Friday 13 July 2012

sape nak pijak hang???!!!

assalamualaikum...lama tidak bercerita dalam blog ni...alasan kesempitan waktu adalah tidak relevan tetapi itulah hakikatnya...cuba-cuba mencuri waktu tetapi waktu memang sangat cemburu pada manusia...kite kejar, dia lari...bila dah dapat pulak,masa ni dia jenis tak reti dok diam...asyik bergerak je...lumrah dunia...hadapilah dengan jiwa hamba yang hebat..^_^

teruskan berfikiran positif....
"no..no..no..no..no..no..""susah..susah..susah..""mana bole nak positif je nanti orang pijak kepala kita!"...(perrgghh!....sakit kot telinga dengar orang cakap macam ni)...
"sapa habaq orang nak pijak kepala hang?hang yang dok fikir mcm tu sapa suruh? kalau hang fikir macam tu,orang tak pijak pon hang fikir orang pijak jugak"...
haaaa... ni la jawapan untuk mereka-mereka yang tidak mampu berfikiran positif...kehidupan memang rasa macam nescafe tanpa gula or kopi campur garam bila kita asyik nak cari salah orang je...mane nak manis kalau dah asyik nak menghalakan segala salah dan silap pada orang lain...orang buat salah,diumpat...katanya orang tu tidak pernah belajarkah? bila orang buat perkara baik dikata pula menunjuk-nunjuk...apa dah jadi dengan minda transformasi kelas "satu" yang diuar-uarkan? .... time kene pada batang hidung sendiri bukan main mengamuk sakan lagi tapi bila buat kat orang, kita tidak pernah ingat...main taram je...begitulah lemahnya sifat seorang hamba....

kita jangan dok nak fikir orang je yang salah...kadang-kadang bila tangan tu dok tala kat orang tu,cuba pakai mai tengok balek...yang satu jari tala ke orang,yang empat lagi?? tepuk tangan tengok jari..hehe...
bayangkan hidup tanpa syakwasangka....bila orang bisik kita fikir la depa tengah bincang,bila depa pandang lain macam tu mungkin depa tu tak nampak kita so, depa perhati la lama sikit...
cuba letakkan positif charge sikit dalam hati tu...baru la best...^_^ kita tak dapat musuh,musuh pon tak ingin dekat dengan kita...hati manusia ni sebenarnya tiada yang suka akan keburukan...hati hakikatnya dicipta penuh dengan charge2 positif dan sukakan kebaikan tapi nak buat macam mana....Allah dah bagi positif,eh!eh! kita pulak pandai-pandai je pergi cari charge-charge negatif....dah la cari pastu bole topup pula tiap-tiap masa...

ada satu kisah...seorang muslimat..dia keluar rumah..tiba-tiba terserempak dengan seorang muslimin...muslimat ni seorang yang agak kurang dalam etika berpakaian cara seorang Muslimah..yang penting baginya adalah pakai baju...baju tu macam sarung kelapa ke,durian ke, "ada gua kisah??"....katanya...aku,aku...kau,kau...dia,dia...kubur lain2....
(hamoihh....lawa language cik adik....kalau dalam kubur nanti ko tu jiran aku,mau bingit telinge aku dengar kau kene siksa)
sambung semula kisah ni...
muslimat ni pandang muslimin  tu then dia pelik.."awat budak macam anak pak Imam ni pandang aku macam hidung aku ni empat segi je??tak pernah tengok orang ke??kalau aku ni cantik pon,tak perlu pandang macam tu sekali!"
lagi mengejutkan dia apabila "anak pak Imam tu" semakin menghampiri...
"haisshh...ni yg aku lemah ni,tu nak bagi tazkirah free la tu!baik aku sound dulu sebelum dia semakin hampir"
lalu dengan slamber minah ni pun jerit agak kuat...
"ko nak ape pandang aku gitu??nape?hidung aku bentuk tiga segi ke??"
habis semua orang pandang...dan muslimin itu terhenti melangkah kerana hampir semua orang di lorong taman itu memandang mereka dan yang peliknya semua orang itu tertawa mengekek...muslimat tersebut jadi kaget..
"ah sudahh!kenape dyorang gelak ni?"
muslimat tersebut mula merasa-rasa muka dan kepalanya..kot2 la ada benda lain hinggap atas kepalanya...tetapi takde ape2 pon...dan muslimin tersebut teruskan berjalan kearah muslimat tersebut walaupun dia merasa agak segan lalu berteriak seorang daripada jiran yang berada di sekeliling itu tadi...
"encik!!tidak perlu dah cakap slow2...kami semua dah nampak dah....yang dia memang pakai TEROMPAH ponnn"
lalu mata muslimat tersebut terus melorot jauh ke kakinya....lalu dengan perlahan muslimat tersebut dengar muslimin tersebut bercakap dalam nada perlahan...
"saya menghampiri sebab nak tegur cik pakai terompah la...sebab agak pelik bin ajaib bila orang pakai pakaian ala-ala pejabat,make up lebih kurang tetapi pakai terompah....tetapi cik dah terlanjur "menegur" diri sendiri...maafkan saya....lainkali jangan berburuk sangka dengan jiran tetangga" sambil tersenyum muslimin itu berlalu...
"aduuuhhh!!!kenapa la aku ni boleh tak perasan aku pakai terompah...yang terompah ni pon satu!ikut aku buat apa!!" 
lalu dengan hati yang baran dia melempar terompah tersebut dengan kuat dan dengan kekuatan yang agak luar biasa itu menyebabkan tingkap rumahnya pula pecah...bertambah la berangnya muslimat ini...jiran tetangga yang datang ingin membantu hanya mendapat maki hamun beliau...~~tamat cerita~~

tengok2!....haaa....disebabkan telah meletakkan charge negatif dalam diri sejak pertama kali dia dipandang oleh muslimin tersebut maka telah berakhir dengan siri-siri tragedi ngeri di pagi-pagi hari....elok2 nak pergi keje, dah kene tambah satu keje lain pulak...kan susah...inilah yang dikatakan charge negatif yang di topup.... dah jelas memang salah muslimat tersebut kerana salah sangka ditambah dengan tindakan melulu beliau yang tiba-tiba memekik muslimin tersebut dan bole pula dengan separa matangnya beliau menyalahkan terompah???lalu terompah menjadi mangsa balingan tepat kepada jendela yang tidak bersalah....siapa yang rugi? diri sendiri maaaa...cuba muslimat tu positif dari awal...cakap elok-elok...mesti tidak jadi begitu...

jadi,begitu pentingnya kekuatan minda kita untuk membina minda positif kerana minda positif bergerak mengikut arus alpha di mana arus ini sentiasa tenang dan rileks..apabila kita membuat keputusan dalam minda  tenang dan rileks, kita akan dapati suasana di sekelililng kita adalah positif dan tenteram...sekiranya wujud kecacatan dalam suasana yang kita hadapi,kita anggap ia sebagai satu batu loncatan untuk mengubah diri sendiri....yaa....begini caranya umat Islam harus berfikir...mari bina jati diri muslim yang cemerlang...tidak perlu porak perandakan keadaan dengan berfikir yang tidak-tidak...tetapi harus diingat....berfikiran positif bukan bermakna orang dah nyata-nyata buat salah pada kita,kita tunduk je....tidak ambil kisah...kalau dia nak menganiaya kita pon kita tidak kisah....eh!bukan begitu...cuma orang yang berminda positif itu bijak menangani permasalahan dengan cara yang bijak,method yang pintar, dan terhasillah suasana yang cemerlang!! ^_^


selamat membaca dan membina diri cemerlang...
ikan tenggiri ikan sembilang..
busuk hati tidak cemerlang...
ikan siakap masak pedas..
buruk sikap dibenci,ditindas..
segala silap harap diteguri...^_^