bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum
w.b.t....
sekadar perkongsian sebuah kisah selama
beberapa hari berjalan di bumi Allah ini...al-maklum la hari raya...ziarah
menziarahi ni merupakan suatu perkara biasa yang dilakukan untuk mengeratkan
ukhuwwah sesama insan...ye la..bukan senang nak tunggu semua dapat cuti
serentak...so,waktu ni la masanya nak jumpa saudara mara yang selama-lama ni
tidak pernah bersua muka...Rasulullah S.A.W juga menggalakkan amalan ziarah ini
kerana amalan ziarah ini akan mengeratkan kasih sayang sesama umat ini...
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t.
berfirman:
“Orang yang berkasih
sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang
saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan
kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
(Riwayat Ahmad)
selama beberapa hari ini berjalan dan saya
berjumpa dengan 1000 macam jenis orang dengan berbagai jenis
tabiat...kadang-kadang tergelak sendiri tetapi adakalanya tabiat2 manusia ni
membuat diri termuhasabah...dan menangis...
ada beberapa kisah yang saya ingin
kongsikan kepada kawan2 semua...saya mempunyai seorang nenek angkat di
Perak...berdekatan dengan rumah opah saya...kami menggelarnya sebagai Nek
Mah....ok...sekarang saya nak bawak pembaca "flash back" ke belakang
beberapa tahun.....
pada zaman dahulu....
200??....masuk je rumah Nek Mah...nampak
sorang orang tua ni...dah bongkok dah...dalam hati saya...."aisshhh takkan
la tua benar nenek angkat saya ni....dah macam moyang je ni"....
haha..macam tu la yang saya cakap dalam
hati bila nampak sorang nenek yang agak berusia bila saya menjejakkan kaki di
rumah Nek Mah tu...then saya hulur tangan...eh!eh!..mak cik ni tak sambut pon
tangan saya..."aii mak cik ni...orang tengah cover adab ni...awat tak sambut??"....
masa ni memang hairan betul!! nak kata tak nampak,mustahil la kannnn....saya ni
besar la jugak...lagipun mak cik ni bersih je...cantik...wangi
lagi...pelik...pelik...
tiba-tiba dengar suara orang tua lagi
sorag datang dari dapur sambut kami...
"eh!hamidah...mad...(nama mak ayah
saya)...dah sampai...meh la masuk.."
saya dan adik beradik pon salam la...pastu
mak cakap...
"ni la Nek Mah..."
krik...krik...dalam hati semakin
pelik...mata mencerun memandang mak cik berusia yang serba kemas dan cantik
tadi...pelik...pelik..."sapa dia"...bisikku dalam hati...adik beradik
yang lain pon pelik gak...tapi buat diam je dulu...nanti tanya emak...pakat
kami...Nek Mah buat air kemudian mak cik "misteri" tadi tu duduk je
pandang kami...yang saya ni pulak ala-ala pantang kalau orang ajak main2 balas
pandang ni...saya pandang la balik...tapi mak cik "misteri" tu buat
tak heran je...macam la mata saya ni tiada aura apa2 pada dia...eh!pelik betul
saya!nak tanya tapi saya takut...borak punya borak dengan Nek Mah pasal sekolah
la pasal kerja ayah la dan berpasal-pasal lagi la...sampai saya ni tak sedar
yang otak saya ni hanya fokus pada mak cik "misteri" tadi...bila dah
lama tak jumpa maka cerita yang sejengkal akan jadi sedepa dan
berdepa-depa...yang sepatutnya sepanjang kertas kajang maka ia akan bertukar
kepada kertas majung dan bermajung-majung...
"adoiihh la...bosan...bosan..."
saya pon pergi la layan TV....tengah
asyik-asyik tengok TV tiba-tiba mak cik "misteri" tu ada dekat dengan
saya...mak oiii!sape tak terkezuuuttt!tapi dia duduk dekat atas sofa...saya
duduk atas lantai...takut punya pasal,saya pon duduk semula kat ruang
makan...bila dah nak balek,saya pon salam la dengan semua orang...bila sampai
turn dekat mak cik "misteri" tu,saya kekagetan sendiri...
"aduuuiii...camne nak elak ni
ek??"
kepala menganalisis tapi tak sempat buat
apa-apa ayah menggunakan kuasa vetonya supaya saya grab tangan mak cik
"misteri" tu dan salam dengannya...dannnnn...bila masuk je dalam
kereta mulut saya pon becok la tanya mak...
"mak,sape mak cik yang lagi sorang tu
mak?yang nak bongkok tu??"
"nape dia tak nak salam angah??"
"mak,dia tu cantik,wangi je...tak
macam orang dah bongkok pon...selalunya orang dah bongkok mane ade nak
cantik-cantik dah..."
biasa la...budak2....banyak la tanya....then,
mak pon jawab...
"sebenarnya..tu la mak kepada Nek
Mah...Moyang angkat kamu la tu kiranya...oyang tu dah tua sangat...dan.....dia
sebenarnya buta...dah tak nampak..."
saya..."haihhhh!!mane boleh orang
buta pakai cantik2 makkk"....jawab saya yang memang pelik dengan situasi
tu...patot la tak sambut salam...tak nampak rupenyeeeee....
"haaaa....kalau nak tahu, Nek Mah la
yang bela mak dia tu...walaupun Nek Mah tu dah tua tapi dia masih lagi jaga mak
dia...macam tu la dia jaga arwah ayah dia masa arwah ayah dia hidup
lagi...dimandikan,dipakaikan pakaian cantik2,dikemaskan,dirapikan,di
wangikan...dan yang paling bagus sekali, Nek Mah akan bantu tolong ambilkan
arwah ayah dia dan oyang tu kalau mereka nak ambil air sembahyang....dia tolong
pimpin sampai ke bilik air,tolong jiruskan air....kalau orang tua tu sakit,Nek
Mah bawakkan air dan sapukan ke anggota wudhuk mereka...sekarang ni ayah dia
dah tiada tapi dia tetap jaga mak dia..."
saya dengar dengan khusyuk...yang paling
best ialah,baru saya perasan yang pakaian Nek Mah pon tidak sekemas
oyang...maksudnya,oyang selalu pakai pakaian sepasang tapi Nek Mah pakai baju
kurung kedah dengan kain batik je...punya la dia utamakan mak dia daripada diri
sendiri...kalau ikutkan boleh je dia nak letak oyang di rumah orang tua-tua
sebab dia pon dah berusia...tapi Nek Mah lebih suka memilih untuk
berbakti....dalam hati mula sedih dan berfikir...Nek Mah dah tua tetapi dia
mengabdikan diri dia dengan menjaga dua orang orang tua yang selalu diketepikan
oleh anak-anak yang muda belia di zaman meterialistik ni...eerrmmm...saya pon
mula la berfikir...orang tua yang menjaga orang tua...larat pulak??orang muda
nak jaga orang tua,bertolak tolak....
Al An’aam
151. Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518].” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
[518] Maksudnya yang dibenarkan oleh syara’ seperti qishash membunuh orang murtad
Allah menerangkan dalam al-quran dengan begitu banyak ayat mengenai ketaatan seorang anak kepada ibu bapa...tiada kompromi selagi hal yang ibu bapa minta dilakukan tidak berlanggar dengan syri'atullah...cubalah koreksi diri kita dengan teliti apa yang kita lakukan terhadap insan bergelar ibu bapa...
dari kecil....
kelahiran kita merupakan anugerah yang dinantikan...disambut penuh kesyukuran dengan lafaz tahmid dan zikir...ada yang melakukan kenduri kesyukuran untuk melahirkan rasa begitu bersyukur terhadap sebuah kelahiran dan anugerah dari Ilahi...membesar dengan penuh kasih dan sayang...diberi segala yang diinginkan...makan di suap..minum di hulur,dituang...menangis di dokong...menjerit di tatang...salah dibela...rela dirinya dipersalahkan demi anak-anak yang terlalu di sayangi...
korban kasih si ibu....
melahirkan dengan mempertaruhkan nyawa yang memang SATU...membesarkan dari jasadmu sebesar tapak tangan...sehingga kamu besar,mereka yang kamu ingin tangankan...menyuap makan meskipun kamu meludah @ meluah kembali apa yang diberi...berjaga malam...bersengkang mata mengenjut kamu di buaian...bangun dari pembaringan meskipun dalam keadaan mengantuk yang maha dahsyat bila terdengar tangisan kamu...menggosok baju,menyisir rambut....
apa lagi bakti yang insan ini tidak lakukan terhadap kita??apa??
korban cinta seorang ayah...
mengerah tulang empat kerat demi kita...inginnya dia melihat kita membesar dalam keadaan sempurna seperti oarang lain...memberi keselesaan untuk kita membesar dan belajar menjadi manusia...menggendong kita dalam hujan di saat hari hujan untuk ke sekolah supaya kasut kita tidak terkena lecak di tepian jalan...basah keringat di jasadnya...semata-mata untuk anak yang begitu di kasihinya...jatuh bangun bekerja tidak pernah diceritakan demi menjaga hati kita.."agar jangan gusar mengenai ayah...yang penting kamu belajar"kata ayah..."tidak mengapa ayah tidak makan...kamu makan dahulu...ayah ada kerja nak buat"...padahal perut ayah berkeroncong minta diisi..
maka bakti apa yang dia tidak berikan kepada kita??apa??
kita???apa kita buat??
merisaukan hati mereka seenak kita dengan pelbagai onar yang kita lakukan...meresahkan jiwa mereka dengan segala kegagalan yang kita timbulkan...tidak pernah tergerak dalam hati kita untuk membalas sagala jasa mereka...yang kita tahu keinginan kita terlaksana...apa yang kita inginkan dipenuhi...sakit pening mereka kita tidak endahkan..urusan dengan sahabat-sahabat lebih penting...siapa sahabat-sahabat???di bawah telapak kaki siapa ada syurga kita??siapa??kawan??teman??taulan???sahabat??rakan???
kita biarkan mereka keseorangan...bila kita sudah berjaya,masa kita bagaikan emas...begitu berharga sehinggakan untuk luangkan masa besama dua orang insan ini pon kita merasa begitu kerugian...Allah...andainya masa boleh diundur...cuba bayangkan jika mereka mengambil keputusan dengan membuang kita....jika dalam fikiran mereka bahawa kita ini merupakan beban bagi mereka,pastilah kita sudah hancur di mamah ulat di tepian jurang jalan...tetapi tidak...begitu banyak bakti mereka curahkan...sehinggakan kita langsung tidak mampu membalas walau dengan segunung emas yang kita berikan...tetapi tidakkkk...dengan angkuh dan bongkaknya kita....
"apa tidak cukupkah duit bulan-bulan angah bagi pada emak ayah?!!"
"mak...ayah...saya sibuk la...urusan kerja banyak...nanti..nanti saya balik la"
subhanallah...jika kita tahu mungkin "nanti" yang kita nanti nantikan itu bukan milik kita,mungkinkah kita menunda2 permintaan ibu bapa??mungkinkah??
Al Israa’
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].
[850] Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.
sahabat...untuk katakan "ahh" pada mereka pon sudah derhaka...inikan pula meninggi suara,mengangkat tangan dan kaki...apalah salah meraka??...mereka sekadar minta perhatian sedikit...cubalah pandang mereka dengan kasih dan sayang...kasihani mereka...doakan mereka...usia mereka dan usia kita adalah pinjaman...tidak lama...berbaktilah selagi berbaki masa dan waktu...andai ada mereka melakukan kesalahan,maafkan mereka...andainya mungkin kita tidak lahir dalam keluarga yang serba sempurna seperti insan lain,itu merupakan ujian buat kita...bukan salah mereka yang tidak mampu tetapi itulah yang mereka termampu sediakan...ibu bapa...anugerah terindah...wasilah ke syurga penuh mikmat...
ayah dan
ibu...
mereka bukan
kain buruk untuk dilempar ke sana kemari..
ayah dan
ibu...
mereka bukan
al-Quran buruk sekadar disimpan di dalam almari...
ayah dan
ibu...
mereka bukan
kayu api menjadi bahan bakar atas dosa dan kesilapan kita ini...
ayah dan
ibu...
hati mereka
bukannya besi...disakiti tidak merasai...
anak...
kamu bukan
raja bagi mereka untuk ditururi...
anak...
kamu bukan tuan bagi mereka untuk dipatuhi...
by : PSaQ
berbakti selagi diberi masa dan ketika...kelak diambil pinjaman sementara
ini,kesal tiadalah berguna andai bakti tidak pernah tersemai...carilah ilmu selagi
terdaya tetapi ketaatan kepada mereka bukan TARUHAN SEBUAH KEJAYAAN....
~peringatan untukku,dia dan kamu~
No comments:
Post a Comment