Saturday 11 August 2012

mungkin Ramadhan terakhir kita~

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum w.b.t...

meniti hari-hari terakhir di bulan ramadhan membuatkan diri banyak berfikir mengenai masa yang mungkin saja banyak dibazirkan...alang-alang saya dah sedar ni,nak jugak jentik hati sahabat-sahabat pembaca untuk turut "terjentik" dengan sendirinya... ^_^

"wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa" (al-baqarah : 185)

macam dah bese dengar tafsir ayat nih...dari umur tujuh tahun sampai sekarang...tiap-tiap tahun Ramadhan datang,dekat radio,dekat TV,dekat paper,dekat majalah,dekat kertas hatta sampai ke stesen2 bas pon ade kertas tampal tentang ayat ni dan adakalanya pamplet2 diberi pde orang awam untuk ingatkan tentang Ramadhan ni tapi malangnya ada yang sekadar mengendahkannya dan paling menyedihkan kalau kertas yang diberi bukan iklan-iklan diskaun hari raya maka kertas tersebut hanya akan menjadi habuan sang "tong sampah"...dekat masjid-masjid jangan cerita la...daripada bulan sya'aban lagi dah macam kempen mengundi je nak sambut Ramadhan ni...

tu belum kira lagi dengan pesta mercun dan bunga api di sana sini (ni diri sendiri yang buat)...dentum sana...dentum sini...boleh main lawan2 pulak dengan jiran sebelah...dah berperang sejak zaman nepolion lagi so,memang tak boleh nak elak laaaa.....

Allah menyeru pada semua hamba-hambaNya ekslusif dan khusus panggilan ini buat hamba-hamba yang beriman bahawasanya mereka ini wajib berpuasa...kenape untuk orang beriman je?kenapa bukan untuk orang Islam?orang Islamkan wajib berpuasa...haaa...nak tahu sebab ape?sebab orang Islam tidak semuanya beriman dengan sebenar-benar Keimanan...kebanyakkan orang Islam di akhir zaman ini lebih enak meletakkan diri mereka di posisi selesa dengan hanya "mewarisi" Islam melalui aliran darah dan keturunan dan diletakkan di bawah ruang kad pengenalan semata-mata...tetapi keimanan bukan warisan...bak kata kumpuln nasyid Raihan :

 "Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..ia tak dapat dijual beli,ia tiada di tepian pantai"

orang yang benar beriman pasti mereka akan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya tanpa kompromi..nahh...kalau diteliti secara halus,memang kedapatan ramai manusia yang hakikatnya Islam tetapi melencong kepada fasiq dan munafik...kerana itu Allah menyeru mereka yang beriman, bukan semata-mata mereka yang Islam tetapi jauh daripada "Islam berterasakan Keimanan yang padu dan jitu"....

realiti yang TERPAKSA ditelan mati oleh manusia pada masa kini...
1 )"orang Islam yang berpuasa tetapi tidak menahan ammarah"
2 )"orang Islam yang berpuasa tetapi dalam masa yang sama begitu jinak melayan hawa nafsu tidak kira semasa berbuka atau membeli belah"
3 )"orang Islam yang berpuasa tetapi jarang sekali mereka yang berpuasa lisan,tangan,telinga,kaki dan HATI daripada DIJINAKKAN NAFSU sendiri"

at the end of this verse, Allah have mention about "taqwa"...caaittt!!ape pulak masuk language orang kampung ni!!...ok2...kite berbalik pada ayat tadi...Allah berfirman "supaya kamu bertaqwa"...saya petik sedikit isi yang diberikan seorang sahabat (faraulah gelarannya)...

taqwa mengikut definisi Saidina Ali Karamallahuwajhah...
1) al-Khauf minal jalil : takut kepada Allah S.W.T
2) ridha bil qalil : redha dengan yang sedikit
3) amal bit tanzil : amalkan apa yang diturunkan
4) isti'dad liyaumil rahil : bersedia menghadapi hari kerehatan(kematian)

inilah definisi taqwa mengikut Saidina Ali...teringat kuliah dakwah masa dalam sem 2 dulu...prof Yusuf ada sebut dan olah tentang hadis Jibril dan diantara ulasan yang masih lekat kat dalam kotak fikiran ni...

 "taqwa ialah apabila kita merasa takut kepada Allah sehinggakan kita sentiasa menganggap bahawa Allah sentiasa ada di hadapan kita di setiap apa yang kita lakukan dan Dia selalu mengawasi kita "

dalam kata mudahnya,kita begitu takut untuk meninggalkan perintahNya dan sentiasa takut juga untuk melakukan apa yang dilarangNya...redha dengan sedikit di mana kita menyemai sikap Qana'ah dalam menerima segala apa yang diberikan Allah kepada kita walaupun sedikit dan bersyukur di atas limpahan nikmat yang kita ada di atas pinjaman Allah tidak kiralah apapon...menerima segala yang diberikan dengan sikap wasi'atus sodri (berlapang dada) tanpa sebarang rungutan...dan beramal dengan apa yang diturunkan Allah kepada kita tanpa syak dan keraguan kerana keyakinan di atas penjagaan Allah terhadap apa yang telah diturunkan kepada kita...dan yang paling penting adalah kita mempersiapsiagakan diri dengan bekalan penuh dan mencukupi untuk menghadapi "hari kerehatan" yang begitu panjang di penghujung usia kita kelak...

sebut mengenai "hari kerehatan" ni membuat diri yang kecil menjadi begitu kerdil dan semakin mengecil...dengan solat yang tidak relate dengan Khusyu',dengan ibadah yang jarang sekali connect dengan ikhlas,dengan hati yang selalu upgrade dengan maksiat,dengan anggota jasad yang sering alpa dengan topup kemungkaran!!mana entah ruang dalam diri kita ni yang nak jadi saksi "yang benar melainkan yang benar" di akhirat kelak....bisu sekejap kalbu nak menjawab soalan yang bertimpa-timpa dalam otak ni...kita dah rasa kita khusyu',entah-entah perasan!kita dah rasa kita buat ibadah terbaik punya,tetapi mungkin sifar dalam buku catatan kanan sebab dah diganti dengan rasa riak dalam hati...fuhh!!start berpeluh dah jiwa...

"sesungguhnya, beruntunglah orang yang beriman. iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya" - al-Mukminun 1 dan 2

memang nyata keberuntungannya bila dapat value khusyuk ni sebab nak dapatkan khusyu' bukan macam makan pisang,boleh main buka, campak kulit dalam tong sampah then makan....kalau tak alah bisa tegal biasa maka dia akan bertukar menjadi "alah berbisa sebab tidak biasa"...bukan senang nak lawan bisikan2 ni sampai Rasulullah bersabda :

"orang yang menunaikan solat, pahala solatnya tidak ditulis berdasarkan kuantiti solat.Baik setengah daripada solatnya, tidak juga sepertiga, seperempat, seperlima, seperenam atau sepersepuluh daripadanya."
Rasulullah s.a.w melanjutkan sabdanya " namun yang dicatat daripada solat seseorang adalah seberapa nilai kekhusyukannya"

betul punya cabaran dari Allah untuk dapatkan khusyuk ni!lembik rasa Iman untuk capai taraf ni tetapi teringat pulak firman Allah

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." al-baqarah : 284

yesss!!Allah dah bagi sign tuuu~~maknanya kita memang boleh buat dan capai ianya tetapi kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya....ya tak??Allah dah yakin kita boleh dapat khusyu' dan dah jamin tetapi kita yang memandai-mandai nak hadkan kemampuan diri...dah tahu diri kita ni lemah so,ape lagi tunggu?! mintalah pertolongan Allah agar menghadiahkan kita hati yang penuh khusyuk dalam melakukan ibadah kepadaNya sebab Allah dengar...Allah makbulkan setiap permintaan hambaNya...sedangkan syaitan yang dilaknat pun Allah ikut permintaan dyorg nak minta tempoh sampai hari kiamat nak sesatkan kita,takkan la kita hamba Dia yang Dia sayang ni,Dia tolak permintaan kita (tiru ayat Dr.MAZA sikit)...mustahil....

saya juga berbesar hati untuk mengajak sahabat-sahabat untuk memburu Lailatul Qadr...banyak manfaatnya tidak boleh dipertikaikan...if tidak biasa buat tidak mengapa tetapi gerakkan jasad untuk berusaha mendapatkannya...


Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” .( Muttafaqun alaih)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)
- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ –
(Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318).
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)

yang ni takde main sape cepat dye dapat...yang ni main sape nak,confirm Allah bagi tetapi nak yang "bersunguh-sungguh la~~



dah nak habis Ramadhan ni marilah kita koreksi hati,diri dan jiwa kita...adakah kita ni masih berada di tampuk lama yang stay dengan mengikut kata nafsu yang tidak berpenghujung??beberapa hari yang masih berbaki janganlah kita selekanya menghabiskan masa dengan bershopping sakan tak tentu hala...mari kita bersama-sama graduate dalam madrasah tarbiyyah ni dengan anugerah dekan yang begitu cemerlang di akhirat nanti....peluang Allah dah bagi,tinggal kita je buat keputusan...fikirlah wahai sahabat-sahabat...Ramadhan tahun seterusnya mungkin kita sudah berada di alam berbeza...manfaatkan masa selagi terdaya,sebab masa @ waktu ni suka main potong-potong,macam potong kereta kat jalan raya....pernah tengok??kereta kat depan tu kalau lambat sangat jalan macam semut cap kaki kura-kura,hah! siapa nak tunggu?baik potong je...en?en?...begitu la persaingan kita dengan masa....saya mengajak sahabat-sahabat semua "fastabikul khairat"...

"berkejar-kejarlah dalam melakukan kebaikan"

dan peringatan buat anda semua...dah letih2 kita cari pahala dalam bulan Ramadhan ni,jangan pula kita leburkan terus pahala tu dalam masa satu hari je iaitu pada satu Syawal dengan makan dan buat sesuka hati kita tanpa berfikir...rugi jeee.....dah bina rumah pastu runtuhkan....betul x??apa yang ada pada kita ini adalah hati anugerah Allah untuk menilai dan mentaakul sebaik mungkin...tugas kita di bumi ini sebagai khalifah terlalu padat jadualnya...Ramadhan yang datang dengan barakah tersendiri ni,tak selalu nak berkunjung dalam masa setahun...jadi,manfaatkan masa yang Allah bagi, padatkan jadual dengan amal yang sepatutnya...yang salah kita betulkan...yang betul kita istiqamahkan...yang istiqamah kita pertingkatkan agar lebih baik...Allah sentiasa buka peluang untuk hambaNya...tinggal kita je yang mencari....

yang bercakap belum cukup ilmunya
yang menulis belum tentu sempurna kendirinya
tetapi penulis tidak berpegang kepada sempurna baru bersuara
kerana nyawa pinjaman sementara
^_^


mohon maaf salah silap....selamat memburu Lailatul Qadar
^_^


No comments:

Post a Comment