Aku
rindukan seorang pemimpin...
pemimpin
yang ditangannya ku lihat keadilan...
pemimpin yang menjadikan masjid sebagai medan untuknya menemui rakyat...
pemimpin yang menjadikan solat berjemaah sebagai wahana mengeratkan hubungan dengan rakyatnya...
pemimpin
yang padanya agama menjadi tunggak pembangunan negara...
pemimpin
yang memandang rohani dulu untuk dibangkitkan bukan pembangunan fizikal...
pemimpin
yang pada dirinya ada tawadhuk kepada Ilahi...
pemimipin
yang pada dirinya mewarisi kepimpinan para anbiya....
pemimpin
yang pada dirinya ada sifat-sifat para sahabiah...
pemimpin
yang pada roh perjuangannya jelas menuju firdausi...
pemimpin
yang rakyat senantiasa didahulukan...tetapi agama tidak diduakan...
pemimpin
yang memandang rakyat sebagai jambatan syurga buatnya di akhirat...
pemimpin
yang tegas melaksanakan syariat Allah tanpa kompromi...
pemimpin
yang memandang keperluan rakyat dahulu dari dirinya...
pemimpin
yang menjadikan unsur rohani menjadi penggeraknya untuk mengatur rakyat...
pemimpin
yang menjadikan pencapaian akhlak dan sahsiah menjadi asas membentuk pencapaian
cemerlang ukhrawi dan duniawi...
pemimpin
yang di pintu ulama’,mereka menimba ilmu...
pemimpin
yang ulama’ menjadi tempat sumber rujukan pentadbiran...
pemimpin
yang mampu menjadikan kuasa di tangannya untuk membasmi kemaksiatan...
pemimpin
yang dirinya mampu menjadi contoh terbaik di kalangan rakyat...
pemimpin
yang mendahului transformasi akhlak melangkaui pembangunan pencakar langit...
pemimpin
yang di bibirnya basah dengan mengingati rakyatnya agar ingat kepada Allah...
agar...
aku
menjadi rakyat yang tahu menilai generasi acuan al-quran...
aku
menjadi rakyat yang cinta akan akhirat melangkaui urusan duniaku...
aku
menjadi rakyat yang mampu menjadikan pemimpinku bangga di akhirat kelak kerana
mempunyai rakyat yang memudahkan
urusannya di akhirat...
aku
menjadi rakyat yang berkorban bukan kerana memancing simpati bantuan daripada
pemimpin...
aku
menjadi rakyat yang maju sahsiah seiring dengan pembangunan fizikal acuan
pemimpinku..
bukanlah
aku bicara seperti ini kerana sempurnanya aku sebagai rakyat...
bukan
dan bukan...Cuma satu harapan daripada seorang rakyat yang yakin bahawa dengan
mengembalikan pemimpin warisan anbiya’ maka akan lahir generasi rakyat tawadhuk
mengikut acuan yang diuli oleh pemimpinnya yang tegas berpegang dengan
prinsip-prinsip Islam...kiranya pemimpinku mampu mentransformasi dirinya untuk
menjadi pemimpin acuan al-Quran,maka siapa saja dia,aku menerima...
bukanlah dia dicipta sesempurna kejadian untuk dikeji seenak rasa...
bukanlah hidayah itu milik kita untuk ditimbang manusia sesedap hati...
kerana saya,dia,kamu adalah hamba,maka perbezaan antara kita hanyalah
taqwa...
yang benar itu benar,yang batil itu tetap batil...TIADA KOMPROMI....
~coretan anak kampung~
No comments:
Post a Comment