Setiap
manusia menginginkan kesempurnaan yang jelas di mata insan lain...siapa yang
tidak mahu hidup disanjung...siapa yang tidak mahu hidup dipandang baik oleh
insan lain....rasanya tiada...setiap manusia ingin hidup dalam
kesempurnaan...tetapi hidup yang di atur oleh Allah ini tidaklah semudah cara
yang kita inginkan...hidup diuji penuh lelah dan payah..itulah hadiah keimanan
yang diberikan Allah untuk kita sebagai hamba,diuji penuh lelah,diduga penuh
resah, adakalanya sampai rebah!!sungguh!!Allah sayang... Dia menciptakan,Dia
mentakdirkan,Dia menentukan,Dia menjadikan,Dia MAHA BERPENGETAHUAN!!
Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah
beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang
berdusta
Surah Al-ankabut
– 2:3)
Kita
bertemu dengan bermacam manusia saban hari...kita cuba menerima segala macam
kelemahan manusia saban waktu...kita sehabis daya menahan hati agar manusia
gembira dengan apa yang kita lakukan walau hakikatnya tanpa kerelaan hati dan
fitrah...ada orang menyatakan “sape suruh kau tak jujur?” “engkau yang pilih
jalan hidup engkau,engkau tanggung la sendiri”....mudah benar manusia melempar
hukuman sesuai rasa di hati mereka...begitulah manusia yang tidak pernah
dikurniakan sifat adil di dalam meletakkan penilaian...tidak ku salahkan dirimu
untuk menghukum justeru hukumanmu adakala membuat aku sedar...terima kasih aku
ucapkan...Cuma...aku ingin menyapa hatimu,kiranya hidupmu pernah melakukan
khilaf,adakah kamu ingin insan lain memberikan ruang dan peluang buat dirimu?
Atau engkau lebih suka memilih jalan melarikan diri dari menyelesaikan
masalah?....yaa...itu pilihan kamu, fikir dan tapislah dengan mata keimanan
bukan paksaan dan turutan perasaan...setiap hari kita dikurniakan pilihan
tetapi terpulanglah kepada kita dalam membuat sebarang pilihan,jangan kerana
pilihan kita di dunia ini membuatkan diri kita “terpaksa” memilih neraka di
akhirat kelak...nauzubillah...
Wahai
manusia yang lebih sesuai ku gelarkan hamba kepada Allah...
Hidup
ini tidak sepanjang yang kita duga...bahkan sesaat kemudian belum tentu milik
kita namun kita minta agar dipanjangkan umur hingga berkesempatan untuk kita
bertaubat...ameen...manusia ini dikurniakan sifat yang begitu suka akan
kebaikan namun terhijab oleh keburukan dan kenistaan masa silam...jangan simpan
syakwasangka di hatimu justeru itu akan meruntuhkan kepercayaan insan lain
untuk berubah...kasihanilah dia...Allah membuka ruang untuk hambaNya tetapi kita
pula menyibukkan diri mengambil hak Allah dengan sewenang-wenangnya...adilkah
kita dalam meletakkan manusia dalam nilaian seorang hamba yang
lemah?adilkah?tepuk dada,tanyalah Iman dan nilai Taqwamu...kasihanilah
dirimu,jangan kerana dirimu sendiri menjadi penghalang untukmu menggapai redha
dan Syurga Ilahi...kiranya ada insan yang menangis kerana celaan dan
kekerasanmu terhadap mereka sedangkan mereka telah bertaubat dan kerana
cercaanmu mereka kembali derhaka,maka kamu dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak...
Pandanglah
seseorang dengan kacamata keimanan...bukan dengan pandangan penuh kebencian dan
kejelekkan...bukan dengan rasa hati sangsi dan meragui...hari ini mungkin kamu
benar dan mereka salah tetapi ada kalanya kamu akan salah dan mereka akan
benar...koreksi dirimu..jangan teus terusan menjadi musuh kepada dirimu
sendiri...jangan terus terusan menjadi musuh kepada orang lain...jangan biarkan
dirimu terus terusan alpa,leka,lalai dan larut dalam membincangkan hal orang
lain...janganlah suka bersangka-sangka kepada sesiapa yang hakikatnya kamu
tidak kenal siapa mereka...senang bicaramu, “alah,aku dah kenal dia 10
tahun...aku tahu sangat dia tu jenis yang macam mana...setakat buat baik sikit
tu..alahhh bukan bertahan lama pun...tak percaya tengok la nanti”... “hek
eleh...mamat / minah rempit ni!!bajek2 alim ni!uweekkk!boleh jalan la dengan
kau punya perubahan...esok2 kau jahat balik!aku berani kerat jari
laaaa!!”....sungguh sedih mendengar bicara manusia kurang berfikir sebegini...adakah
kebaikan dan kejahatan itu dinilai daripada jarak waktu sebuah
perkenalan?adakah soleh dan tholeh itu dinilai dari aliran keturunan?mengapa
begitu senteng pemikiran umat akhir zaman ini....mengapa kita tidak buka ruang
untuk mereka...tiada siapa di dunia ini menginginkan kejahatan tetapi telah
Allah firmankan :
“ dan kehidupan dunia ini hanya permainan
dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang
sebenar-benarnya,sekiranya mereka mengetahui”
al-ankabut : 64
ini
beerti,manusia memang akan terlalai jua dengan enaknya habuan dunia ini dek
kerana pesonanya begitu menyilau keimanan..tetapi kesalahan bukan untuk dirobek
dan dibuat bahan kejian sesama umat ini...ia merupakan wasilah untuk memperbaiki
diri...orang yang tidak pernah membuat silap merupakan orang yang tidak pernah
belajar...justeru orang yang melakukan kesalahan,hakikatnya mereka pernah
belajar sesuatu daripada kehidupan mereka tetapi anda yang mengata-ngata
itu??adakah anda pernah belajar sesuatu daripada segala perkara yang anda
anggap “betullll” sahaja??sekali lagi...berbisik pada Imanmu,adakah kamu
belajar daripada perkara yang kamu sendiri anggap “betulll” itu??...
kerana
kita ini dijadikan dengan kelebihan masing-masing, kekurangan juga
bertimpa-timpa, maka kita selayaknya saling bahu-membahu bukan
bertinju-tinju....kelebihan dia, mungkin kelemahan kita, kelebihan kita mungkin
kelemahan dia...apa salahnya kita saling lengkap melengkapi...bukan benci
membenci!....kiranya benar tangan yang mencuri itu begitu hina di pandangan
kita, kemudian dia bertaubat dan dirinya begitu mulia di sisi Allah kerana
taubatnya yang luhur, maka siapa kita menolak mereka sedangkan tangan kita
belum tentu “suci bersih” daripada dosa tersembunyi yang kita lakukan...janji
Allah itu benar dan mustahil Dia mungkirinya...MUSTAHIL...MUSTAHIL...MUSTAHIL!!
Allah
berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan
dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu
merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai
itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa)
bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur
melarikan diri. (25) Kemudian Allah menurunkan semangat
tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah
menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang
kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu
ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (26) Kemudian Allah
menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk
memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (27)”
Surah
at-Taubah – 25 : 26: 27
renungi
duhai diri yang hina, kita bukan Tuhan untuk mengadili sesuai rasa di benak
kita....kita bukan maksum untuk melayakkan diri kita terpelihara daripada
segala kesalahan yang hakikatnya zahir jelas di lubuk Imani...kita adalah
hamba...hamba yang terlalu lemah untuk terpelihara daripada melakukan
kesalahan...maka, kepada Allah sandaran pengharapan kita...Dialah sandaran
sepenuh keyakinan kita...hanya Dia...Dia...dan Dia...Maha Pengasih Allah...Maha
Penyayang Allah...kiranya benar selautan dosa telah engkau lambakkan seumur
hidupmu dan kau datang bertaubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat, Dia
dengan penuh kasih sayang mendakap jiwamu...menghangatkan dirimu dengan kasih
sayangNya yang begitu tulus daripada Tuhan kepada HambaNya yang Dia sayang...justeru
kesempurnaan hidupmu akan datang sendiri kepadamu andai kamu sabar dan melihat
sesuatu dengan hikamh dalam ujian...kesempurnaan di sisi manusia bukan ukuran
meraih syurga dan redha Ilahi...ia sekadar pelengkap sebuah cerita di pentas
dunia...yang pasti SEMENTARA....wallahua’lam...
No comments:
Post a Comment