Kamu mengharap
pada yang tidak pasti…
Kamu menanti
pada yang tidak sudi memberi…
Kamu terlalu
yakin pada diri sendiri…
Kamu tahu
kelak kamu akan menyesali…
Kerana aku
bukan manusia mungkiri kata janji…
Keterbatasan
aku dalam menjaga diri…
Ku buka
ruang untuk didampingi…
Kerana sedar
maslahah duniawi…
Kamu…kamu
salah dalam menafsir realiti….
Aku bukan
manusia yang kamu cari…
Aku bukan
juga manusia yang kamu impi…
Kerana aku
ada pilihanku sendiri…
Aku ada
cita-citaku nan tinggi…
Walaupun kamu
cuba menanti…
Jawapanku telahku
beri…
Aku tidak
akan menipu hati sendiri…
Carilah bahagiamu
sendiri…
Bukan dengan
hafazan al-quranmu ku mampu kau miliki…
Bukan dengan
jubahmu hatiku mampu kau takluki….
Bukan langsung
dengan pekertimu yg seakan-akan berbudi…
Bukan dan
bukan dan bukan…
Hanya kerana
satu sebab aku tidak mampu kau miliki…
Kerana aku
ada pilihan di hati….
Kerana aku
punya fokus utama yang harus diberi…
Katamu..kejamnya
aku menolak perasaan…
Katamu..egonya
aku menghiris curahan rasa seorang insan…
Katamu..salahnya
aku terus berpaling tanpa berpesan…
Adakah berguna
buatku berpesan pada insan yang kurang kefahaman?
Adakah berguna
buatku menjawab persoalan yg acap kali ditanya?
Jika kamu
tidak mahu terima akibatnya merasa terhina…
berundurlah…berundurlah…berundurlah…
aku letih
menghadapi kamu…
DAN KAMU…KAMU…HANYA
PENGGANGGU PERJALANAN INI…..
MAKA TOLONG
PERGI DAN PERGI….