Monday, 25 February 2013

aku pemanah tak banyak ilmu siri 2 ^_^


assalamualaikum....kembali bertemu dalam periwayatan kisah berkisah...hehe....apa khabar sahabat semua?? Insya’Allah sihat sentiasa...semoga diberkati dan di rahmati.... ameen... J

saya nak sambung tentang archery....saya pun sebenarnya pelik bila ustaz minta kami menggunakan getah...pada firasat saya, “aisshh...nak belajar memanah ke nak main minyak gelincir letak dekat tayar nihhh??!”......frasa confiusisme telah melanda kami....tetapi ustaz sudah berhikayat begitu maka kami hanya menurut...sebelum kami dibenarkan untuk meneruskan bermain dengan equipment archery, kami dikehendaki buat “sedikit” streching...ahah!!ni lagi satu punya cerita...sebab apa saya letak tanda (“)
kalimah sedikit tu, sebab di sebalik sedikit itu tersirat pelbagai cerita...

pertama, dengan “sedikit” stretching itu, saya berjalan terhenjut-henjut selama berminggu-minggu di USIM...
kedua, dalam streching tu kami terpaksa berlari pusing padang sebanyak 3 kali tanpa henti!!....ya Allah...rasa macam hilang saja tulang rangka ini...mungkin bagi orang2 yang dah biasa buat,mereka boleh gelak saja dengar “3 kali” pusing tu, tetapi bagi saya, memang nazak juga la ingin habiskan 3 pusingan tu...dalam streching ni la kami saya rasa betapa nazaknya nak lembutkan tulang yg keras..subhanallah..sakit...cuba bayangkan org biasanya bumping (tak tahu ejaan sebenar dye) tu kedua belah tangan tetapi kami kene buat sebelah tangan...ya Allah...hilang rasa kudrat satu hari.... ^_^
>>selebihnya = rahsia<<

pada minggu tersebut kami dibekalkan oleh ketua kami Leader Qusyairi dengan getah tayar...kami diminta mengikat tali tersebut menjadi bulat kemudian ustaz kata “cuba tarik”... dalam hati saya ni “ek eleh,tarik getah je punnn”....sekali tarik terlibas ke muka...ahhhaaaa...hamek sekali...melawan lagi....hehe...baru tahu sebenarnya itu merupakan latihan untuk tarik string (tali) panah itu so, kekuatan daya tarikan getah tayar tu adalah equal to the strong of the string....

kalau semua ingin tahu, memanah pon ada cara dan formulanya....bermula dengan lapan step....untuk memastikan form kami tepat, justeru memerlukan kami berkerjasama dengan “baik” bersama “getah tayar” tersebut....beberapa kali percubaan memang menemui kegagalan sehingga saya pernah menangis di padang memanah kerana tersangat-sangat berputus asa dan KELETIHAN!! Equipment memanah itu sememangnya beban buat saya kerana ianya sangat berat dan untuk hang lama dengan benda tu memang sangat menuntut saya bersabar...saya juga turut merasa tercabar dengan sahabat-sahabat saya yang hebat seperti farah (beliau merupakan student Faculty of Science and Technology di USIM, berpengalaman sebagai archer)...beliau sangat hebat...begitu juga dengan ketua kami...itu belum lihat lagi pemain universiti iaitu akak-akak dan abang-abang ni bila mereka turun padang, rasa macam terlopong saja mata dan mulut ni...saban mingu berlatih dan berlatih lagi....semakin banyak perkara yang saya belajar....sekiranya semua ingin tahu, dalam memanah kita akan dapat melatih diri menjaga masa, melatih diri tenang, melatih diri sabar, melatih diri tawadhuk, melatih diri agar sentiasa basah dengan zikrullah...tetapi tidak ramai yang tahu atau mungkin anda semua sudah tahu tetapi saya sekadar nak bagi tahu jugak...hehe.....apa??macam mana??

Ok....memanah merupakan sukan yang menuntut pemanahnya untuk tepat mengira masa semasa hang dan saat untuk melepaskan arrow (anak panah)..macam yg kami belajar, dalam kiraan lima mesti arrow sudah dilepaskan jika tidak form yg dibuat berkemungkinan akan lari kerana tangan yang sudah bergetar akibat menahan string yg agak ketat..then sasaran kita akan lari dari target but yg kita sasarkan...haaaa...amacam?ade beran nak cube?..best...bestt.. ^_^
Kemudian apabila sudah lepaskan arrow maka ada cara untuk tarik tangan jatuh daripada bow, bukan main jatuh jep...haaa...ni ajar kte untuk disiplin...baiklah bile cakap tentang memanah melatih diri tawadhuk dan sabar pasti ada yang pelik bukan? Baik...begini...mula-mula memanah memang kita tidak pandai tetapi bila lama-lama sebenarnya tak rasa pon bila tarik tu...tetapi satu ujian bile kite gagal beberapa kali..kegagalan memang menuntut kesabaran bukan? Yaaa...kerana itulah orang yg tidak sabar,maka mereka akan lari daripada mencuba lagi dan lagi dan di akhirnya berputus asa dan kemudiannya kecewa...tetapi insya’Allah tidak bagi insan sekecil saya kerana saya sangat ingin belajar sukan nabi ini...mudah-mudahan dapat diturunkan kepada anak cucu...

Saya teruskan dengan tournament antara universiti...kami ada buat event yang mana USIM menjemput wakil UIA dan juga pusat memanah Melaka untuk turut serta dalam perlawanan tersebut...sekadar perawanan berbasi-basi degan pemain baru seperti kami ini...pada permulaannya saya tidak mahu masuk kerana risau saya hanya akan membawa aib kepada USIM tetapi rezeki bidan terjun di akhir masa, saya masuk juga...saya ni berlatih la tetapi macam biasa la...insan yang bernama nurul faridah fatihah ni memang tidak pernahnye serius...main-mainnnn je memanjang... so, hari perlawanan pun tiba...saya buat biasa-biasa je la...orang kate ape...”nak cari pengalaman”...tengoklah cara wakil2 tu main...mak oiiii...rasa macam gugur jantunggg..belakenye teror...xde arrow yg tidak kene...saya pun lepaskan arrow saya....lagi dan lagiii.....sampai lah habis...arrow yang terakhir saya pada hari itu sudah hilang form kerana teramat-amat letih dan tangan sudah lembik so,sye lepaskan last arrow hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana exhausted...kumpul mata tertinggi adalah 300... keputusannya adalah.....

Jarak-20 meter

Kategori Wanita
`

Nama
Target No
End
Persatuan
Markah (End)
Jumlah
1
2
3
4
5
6
Shazalina binti Shafi'ee
2B

UIAM
47
53
43
44
44
0
231
Farah Khalidah binti Abdul Rahman
2C

USIM
48
36
39
31
40
0
194
Iman Aisyah binti Norazam
2A

Melaka
39
36
32
40
38
0
185
Nor Syahira binti Abdul Rahman
3A

UIAM
28
39
41
27
40
0
175
Nurliyana binti Abd Nasir
1D

USIM
22
42
46
19
36
0
165
Nurul Faridah FatiHah
4A

USIM
44
31
33
28
19
0
155
Nurul Shafiqah binti Ariffin
1A

Melaka
34
29
30
28
31
0
152
Kumaleswari a/p Baskaran
3A

Melaka
45
23
16
27
21
0
132
Nazratul Saadah bin ti Baharudiin
1B

USIM
11
27
21
26
32
0
117
Musfiran Nabila binti Abd Nasir
1C

USIM
9
19
33
30
24
0
115
Afifatunnisa' binti Muhammad
2D

USIM
23
25
16
17
32
0
113
Siti Nurul Afiqah
3D

UIAM
12
19
27
25
30
0
113
Hidayatulaida binti Mahmud
1B

UIAM
20
21
15
15
39
0
110
Nadiah binti Mohamad Zakri
1A

UIAM
4
27
21
31
25
0
108
Nur Diyana binti Ruskamarane
4B

USIM
6
8
21
37
34
0
106
Hidayatulaida binti Mahmud
3C

UIAM
14
26
19
16
23
0
98
Ilham binti Mahmood Sanusi
3B

UIAM
7
12
22
30
16
0
87
Nik Nur Amira binti Mohd Apandi
1C

UIAM
16
22
14
14
14
0
80
Nabibah binti Kherman Shah
2A

UIAM
6
12
21
29
9
0
77
Harirah Mizani binti Mubarak
2C

USIM
14
23
15
4
20
0
76
Asyiqah binti Mohd Jamil
5C

UIAM
12
14
9
10
24
0
69
Siti Zulaiha binti Mohd Zaki
3C

USIM
14
19
2
7
27
0
69
Ili Syuhada binti Mohd Daud
3B

USIM
13
8
10
14
18
0
63
NurLiyana Binti Samsudin
4C

UIAM
22
2
14
8
8
0
54
Fatimah Nur 'Izzah binti Anuar
5A

USIM
0
16
8
12
7
0
43
Marhamah binti Mohd Shafie
2B

USIM
0
10
12
14
7
0
43
Hikmah Zakaria
5B

USIM
7
4
8
3
5
0
27

Alhamdulillah..tidaklah banyak mana pun...tetapi saya cukup bersyukur dengan pencapaian diri sendiri...sangat teruja sebenarnya mempelajari ilmu sunnah ini...dan inilah ujian paling berat sekali iaitu bermujahadah melawan diri untuk kekal tawadhuk agar tidak berbangga dengan pencapaian yang ada...memang tidak hebat tetapi bagi orang lain yg tidak tahu apa-apa maka saya agak berkelebihan....namun saya sedar sesungguhnya inilah pinjaman Allah...masih saya ingat lagi semasa pertandingan...sungguh saya juga langsung tidak percaya saya mampu mencapai target but dengan tepat beberapa kali...kata ustaz “awak banyak dapat tengah tetapi tangan awak tidak kuat jadi, form awak banyak lari untuk lepasan arrow kali kedua dan ketiga”...saya hanya anggukkan kepala..pada saya, apa yang Allah bagi pada saya itu, sudah cukup banyak...alhamdulillah...semasa mendapat pujian ustaz beberapa kali dalam pertandingan lisan dan hati saya tidak sudah-sudah menyebut “kerana Allah2x” sungguh mujahadah ikhlas itu sangat payah...tetapi hasilnya sangatlah awesome ^_^ ^_^ ^_^

Setakat ini sahaja hikayat saya...berjumpa kemudian hari insya’Allah....

Sunnah nabi..sunnah diri...
Melatih diri sempurna insani...
Semoga diwarisi generasi kemudian hari...
Menjadi ibadah di akhirat kekal abadi.... ^_^


Friday, 1 February 2013

gapai redhaNya


Setiap manusia menginginkan kesempurnaan yang jelas di mata insan lain...siapa yang tidak mahu hidup disanjung...siapa yang tidak mahu hidup dipandang baik oleh insan lain....rasanya tiada...setiap manusia ingin hidup dalam kesempurnaan...tetapi hidup yang di atur oleh Allah ini tidaklah semudah cara yang kita inginkan...hidup diuji penuh lelah dan payah..itulah hadiah keimanan yang diberikan Allah untuk kita sebagai hamba,diuji penuh lelah,diduga penuh resah, adakalanya sampai rebah!!sungguh!!Allah sayang... Dia menciptakan,Dia mentakdirkan,Dia menentukan,Dia menjadikan,Dia MAHA BERPENGETAHUAN!!

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta
Surah Al-ankabut – 2:3)

Kita bertemu dengan bermacam manusia saban hari...kita cuba menerima segala macam kelemahan manusia saban waktu...kita sehabis daya menahan hati agar manusia gembira dengan apa yang kita lakukan walau hakikatnya tanpa kerelaan hati dan fitrah...ada orang menyatakan “sape suruh kau tak jujur?” “engkau yang pilih jalan hidup engkau,engkau tanggung la sendiri”....mudah benar manusia melempar hukuman sesuai rasa di hati mereka...begitulah manusia yang tidak pernah dikurniakan sifat adil di dalam meletakkan penilaian...tidak ku salahkan dirimu untuk menghukum justeru hukumanmu adakala membuat aku sedar...terima kasih aku ucapkan...Cuma...aku ingin menyapa hatimu,kiranya hidupmu pernah melakukan khilaf,adakah kamu ingin insan lain memberikan ruang dan peluang buat dirimu? Atau engkau lebih suka memilih jalan melarikan diri dari menyelesaikan masalah?....yaa...itu pilihan kamu, fikir dan tapislah dengan mata keimanan bukan paksaan dan turutan perasaan...setiap hari kita dikurniakan pilihan tetapi terpulanglah kepada kita dalam membuat sebarang pilihan,jangan kerana pilihan kita di dunia ini membuatkan diri kita “terpaksa” memilih neraka di akhirat kelak...nauzubillah...

Wahai manusia yang lebih sesuai ku gelarkan hamba kepada Allah...
Hidup ini tidak sepanjang yang kita duga...bahkan sesaat kemudian belum tentu milik kita namun kita minta agar dipanjangkan umur hingga berkesempatan untuk kita bertaubat...ameen...manusia ini dikurniakan sifat yang begitu suka akan kebaikan namun terhijab oleh keburukan dan kenistaan masa silam...jangan simpan syakwasangka di hatimu justeru itu akan meruntuhkan kepercayaan insan lain untuk berubah...kasihanilah dia...Allah membuka ruang untuk hambaNya tetapi kita pula menyibukkan diri mengambil hak Allah dengan sewenang-wenangnya...adilkah kita dalam meletakkan manusia dalam nilaian seorang hamba yang lemah?adilkah?tepuk dada,tanyalah Iman dan nilai Taqwamu...kasihanilah dirimu,jangan kerana dirimu sendiri menjadi penghalang untukmu menggapai redha dan Syurga Ilahi...kiranya ada insan yang menangis kerana celaan dan kekerasanmu terhadap mereka sedangkan mereka telah bertaubat dan kerana cercaanmu mereka kembali derhaka,maka kamu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...

Pandanglah seseorang dengan kacamata keimanan...bukan dengan pandangan penuh kebencian dan kejelekkan...bukan dengan rasa hati sangsi dan meragui...hari ini mungkin kamu benar dan mereka salah tetapi ada kalanya kamu akan salah dan mereka akan benar...koreksi dirimu..jangan teus terusan menjadi musuh kepada dirimu sendiri...jangan terus terusan menjadi musuh kepada orang lain...jangan biarkan dirimu terus terusan alpa,leka,lalai dan larut dalam membincangkan hal orang lain...janganlah suka bersangka-sangka kepada sesiapa yang hakikatnya kamu tidak kenal siapa mereka...senang bicaramu, “alah,aku dah kenal dia 10 tahun...aku tahu sangat dia tu jenis yang macam mana...setakat buat baik sikit tu..alahhh bukan bertahan lama pun...tak percaya tengok la nanti”... “hek eleh...mamat / minah rempit ni!!bajek2 alim ni!uweekkk!boleh jalan la dengan kau punya perubahan...esok2 kau jahat balik!aku berani kerat jari laaaa!!”....sungguh sedih mendengar bicara manusia kurang berfikir sebegini...adakah kebaikan dan kejahatan itu dinilai daripada jarak waktu sebuah perkenalan?adakah soleh dan tholeh itu dinilai dari aliran keturunan?mengapa begitu senteng pemikiran umat akhir zaman ini....mengapa kita tidak buka ruang untuk mereka...tiada siapa di dunia ini menginginkan kejahatan tetapi telah Allah firmankan :

 “ dan kehidupan dunia ini hanya permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya,sekiranya mereka mengetahui”

al-ankabut : 64

ini beerti,manusia memang akan terlalai jua dengan enaknya habuan dunia ini dek kerana pesonanya begitu menyilau keimanan..tetapi kesalahan bukan untuk dirobek dan dibuat bahan kejian sesama umat ini...ia merupakan wasilah untuk memperbaiki diri...orang yang tidak pernah membuat silap merupakan orang yang tidak pernah belajar...justeru orang yang melakukan kesalahan,hakikatnya mereka pernah belajar sesuatu daripada kehidupan mereka tetapi anda yang mengata-ngata itu??adakah anda pernah belajar sesuatu daripada segala perkara yang anda anggap “betullll” sahaja??sekali lagi...berbisik pada Imanmu,adakah kamu belajar daripada perkara yang kamu sendiri anggap “betulll” itu??...

kerana kita ini dijadikan dengan kelebihan masing-masing, kekurangan juga bertimpa-timpa, maka kita selayaknya saling bahu-membahu bukan bertinju-tinju....kelebihan dia, mungkin kelemahan kita, kelebihan kita mungkin kelemahan dia...apa salahnya kita saling lengkap melengkapi...bukan benci membenci!....kiranya benar tangan yang mencuri itu begitu hina di pandangan kita, kemudian dia bertaubat dan dirinya begitu mulia di sisi Allah kerana taubatnya yang luhur, maka siapa kita menolak mereka sedangkan tangan kita belum tentu “suci bersih” daripada dosa tersembunyi yang kita lakukan...janji Allah itu benar dan mustahil Dia mungkirinya...MUSTAHIL...MUSTAHIL...MUSTAHIL!!

Allah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (25) Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (26) Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (27)”

Surah at-Taubah – 25 : 26: 27



renungi duhai diri yang hina, kita bukan Tuhan untuk mengadili sesuai rasa di benak kita....kita bukan maksum untuk melayakkan diri kita terpelihara daripada segala kesalahan yang hakikatnya zahir jelas di lubuk Imani...kita adalah hamba...hamba yang terlalu lemah untuk terpelihara daripada melakukan kesalahan...maka, kepada Allah sandaran pengharapan kita...Dialah sandaran sepenuh keyakinan kita...hanya Dia...Dia...dan Dia...Maha Pengasih Allah...Maha Penyayang Allah...kiranya benar selautan dosa telah engkau lambakkan seumur hidupmu dan kau datang bertaubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat, Dia dengan penuh kasih sayang mendakap jiwamu...menghangatkan dirimu dengan kasih sayangNya yang begitu tulus daripada Tuhan kepada HambaNya yang Dia sayang...justeru kesempurnaan hidupmu akan datang sendiri kepadamu andai kamu sabar dan melihat sesuatu dengan hikamh dalam ujian...kesempurnaan di sisi manusia bukan ukuran meraih syurga dan redha Ilahi...ia sekadar pelengkap sebuah cerita di pentas dunia...yang pasti SEMENTARA....wallahua’lam...

Friday, 11 January 2013

debat piala naib canselor USIM ~ langkah baru bermula~

bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum w.b.t....
emm...lama tak update blog...rasa rindu...isu banyak tetapi masa untuk blog ni tidak banyak..kasihan blog ni di anak tirikan...hehe...baru-baru ni kami menyertai debat Piala Naib Canselor USIM ke - 6....saya wakil Fakulti Ekonomi Muamalat...emmm...masa mula-mala nak hantar nama tu rasa macam tak nak je sebab biasanya fakulti kami akan kalah tanpa bertanding, tetapi atas dorongan dari housemateku tersayang (izzah,syahirah,nad zahil, emma dan semua) saya try juga cari kawan-kawan yang nak masuk...dapat tarik seorang sahabat yang BAGI SAYA dia teror berbahasa arab iaitu Haris Murshidi dan tanpa disangka-sangka dia pula bawak sahabat-sahabat dia yang lain iaitu Khalaf Ahmad dan Amin Amran...saya punya terkejut masa dapat mesej nama tu dalam masa yang sama memang bersyukur sangat2! ^_^

kami start perjumpaan 17/11/2012 and masa tu jumpa pula dengan team debat Bahasa Arab yang lain iaitu Kak Athirah, Nawal,Azwan dan adik kecik kami Nik Nurul Amirah...masa tu semua cakap tiada pengalaman, saya macam "errkk"....ok....memang sangat takut sebenarnya sebab debat akan bermula dalam masa dua minggu dan kami tidak dapat tajuk lagi...pertemuan-pertemuan seterusnya kami berlatih dengan muqaddimah...emm...tapi tak best la if sye tulis so,better korg dengar sendiri...

ni baru satu je...tak sempat nak upload semua...ni salah seorang yang memang teror bahasa arab tapi dia ni senyap sikit...teringin nak bagi korang semua tengok perubahan yang berlaku bila masa berlatih dengan waktu sebenar,tapi lambat sangat la...so,yang ni dulu la..

memang ketara perbezaan masa baru mula-mula berlatih dengan yang sebenar...masa mula-mula berlatih tu, ada yang malu, ada yang tak hafal, ada yang kalut, ada yang terketar-ketar, ada yang macam Karam Sigh Waliya ( credit to : Khalaf Ahmad ) sampai kitorang kene cakap pulak dengan dye supaya jangan banyak sangat angkat tangan..hehehe...terbaikkk... ;)

minggu-minggu latihan kami dipenuhi dengan input2 daripada senior2 berpengalaman....sekalung terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Sofwan dan brother Zul Firdaus yang begitu banyak mencurahkan ilmu kepada kami...sangat banyak perkara yang kami dapat...kata brother Zul, dalam debat if sesak sangat korang reka ja fakta...hehe...kami memang pereka fakta terbaik masa pertandinagn...then, Ustaz Sofwan lak kata, yang penting bukan kalah atau menang tetapi pengalaman yang kita dapat daripada pertandingan tersebut....terima kasih...diketuai oleh kak Athirah yang begitu dedikasi, kami memang tidak mensasarkan untuk menjadi juara dalam langkah kami yang baru bermula, motto kami "menang tak riak, kalah tak rebah"....termotivasi dengan motto ini kami sangat teruja menanti hari pertandingan...apa yang kami sasarkan adalah keterlibatan FEM sebagai participant....dan tidak lagi digelar kalah tanpa bertanding...kami sering diingatkan sesama sendiri untuk tajdid niat dengan baik....sweet sgt team ni... ^_^

kami berlatih dalam tegas dan gurau...kami korban masa sama-sama...kami bangun dan jatuh bersama-sama...kami mencuba jadi yang terbaik bersama-sama...kami perbaiki kelemahan masing-masing dengan jujur dan ikhlas....
masa hari pertandingan, kami sangat risau dan cuak tambahan pulak tajuk pusingan pertama kami memang tidak prepare...sehinggalah ke tajuk untuk pusingan kedua, memang takdir Allah kami dapat menjadi pihak pembangkang kerana masa latihan, team kami memang selalu dapat pembangkang....ohhh....lupa nak cakap yang kami dibahagikan kepada dua team iaitu team A (kak Athirah, Nawal, Azwan dan Haris Mursyidi) dan team B (Amin Amran, Khalaf Ahmad, Nik Nurul Amirah dan saya sendiri)....kami lalui dua pusingan dengan tenang dan memang sangat menyeronokkan.... ;)


saya tidak boleh lupa dengan gelagat seorang adik ni (nik nur amirah) dia memang teror bahasa arab...serius cakap..saya memang banyak belajar daripada dia...dia sungguh semangat bila bercakap mengenai bahasa arab, nahu jangan cerita laa...masa bertanding tu,sempat lagi dia bina ayat dengan nahu yang tepat...sama seperti kak athirah...bukan nak cakap apa la..tetapi dalam team ni,saya adalah yang paling lemah la bahasa arab...ada sekali pertandingan tu, nak cari perkataan "elektrik" dalam bahasa arab..boleh pula saya tak tahu...puas pulak team saya ni ingatkan...banyak kali pulak tu...sangat teruk kan?hehe....berbalik pada adik amirah ni, masa kami dapat jadi pencadang then kami kene susun betul2 konsep kami bagi jelas, masa tu amirah ni memang nampak la seorang yang bagus tahap langit...saya memang tak boleh kalut-kalut,if nak satu-satu bende dalam masa yang cepat pon saya akan pastikan perkara tu running smooth je..dia tak, dia memang cekap...susun konsep dengan jelas dalam masa yang singkat...memang saya tak terkata la masa tu..hehe...pada saya,mereka semua best...saya pula memang banyak sangat kelemahannya...tidak tahu la ingin diteruskan ataupun tidak untuk masa akan datang :(

debat ni ada lima pusingan kelayakan if dapat tergolong dalam lapan ranking teratas then berjaya ke suku akhir then separuh akhir dan final....kami memulakan langkah dengan keputusan yg sederhana iaitu berjaya meletakkn FEM di tempat kesembilan, means tak berjaya ke suku akhir tpi kami bersyukur, sekurang2nya kami dapat memberi saingan kepada 18 kumpulan yg lain walaupun FIRST TIME FEM hantar wakil bahasa arab...apa yang penting bagi kami adalah pengalaman...masih terngiang-ngiang di telinga ayat seorg ustaz "masuk pertandingan ni untuk belajar bahasa arab kerana bahasa ini bahasa al-quran,bahasa di sisi Allah dan Rasul...sekarang ni untuk bercakap dalam bahasa arab tu rasa macam menyeronokkan dan begitu mengujakan...even salah,paling kurang mencuba...itulah pegangan saya..."kami sangat seronok..value yang paling penting adalah kami begitu mencuba sehabis daya mentadrib diri untuk serba sederhana dan ikhlas menyertai pertandingan ini kerana Allah...bukanlah semudah yang disangka untuk ikhlas menahan rasa apabila ada yang bertanya "farid, apa cer debat bahasa arab FEM??menang tak?"....hakikatnya memang rasa tidak mahu menjawab kerana agak perit membawa harapan...tetapi Allah adalah penentu dan pengatur terbaik...maka "senyuman" adalah madu terbaik...redha adalah penawar paling mujarab....percayalah kawan, usaha yang dilakukan secara maksimum akan membuahkan hasil yang baik dan jika sekiranya kita tidak miliki kejayaan setimpalnya usaha yang kita lakukan, tetaplah yakin kepada Allah bahawa Allah telah menilai usaha kita dengan sebaik dan seteliti mungkin...berlapang dada dan teruskan hidup dengan ceria adalah misi dan visi abadi...hidup tidak begitu lama untuk disia-siakan dengan memikirkan kesalahan masa lalu...adalah lebih baik kita mengorak langkah ke hadapan...dan teruskan melangkah dengan matlamat MARDHOTILLAH YANG AGUNG.... ^_^

.terlalu banyak untuk diceritakan...bila terkenang semula, seakan masa ingin diputar semula...tetapi itu mustahil...semoga anda semua berjaya...

~even i close my eyes, i still remember that moment~
~haris murshidi bak kata kak athirah macam Ustaz Don~
~khalaf ahmad si senyap tapi sangat terbaik~
~amin seorang yang memang angel dan tak pandai marah~
~azwan bak kata kak athirah macam fahrain ahmad~
~nur athirah ketua dedikasi pelajar cemerlang~
~nik nur amirah si adik yang cemerlang sepanjang masa dan ceria~
~nawal ustazah bahyah versi USIM~
~farid ntah..tak tahu nak describe ape~


ustazah nor bahiyah kami ( berdiri )
tengok haris murshidi...mendengar dengan khusyuk..nak chek makhraj kottt~~

kak athirah sangat dedikasi..sama macam azwan tapi
cube lihat yang lagi sorang,dia rilek je "cari maklumat" dalam phone

 "perbincangan" yang khusyuk la kononyerrr

mendengar penuh teliti...macam tengah dengar keterangan kat mahkamah

ceria setelah habis bertanding....rindu sangat masa ni

from the left : faridah,nik nur amirah,nawal,kak athirah
 from the right : khalaf ahmad, azwan, amin amran, haris murshidi
segala yang ditulis di sini hanyalah sebuah potret kenangan..sebarang teguran diterima secara lapang dada...terima kasih...wassalam...^_^

Thursday, 11 October 2012

aku pemanah tak banyak ilmu- fasa satu


assalamualaikum w.b.t....kaifa hal 'ala kullu minal qira'ah??
chewwah...cakap arab....actually i'm not good enough to speak in arabic but i always believe that practice make perfect...eh!eh!tersasul berbahasa Inggeris pula...maaf...hehe....lama betul blog ni tidak di update...sudah berhabuk,berdebu rasanya....emm....tarian jemari ini sebenarnya menari tanpa tujuan...tidak tahu apa yang ingin di tulis....wait...give me 5 second to think....

5 saat dah bertukar jadi 5 minit...
terima kasih kerana menanti ^_^


ahaahh....something suddently cross on my mind...banyak pulak perkara hendak diceritakan....ok...saya pilih nak cerita tentang pengalaman saya join archery.....whatttssss????what is archery??ada gaya macam buah ceri ke??ohh...no...no...no...saya pilih untuk bercerita mengenai archery ni sebab banyak sangat perkara yang saya belajar dalam sukan ini...oppss...kantoii...archery itu adalah salah satu daripada jenis sukan yang semakin dilupakan oleh umat Islam masa kini yang lebih sibuk untuk menyertai bola sepak,bola keranjang,bola jaring dan berbagai-bagai jenis bola lagi....terutamanya di kalangan anak muda....dalam bersukan,kebanyakkan daripada kita lupa bahawa ahdaf dalam bersukan adalah untuk beribadah kepada Allah...ya...memang bersukan hukumnya hanyalah harus dan apabila disebutkan harus maka jika kita melakukannya ataupun meninggalkannya,maka ia tidak dikira sebagai pahala atau dosa TETAPI perlu diingat bahawa setiap perkara harus yang di susuli dengan niat kerana Allah maka secara automatiknya ia menjadi ibadah dan mendapat pahala....owh....cop...cop...coppp!! apa pula tiba-tiba masuk bab hukum ni...ahaaah...dekat sikit dengan skrin komputer tu....baca betul-betul...saya hendak bawa contoh yang budak tadika pun boleh faham...contoh : bersukan itu hukumnya harus tetapi jika kita susuli dengan niat kerana Allah maka secara automatik perbuatan yang baik itu akan menjadi ibadah dan guarantee dapat pahala....cantik betul agama Islam ini....kalau kawan-kawan ingin tahu,perbuatan harus ni jika kita buat ataupun tinggalkannya maka tidak beri kesan kepada sebarang pahala atau dosa tetapi sebab Allah ni memang Maha Penyayang sangat pada hamba-hamba Dia, so, Dia buka peluang pada kita untuk rebut pahala banyak-banyak dengan melakukan perkara yang harus tetapi meniatkannya keranaNya...bagus bukan???

ni yang kartun jep...nanti kite pergi yang sebenar :)


Ok...sudah jauh melalut dari tajuk archery ni...kembali bersiaran...masa mula-mula masuk di USIM, kami memang sudah dimaklumkan untuk mengambil Ko-kurikulum bagi memenuhi pointer dan melengkapkan kemahiran Insaniah dan saya dengan begitu berbesar hati memilih untuk menyertai sukan memanah walaupun i’ve no idea what is archery is all about....kuota untuk memanah hanya terhad kepada 40 orang, jadi saya memang terpaksa buat muka merayu pada pegawai yang menguruskan pentadbiran itu untuk melayakkan diri masuk sukan ni jugak...tak kira!!nak juga!!hehe....

Sebab ape saya begitu admire nak masuk sukan ni??cuba teka??emmm....tidak perlu la teka,bukan dapat markah or hadiah...mari saya bagitahu....sebab............

“ajarilah anak-anak kalian berkuada,berenang dan memanah” – riwayat Bukhori Muslim

Haaa....sebab ini la....sebab saya tahu memanah itu merupakan salah satu daripada sunnah....tidak dapat belajar semua pun, jangan tinggal semua....kan?kan? ^_^

Minggu pertama dan kedua hanya berlalu dengan teori semata-mata...memang terkejut sangat...ingatkan senang..boleh main tarik selepas tu lepas saja di mana-mana yang saya suka rupa-rupanya banyak prosedurnye.....
bila dah belajar teori maka minggu seterusnya kami masuk kepada fasa praktikal....excited sangat dapat pegang equipment memanah ni....tapi bila dah dapat pegang bukan nak cakap apa la,tetapi memang agak berat bagi orang yang mempunyai tangan yang macam ranting macam saya ni...ingin tarik tali tu lagi la tidak mampu...jadi,oleh kerana kami begitu bermasalah untuk menyesuaikan diri, maka ustaz pun minta ketua kami untuk cari getah tayar.....copppp!!!!!getah tayar????nak buat ape????hehehe.....ok....to be continue.....zohor dah panggil....

>pantun suka-suka<
sorong papan tarik papan...
suruh bersukan aku bersukan...
buah duku dalam perahu...
kenali memanah,bagiku baru...
suruh try,jujur aku jahil ilmu!!!
^_^