederhana iaitu berjaya meletakkn FEM di tempat kesembilan, means tak berjaya ke suku akhir tpi kami bersyukur, sekurang2nya kami dapat memberi saingan kepada 18 kumpulan yg lain walaupun FIRST TIME FEM hantar wakil bahasa arab...apa yang penting bagi kami adalah pengalaman...masih terngiang-ngiang di telinga ayat seorg ustaz "masuk pertandingan ni untuk belajar bahasa arab kerana bahasa ini bahasa al-quran,bahasa di sisi Allah dan Rasul...sekarang ni untuk bercakap dalam bahasa arab tu rasa macam menyeronokkan dan begitu mengujakan...even salah,paling kurang mencuba...itulah pegangan saya..."kami sangat seronok..value yang paling penting adalah kami begitu mencuba sehabis daya mentadrib diri untuk serba sederhana dan ikhlas menyertai pertandingan ini kerana Allah...bukanlah semudah yang disangka untuk ikhlas menahan rasa apabila ada yang bertanya "farid, apa cer debat bahasa arab FEM??menang tak?"....hakikatnya memang rasa tidak mahu menjawab kerana agak perit membawa harapan...tetapi Allah adalah penentu dan pengatur terbaik...maka "senyuman" adalah madu terbaik...redha adalah penawar paling mujarab....percayalah kawan, usaha yang dilakukan secara maksimum akan membuahkan hasil yang baik dan jika sekiranya kita tidak miliki kejayaan setimpalnya usaha yang kita lakukan, tetaplah yakin kepada Allah bahawa Allah telah menilai usaha kita dengan sebaik dan seteliti mungkin...berlapang dada dan teruskan hidup dengan ceria adalah misi dan visi abadi...hidup tidak begitu lama untuk disia-siakan dengan memikirkan kesalahan masa lalu...adalah lebih baik kita mengorak langkah ke hadapan...dan teruskan melangkah dengan matlamat MARDHOTILLAH YANG AGUNG.... ^_^

.terlalu banyak untuk diceritakan...bila terkenang semula, seakan masa ingin diputar semula...tetapi itu mustahil...semoga anda semua berjaya...

~even i close my eyes, i still remember that moment~
~haris murshidi bak kata kak athirah macam Ustaz Don~
~khalaf ahmad si senyap tapi sangat terbaik~
~amin seorang yang memang angel dan tak pandai marah~
~azwan bak kata kak athirah macam fahrain ahmad~
~nur athirah ketua dedikasi pelajar cemerlang~
~nik nur amirah si adik yang cemerlang sepanjang masa dan ceria~
~nawal ustazah bahyah versi USIM~
~farid ntah..tak tahu nak describe ape~


ustazah nor bahiyah kami ( berdiri )
tengok haris murshidi...mendengar dengan khusyuk..nak chek makhraj kottt~~

kak athirah sangat dedikasi..sama macam azwan tapi
cube lihat yang lagi sorang,dia rilek je "cari maklumat" dalam phone

 "perbincangan" yang khusyuk la kononyerrr

mendengar penuh teliti...macam tengah dengar keterangan kat mahkamah

ceria setelah habis bertanding....rindu sangat masa ni

from the left : faridah,nik nur amirah,nawal,kak athirah
 from the right : khalaf ahmad, azwan, amin amran, haris murshidi
segala yang ditulis di sini hanyalah sebuah potret kenangan..sebarang teguran diterima secara lapang dada...terima kasih...wassalam...^_^